Apabila Lelaki Ini Meminta. . .

by - Sunday, August 14, 2011





Bila lelaki di atas mesej,

Nak kredit RM 1

Si gadis akan bagi bukan RM 1 tetapi RM 2 sebab si gadis tahu lelaki ini ingin menelefon ayah dan ibunya dan jugak mungkin aweknya -.-



Bila lelaki di atas mesej.

Jom pergi Bazar Ramadhan

Si gadis akan cuba untuk cari masa yang terluang supaya dapat pergi ke Bazar Ramadhan sama-sama



Bile lelaki di atas mesej

Tolonglah beli makanan untuk aku

Si gadis akan beli macam-macam makanan untuk die. Si gadis tahu macam mana nikmatnya dapat makan makanan yang lain dari yang lain dari masakan di Dewan Makan. Dapat makan KFC pun adalah satu nikmat yang tak terkata



Bila lelaki di atas mesej

Aku takutlah nak SPM dahh ~

Si gadis akan cuba untuk tenangkan si lelaki. Macam-macam nasihat dan kata-kata dorongan akan diberikan sebab si gadis mahu si lelaki berjaya, berjaya lebih dari dia



Bila lelaki di atas cakap,

Aku nak keluar dengan kawan-kawan aku. Mu boleh hantar dopp?

Si gadis akan cuba untuk penuhkan impian si lelaki dan menghantar bukan sahaja si lelaki, malah juga kawan-kawan si lelaki agar mereka dapat bergembira.






Si gadis sanggup buat apa sahaja demi si lelaki kerana si gadis sayangkan si lelaki. Si lelaki adalah segala-galanya bagi si gadis dan si lelaki ini lah yang banyak menceriakan hidup si gadis.



Si lelaki itu,

My only one brother :')

You May Also Like

4 comments