Salam. Wua ! Bapak berhabuk blog aku nie. Shuhhhhhhhhhhhhhhhh ! Haaaaa kan dah bersih sikit. Haha :D
Tak boleh blah betul intro entry kali ini. Hurm ~ =.="
Ok ok ok ~ Let go straight to the point ok? Kehidupan kat UiTM ni benar-benar mencabar kewibaan aku sebagai wanita sejati ! Haaaaaaaaaa amik kau ! Haha :D
Aku kan Part 1. Part 1 ini maknanya aku ni budak Sem 1 lah ~ Kitorang guna istilah part-part tue. Dah nama Part 1 mestilah ada banyak perjumpaan itu lah, meeting ini lah ~ Hailoh ~ Letih badan aku. Dah lah semua tempat-tempat perjumpaan tu jauh-jauh. Haish ~ Letih badan gua nie
Gambar atas ini adalah masa AGM, kiranya macam Mesyuarat Agung Fakulti aku lah ~ Fakulti aku ni Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi. Kos aku pulak Pentadbiran Awam. Budak-budak yang dalam gambar atas ini adalah classmate aku yang memang superb! Haha :D Best lah jugak ~ Macam-macam karenah. Baik lelaki ataupun perempuan, semuanya satu kepala dengan aku. Haha ;D
Aku dengan classmate aku. Eleh ~ Nampak je muka macam bahagia dan sihat sejahtera tapi dalam hati nie hanya Allah je yang tahu. Haha. Nampak tak budak yang hujung sekali yang tak pakai tudung tue? Nama budak tu Fatin Liyana. Sebenarnya aku dengan dia dah kenal dah sebelum ini dekat Friendster, masa tu Form 3.
Bila jumpa face to face dekat sini, tak cam lagi taw. Tapi bila aku tengok gambar-gambar die, baru aku tahu yang die tu member aku masa aku main Friendster dulu. Haha :D Apa lagi, bapak best sebab akhirnya dapat jumpa depan mata. Hehe :D
Lepas tu assignment dah mula berlari-lari anak ke arah aku. Semalam sahaja aku dah siapkan dua assignment iaitu Mind Maps dan soalan tutorial Political Science dengan Presentation untuk BEl. Hailoh =.=" Punyalah syok duk buat assigment sampai Zohor aku punya nyaris-nyaris terbabas. Haha :D Dahsyatttt =.="
Ni hah salah satu Mind Maps yang aku buat. Pergh ~ Aku buat ini dalam pukul 1 pagi sebab sebelum tu aku menghadiri AGM yang aku letak gambar-gambar kat atas tue. Haha :D Dan bila lecturer aku semak, die bagi A- dengan komen "Neat!" Haha :D Gua bangga bhai ! :D Haha
Haaaaaaaaaaaa ini masa Malam Final FIFA yang aku pergi redah hujan-hujan tu sampai abang senior panggil aku hantu payung. Memang terbaek lah ~ Haha:D Masa ini tak ramai lagi yang sampai. Lepas dah 30 minit perlawanan barulah penuh satu Dewan Jasmin tue
Psst ~ Abang yang pakai baju Netherlands depan aku tu bapak jahat ! Die kutuk Spain aku weh ! Benci aku. Tapi masa Spain sumbat gol kan, kawan-kawan dia pakat boo dekat die. Lepas tu aku tengok die dah tak ada dah. Haha :D Amik kau !
Yang ini pulak gambar masa kitorang lepak dengan Awokk. Haha :D Yang depan tu Faris, yang perempuan tu Mira, roomate aku dan lelaki dengan selipar tu Idlan Pon Pon. Haha :D Betul lah ~ Nama die Idlan tapi aku panggil die Lan jer ~ Best dengan diorang ini :D Sorang lagi geng Awokk, Kimi tapi masa ni die tengah ngorat-ngorat aweksss. Haha :D
Haaaaaaa ~ Masa ini kitorang main tulis-tulis dekat pasir pantai tue. Haha :D Macam-macam dorang tulis. Rindu Selangor lah ~ Roommate sejati lah ~ Haha :D Memandanglan UiTM Dungun dekat je dengan pantai, makanya tiap-tiap petang mesti Pantai Gadung ini penuh dengan budak-budak UiTM Dungun. Hehe :D
Haaaaaaa ~ Inilah roommate aku. Satu bilik 4 orang. Hehe :D Ketiga-tiga mereka budak Selangor. Hehe :D Dan kesemuanya mereka budak sekolah agama. Tapi mereka ini sekepala dengan aku bhai ~ Bolah Hu Ha dengan aku. Haha :D Tiap-tiap malam mesti ada je benda yang nak kena gelakkan. Haih ~
Haha :D Ini masa aku dengan roommate aku, Mira tengah siap-siap nak pergi Senam Seni Rabu malam lepas. Haha :D Gambar bilik aku tak dan nak amik lagi sebab bilik kitorang selalu dilanda ribut taufan. Haha :D Dan satu lagi, bilik kitorang selalu jadi persinggahan bagi perantau-perantau. Haha :D Kiranya macam bilik kitorang jadi Bilik Kebajikan lah ~ Haha :D
Satu lagi, kalau ada orang yang ada makanan lebih, selalu mereka bermurah hati nak sedekahkan kat kitorang sebab mereka tahu kami ini mampu habiskan makanan mereka tue. Haha :D
Masa ini kitorang pergi makan malam dekat Gadung. Lepas lepak kat tepi pantai dengan Awokk, kitorang balik kolej sekejap lepas tu pergi makan. Masa ini lah kitorang bapak kecoh masa tengok bola Selangor VS Kelantan hari tu sebab semuanya budak-budak Selangor kan. Haha :D Tergelak-gelak besar kitorang. Hehe :D
Yang ini pun roommate aku jugak. Farah Dianah namanya. Kebetulan aku dengan die sama kos dan satu kelas. Hehe :D Mana-mana je aku pergi, dia ada. Mana-mana je dia pergi, aku ada. Haha :D Die ok. Sempoi bhai ~ Haha :D Dan sekarang ini aku dekat CC Kapas dan die duk kat sebelah aku sambil cakap telefon. Haha :D
Oklah ~ Aku rasa setakat ini je kot yang boleh aku tulis. Haha :D Nanti dah ada cerita lagi, aku tulis lah lagi. Hehe :D Maaflah sebab aku tak dan nak berblogwalking. Haih ~ Bilalah dapat main internet dengan free? Kat sini kena bayar bhai ! Haha :D
Psst ~ Maaflah sebab entry ini panjang sangat. Haha :D
18 comments