Assalamualaikum
Semasa anda membaca entry aku ini, mungkin MUNGKIN lah ~ aku sedang on the way ke Dungun/sedang un-packing barang-barang aku yang banyak giler tu atauuuuuuuuuuuuu pergi beronggeng-ronggeng sekitar Dungun dengan kawan-kawan sebab nak melepaskan rindu sebab dah 2 bulan tak kumpul sama-sama
Daaaaaaaaaaaaaa~ Rasa macam sekejap sangat masa sekarang nie. Esok aku dah nak start belajar dah dekat UiTM Dungun tu. Kalau ada orang tanya aku "Kak UiTM Dungun best tak?" aku tak nak cakap pape sebab aku nak korang sendiri rasa betapa besttttttttttttttttttttttttttttttnya UiTM Dungun nie :)
Banyak kenangan pahit dan manis aku dekat UiTM Dungun. Tension? Lepak tepi pantai. Lapar? Makan dekat Teluk Gadung dan kedai-kedai tepi pantai. Nak main buaian? Main je dekat taman permainan tepi Gadung tue.
Dah dah Sara -__- Simpan kau punya kata-kata pujangga dan puitis tu. Simpan dan luahkan masa kau dah habis final exam untuk final semester diploma kau
Baik cikgu!
Part 1 Jun 2010-Nov 2010 |
Sengaja letak gambar aku masa Part 1 sebab nak ingatkan diri, masa tak kan menunggu kita. Tak sangka, dah last semester aku dah dekat UiTM Dungun nie :')
Semester 5 aka semester last, bismillahirahmanirrahim dan Assalamualaikum :)
Wish me goodluck guys! :D
2 comments