Assalamualaikum
Alhamdulillah ~ Akhirnya dapat jugak jarijari aku menari di atas keyboard lappy aku untuk terus menaip untuk blog aku nie. Kesian yer sebab kena tinggalkan aku yer? HAHA :D
Seriously, aku memang busy sangat-sangat. Bukan busy dengan assignment atau apa. Busy dengan aktiviti itu ini, meeting itu ini, nak kena cari notes dan berkejar-kejar ke kedai fotostat untuk mengambil notes, bayar peralatan elektrik dan tambah-tambah pulak kelas semuanya lewat petang
Bayangkan, sejak hari Ahad hari tu, tiap-tiap malam mesti aku chow pergi keluar dari bilik sebab ada kelas, then ada dialog bersama Rektor dan kemudian meeting. Cuma ada satu malam tu je aku pergi tidur rumah sewa kawan aku sebab nak berubah angin sikit :)
Aku memang macam nie, kalau aku rasakan aku dah mula rasa tension, aku akan pergi jauhkan sikit dari situasi tension tu dan pergi amik angin dan kemudian, kembali dengan semangat baru. Hoyeah! :D
Aku memang tak ada masa betul nak update blog. Maaflah ~ Kalau dulu aktif dengan twitter, sekarang tidak lagi sebab aku rasa macam tak masa aku nak update tweet aku tue. Haih -.- Kadang-kadang penat sangat-sangat, tambah-tambah lagi kelas selalu habis lewat petang
Tapi alhamdulillah ~ Setakat ini semuanya macam udner control lagi. Sekarang dah habis second week untuk this semester. Jujur aku cakap, aku masih terapung-apung dan masih berada dalam awang-awangan lagi dalam kelas even though lecturer dah start mengajar dah. Kenapa lah aku tak boleh fokus nie?! :O
Patutlah tak fokussss -___- |
Dan sepanjang minggu ini, aku memang tak boleh nak tidur malam. Tak tahu lah kenapa :( Kadang-kadang pukul 5 pagi aku baru masuk nak tidur. Tu pun belum tentu aku akan tidur terus. Mau dekat sejam dua jam aku duk bergolek-golek atas katil
Hmm lepas tu apa lagi eyh? Oh yer :) Sekarang ni hutang aku dengan Allah swt dah hampir langsai dah. Syukur alhamdulillah aku dapat langsaikan hutang aku dalam masa 4 hari untuk minggu ini sahaja :) Bukan aku sahaja, roomate-roomate aku pun sama jugak so tak adalah rasa macam sedih sangat. Hehe :)
Hutang apa? Ganti puasa maaaaaaaaaaaaaaaa :) Korang yang perempuan tu, dah ganti puasa ke belum? Sekarang ni dah masuk bulan Syaaban dah tau! :D
Dah masuk Syaaban dah. Means, ada lagi 30 hari untuk kita bertemu Ramadhan. Ya Allah :') Tak sabar-sabat nak tunggu bulan puasa
Raksasa 2 ekor ini akan kejutkan aku bangun sahur nanti HAHA :D |
4 comments