Tandas Mangkuk VS Tandas Mencangkung ; Dan Pemenangnya Ialah...
By Mysara Newrie - Saturday, June 30, 2012
Assalamualaikum
Tadi jalan-jalan dekat fanpage Wujud. Kadang-kadang kalau bosan dekat FB dan twitter aku layankan je lah gambar-gambar dekat situ dan terjumpalahhhhhhhhhhhhh satu gambar nie terus ting! (bayangkan ada mentol atas kepala aku) ada idea nak update apa dekat blog nie hehe :)
Iklan petang nie :) |
Tandas mangkuk VS Tandas mencangkung ; mana satu pilihan korang?
Giler betul dah budak Mysara nie. Topik pasal tandas pun nak tulis dekat blog.
Tapi bak kata Double A, Azwan Ali "hade aku kisah?"
Okaylah ~ since aku kecikkecik lagi kan, aku dah diajar oleh mak aku untuk gunakan tandas mencangkung esp masa guna tandas awam. Hello? Dah nama pun tandas awam, kau expect kau sorang je yang guna? Of courselah beribu-ribu orang guna yang mempunyai pelbagai jenis warna kulit dan jenis ragam dan etc (malas nak listkan)
Dan sampai sekarang pun kalau aku pergi tandas awam, mesti aku akan cari dulu tandas mencangkung dulu. Kalau ada orang guna pun, aku akan tunggu dan kalau tak ada, tandas mangkuk adalah last choice aku tapi purata aku guna tandas mangkuk adalah sangat tipis
Cuba kau bayangkan, ada certain orang kan, dia suka duduk atas tandas mangkuk tu. Macam mana kau panjat pun aku tak tahu lah dik oii ~ Tapi yang pasti memang ada dan kita-kita yang tak tahu ni pun, just slumber je duduk atas tempat tandas mangkuk tue. Yelah ~ dah tak tahan sangat lah tue -___-
Natijahnya? SPM bahasa melayu aku dapat A+, saje nak bagitau -________- Kotoran-kotoran dekat tapak kasut orang tu pun akan melekat dekat pelapik tandas mangkuk tu dan kita pulak pergi duduk. Haaaaaaa~ tak ke kuman-kuman pun bersuka ria untuk datang ke kulit kita dan membiak dan buat perkampuangan orang kuman dekat situ?
Lepas tu kita pulak akan rasa gatal-gatal dan tak senang duduk. Lepas dah gatal-gatal, mestilah kau akan garu kan? Dan orang yang tengok kau garu-garu tu mesti fikir "Ouh tak jaga kebersihan kot orang nie" HAHA :D Err actually tu lah tanggapan aku bila ada orang garu-garu depan aku -____-
See? Orang lain punya pasal, kita yang kena. Dan sebab itulah sampai sekarang aku akan cuba elakkan guna tandas mangkuk tu dan akan cari jugak tandas mencangkung. Sebab tandas mencangkung, kau just cangkung je lah. Aku rasa tak payahlah kot aku nak explain extra pasal tue HAHA :D
Cara yang betul menggunakan tandas mangkuk :) |
Dan satu lagi, tolonglah ye jangan duduk atas mangkuk tandas tue? Sebab tu dah salah dari sisi undang-undang menggunakan tandas mangkuk tau? HAHA :D Sebab dah nama lain bagi tandas mangkuk pun tandas duduk, so haruslah kau duduk, bukannya mencangkung okayy :)
Ohh ada yang degil yer? Nak jugak yer duduk atas tandas mangkuk? Degil yer? Takpe takpe
NAH AMIK KAUU! |
Gambar atas ni aku terjumpa dekat Google masa aku cari-cari gambar pasal tandas nie. See? Ni lah akibatnya salah guna tandas mangkuk. Tandas mangkuk kenalah duduk cik akak dan cik adik, bukannya mencangkung. Kalau nak jugak mencangkung, gunalah tandas mencangkung, bukan tandas mangkuk nie. Kira berapa kali perkataan mencangkung dalam perenggan nie -__-
Daripada gambar dekat atas nie, aku rasa maybe dia mencangkung kot atas tandas mangkuk tu dan seperti yang kita tahu, tandas mangkuk maybe tak adalah kuat sangat kan. So maybe masa dia mencangkung atas tandas mangkuk, tandas tu pun pecah dan terkena dekat badan dia. Ya Allah ~ sisih 44 malaikat! :O
Dan sebab itu lah pilihan aku adalah tandas mencangkung! :D Even kalau aku terpaksa guna jugak tandas mangkuk, aku akan pastikan pelapik tu aku jirus dengan air dulu dan kemudian laplap dengan tisu then baru aku guna :) Jaga kebersihan baii! :D
So korang macamana? Habislah nanti tandas awam nanti tak ada siapa nak guna tandas mangkuk HAHA :D