Harapan Dan Luka Yang Ditinggalkan

by - Monday, August 29, 2011



Lumrah manusia. Kita memang akan hidup dalam harapan. Harapan? Suatu benda yang tak pasti akan berlaku pada masa yang akan datang tapi manusia tetap masih mahu mengharapkan harapan itu agar benarbenar berlaku


Kita mahukan itu dan kita mahukan ini. Kita mahukan yang itu juga, tak kira apa yang berlaku. Dan tanpa kita sedar, kita sedang meletakkan harapan dan berharap agar kita akan dapat apa yang kita nak walaupun pada jauh di sudut dasar hati kita, kita tahu tak semua harapan akan menjadi realiti


Dan apabila harapan itu tidak menjadi realiti, sakitnya sungguh terasa dalam hati, kesakitan yang tak mampu diucapkan melalui katakata


Tanpa kita sedar, kita juga sering memberi harapan kepada orang lain. Janji itu ini, meletakkan satu imaginasi yang tinggi kepada orang lain sehinggakan orang lain itu hidup dalam harapan tersebut.


Dan apabila kita langgar janji dan harapan itu, hancur dalaman kita bukan? Sakitnya ~


Tapi sedar atau tak, kita masih hidup dalam harapan lagi. Kenapa kita masih berdegil? Masih berkeras kepala? Masih mahu hidup dalam harapan sedangkan kita sendiri tahu dan perkara ini telah kita semat dalam hati sejak kita kecil lagi bahawa harapan tak mungkin akan jadi realiti?


"Berdosa hukumnya bagi seseorang yang dah berjanji untuk berkahwin dengan seseorang yang lain, tapi tak tunaikan janji tu. Sebab manusia ni hidup dengan HARAPAN dan bergantung pada janji.... " - Credit to HANALOVENEST



Aku masih sakit sampai sekarang, entah bila mahu sembuhnya



Ya ~ Hati aku sunyi. Hati aku sepi. Aku seorang diri di sini. Tak ada yang mampu ubati kesan yang ditinggalkan. Aku tak lemah cuma aku perlukan masa untuk ubati balik semua luka yang kau tinggalkan, yang kau buat. Hampir 3 tahun aku jaganya dengan baik dan sewenang-wenangnya kau lukakan. Mana janji kau dahulu?


Dan di saat aku ingin ubati hati aku sendiri, aku terpaksa ubat hatihati insan yang lain. Hati aku, aku terpaksa lupakan. Sakitnya ~ Malam-malam, aku terbaring sendirian, fikirkan berapa banyak lagi kesakitan yang perlu aku tanggung hari yang berikutnya. Jujur aku cakap, aku takut untuk hadapi harihari yang bakal mendatang



yupp ~ its me


You May Also Like

4 comments