[Topik] Apa Jasa Dan Pengorbanan Anda Kepada Negara?

by - Tuesday, August 30, 2011




Semalam bunyi mercun pang pong pang sebab malam raya
Malam ni dengar bunyi mercun sebab malam merdeka



Oh yes :) Tahun ni kita sambut merdeka yang ke 54 tahun sekali gus dengan Hari Raya Aidilfitri. Kedua dua perayaan ini sangat penting kepada kita, sebagai penganut Agama Islam dan juga sebagai warganegara Malaysia



Hari Raya Aidilfitri di sambut bagi meraikan kemenangan kita dalam menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dalam kalendar Islam. Kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi juga melatih diri dengan perasaan sabar dan juga mendekatkan diri dengan Allah swt



Hari Merdeka di sambut bagi memperingati saat dimana negara kita berjaya mendapatkan kemerdekaan dari penjajah dengan tanpa satu titik darah pun yang tumpah. Kemerdekaan kita sangatsangat bererti kerana hampir beratusratus tahun lamanya negara kita di bawah cengkaman penjajah


Aku cuma nak sentuh sikit pasal Hari Merdeka. Kita duk hu ha hu ha dan menjerit MERDEKA MERDEKA tapi berapa ramai yang tahu apa erti KEMERDEKAAN sebenar? Berapa ramai orang yang boleh explain macam mana negara kita merdeka? Melalui apa? Dengan sapa? Berapa ramai yang terlibat?


Aku bukan nak cakap aku ni terror sangat tapi kadangkadang kita duk bersuka ria menyambut merdeka sedangkan kita kena fikir, apa jasa dan bakti kita kepada negara kita? Apa yang kita dah buat untuk menaikkan nama negara kita? Tetiba terlintas ayat ni dalam kepala aku, jangan fikir apa yang negara kita boleh buat kepada kita tapi fikir bagaimana kita boleh menyumbang jasa dan bakti kepada negara kita


Ingat balik macamana pejuangpejuang negara kita macamana mereka berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Ingat balik macamana Sultan Sultan pada zaman dahulu menangis kerana terpaksa menandatangini Malayan Union yang diusulkan oleh British selepas Jepun menyerah kalah. Ingat balik macamana Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pergi ke London untuk mendapatkan kemerdekaan


Aku dilahirkan selepas merdeka tapi aku tak tahu kenapa aku rasa aku belum secukupnya berbakti kepada negara dan orang di sekeliling aku. Aku belum puas lagi. Aku nak jugak jadi macam tokohtokoh negara kita, dimana jasa dan pengorbanan mereka di hargai. Kalaupun aku tak dapat jadi macam mereka, atleast aku nak orang di sekeliling tahu apa jasa aku pada mereka :) Fuhh ~ tak percaya aku yang aku boleh cakap macam nie. HAHA :D



Lets make it short and simple :) Erti merdeka itu sangat subjektif. Tanyalah pada orang yang sudah berpengalaman. Tanya mereka macamana mereka lalui semua kesusahan sebelum merdeka. Kalau tak pun, atleast tengok lah cerita Hati Malaya : 1957. Cerita tu memang best! Kalau kau anak jati Malaysia, aku wajibkan korang tengok cerita tu dan KONFEM korang akan menangis :)


Even kawan lelaki aku yang badan tough macam ahli gusti pun menangis tengok cerita Hati Malaya tue. Apatah lagi aku? Berkotak kotak tisu aku habis. Hehe :)


So kawankawan, aku nak ajak korang marilah kita samasama fikir apa jasa dan pengorbanan kita patut buat untuk negara kita. Marilah kita bersatu dan lupakan perkaraperkara yang mungkin boleh memusnahkan perhubungan sesama kita. Mari lah kita samasama berganding bahu dan menjaga negara kita sebaikbaiknya :)



Aku tinggalkan korang dengan lagu Warisan dari Sudirman. Lagu ini selalu aku dengan kawankawan aku nyanyi bila kitorang ada kem ke, ceramah ke sebab bila dah nyanyi ramairamai dan kuatkuat, konfem kau akan rasa bersemangat dan menghargai negara kita :)





HAPPY MERDEKA DAY
MALAYSIA :D



You May Also Like

2 comments