Menangis Kerana Benda Yang Sama? Oh Stop It Lah! -.-
By Mysara Newrie - Tuesday, November 29, 2011
Assalamualaikum
Semalam, akhirnya aku rasa kata sepakat dah diambil antara kau dan aku. Sekarang, kau dengan cara hidup kauuu dan aku dengan cara hidup aku
Sedih? Haha :D Entahlah ~ Rasanya tak kott? Tapi kenapa selepas aku tamatkan perbualan aku terus menangis macam orang nak gila? Aku menangis teresak-esak macam budak kecil? Kenapa? Ego kah aku?
Ego? Aku tak tahu. Tapi sebenarnya aku takut. Aah ~ Aku takut perkara yang sama berulang kembali lagi. Ya Allah ~ takutnya aku pada waktu itu, saat kau pergi lantas merobek-robek dan mengosong lubangkan hati aku nie. Fuhh ~ ayat tak boleh blahh! HAHA :D
Terus aku telefon sahabat baik aku yang aku selesa untuk bercerita dengan dia walaupun dia sebenarnya adalah lelaki. Dan dia hanya bercakap sepatah ayat yang sama, ayat yang sama dia ucapkan pada aku setahun yang lepas bila perkara yang sama aku suarakan kepada dia
"Dah lah Mai ~ Tak ada guna kau nak sedih sebab dia. Biarkan dia. Membazir je kau duk sedih sedih nie. Dah lah weyhhh ~ kan aku dah cakap, jangan duk menangis lagi pasal dia. Hari tu kan aku dah cakap, hari tu adalah last kau menangis pasal dia"
Lebih kurang lah ayat dia tapi ayat ini memang sama macam yang aku dengar tahun lepas, hari di mana dia tinggalkan aku. Haha :D Hadoiii ~ apa pasal aku rasa feelingless sangat-sangat ni weyh?!
Yeahh ~ life must go onn! Takpelah ~ Aku percaya, Allah swt ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Sabarlah ye duhai hati :)
p/s : aku lebih selesa kawan dengan orang lelaki sebenarnya tapi itu tak bermakna aku tak ada langsung kawan perempuan :)
4 comments