[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Sunday, May 23, 2010

Holiday at Mount Kinabalu :)



Salam. Memandangkan aku baru je balik dari Gunung Kinabalu, aku rasa dah menjadi satu keWAJIBan untuk aku tulis entry semasa aku berada di sana. Haha ;DDD *poyo =.="

Amaran
Entry ini penuh dengan gambar dan entry ini sangat panjang. Harap maklum :)

Aku bertolak ke sana dalam pukul 2.30 pm dan sampai dalam pukul 5.00 pm sebab singgah makan dulu. Aku tak makan dari pagi lagi weh masa tue ! Parents aku dah lunch dah dengan boss ayah aku masa tue. Haih ~ Melepas aku =.="


Dah suasana sejuk je kan maka aku pun bukak lah tingkap. Haha. Sejuk weh masa nie ! Haha ;DDD

Kitorang tidur kat Rina Ria D'Village. Bukannya 5 star hotel pun ! Kalau kau nak 5 star hotel, kat Kinabalu Park, RM 800 satu malam ! Amik kau ! Kalau orang kaya, takpe ah ~ Kalau kat Rina Ria tu, RM 90 satu malam jer :) Lengkap dengan pakej breakfast lagi taw ~ :D So mana tu pilihan korang? :)


Best jugaklah D'Village ni sebab setiap bilik ada decoder Astro taw ! Kalau hotel 5 star kat KL, ada Astro tapi kita tak boleh tengok channel yang kita nak kan? Yelah ~ Sebab manangement die yang control remote Astro tue. Haha ;DDD Haih ~ Rugi betul aku tak bawak Kad Astro. Haha ;DDD

Aku perasan boleh dikatakan semua resort kat area Gunung Kinabalu tak ada aircond dan kipas sebab dah sejuk dah pun. Sebelum tidur, aku kena pakai stoking dulu sebab sejuk giler weh ~ Haha ;DD


Pukul 5.45 pagi, bertolak ke Mesilau Nature Resort. Gambar kat atas diambil pada pukul 5.55 pagi ok? Hehe. Indah dan segarnya masa tue ! Haha ;DDD

Untuk mendaki ke Gunung Kinabalu, ada 2 tempat iaitu di Kinabalu Park dan Mesilau. Di Kinabalu Park, jalan senang sikit, dekat iaitu 6 km dan dapat satu sijil jer. Tapi kalau di Mesilau, jalan memang payah giler, jauh 8 km dan dapat 2 sijil :)

Tapi untuk ke Mesilau Nature Park tu pun dah macam payah sangat-sangat. Naik bukit, turun bukit. Curamnya tak usah nak cerita lah ~ Tayar kereta pun ada bau hangit dah sebab banyak brek banyak sangat. Huhu

Tapi best kat Mesilau sebab bila cakap-cakap, keluar asap kat mulut. Sejuk weh masa tue ! Haha ;DDD

Ini adalah Gunung Kinabalu. Menurut kawan ayah aku, ini baru 1 per 10 dari Gunung Kinabalu. Haha ;DDD 1 per 10 weh ! Kalau naik sampai ke puncak tue baru lah dapat tengok keseluruhan Gunung Kinabalu. Memang tinggi :)

Sampai di Mesilau, breakfast ramai-ramai kat sana. Act tempat kerja ayah aku ada organize XPDC ke Gunung Kinabalu. Masa ini diorang tengah dengar ceramah sikit dari pegawai kat Mesilau tue. Antara syarat-syarat khas yang aku tahu untuk pergi mendaki ialah ;

  • Tak boleh menjerit kat puncak Gunung Kinabalu sebab dipercayai roh-roh orang yang mati bersemadi di puncak gunung. Buat bising nanti, dia marah
  • Tak boleh ambik apa-apa. Kalau amik apa-apa dan korang jatuh sakit, kena letak balik barang yang korang amik tu kat tempat asal die balik. Huhu

Lepas hantar diorang balik, lepak-lepak kat sekitar Kundasang bla bla bla ~ Haha ;DDD

View from the top of Kinabalu Park :) Sumpah best giler lepak kat sini. Dah lah sejuk, berangin, pemandangan yang memang cantik, selesa, tempat lapang jer, ada bunyi-bunyian dari serangga dan kenderaan. OMG ! I loveee nature ! ;DDD

If anyone wondering, Kinabalu Park tu apa, then here it is ! Kinabalu Park macam tempat pengurusan untuk mendaki gunung, ada cafe which is RM50 untuk sekepala (buffet), restoran ala carte (makanan sumpah best tapi banyak giler), penginapan di resort (RM 800 per night! ). Wi-fi tak ada =.="

Keesokkan harinya, pergi ke Kundasang, shopping sayur-sayur. Kat sana, sayur-sayur dan bunga-bunga memang fresh dari ladang. Kalau pergi sana, memang wajib akan beli sayur atau bunga. Haha ;DDD Murah pun murah lah jugak :)

Baru 2 kedai pergi tapi mak aku dah beli macam-macam sayur dah. Haha ;DD Bunga-bunga pun mak aku beli jugak. Ros putih ! I likkeeeee :)

Then pergi ke Kundasang War Memorial. Dulu-dulu, Jepun tahan tawanan Australia di Kundasang. Dalam beratus-ratus ribu yang kena tahan, hanya 6 orang je yang selamat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Owh ~ So tragic -.-"

Tapiiieeee kat sini, landskap die memang superb ! Lawa giler weh ! Kesian ayah aku kena jadi photographer. Haha ;DDD Pergi situ sana sini, aku asyik cakap "..Ayah, amik gambar Sara.." Haha ;DDD Argh ~ Alangkah bestnya kalau aku ada DSLR satu

My dad said "This place exactly like oversea"

Wow ! Gambar ni buat aku nampak kurus lah ! Sukeeeeeeee ! ;DDD
Eceh ~ Dalam gambar senyum bukan main tapi masa ini gayat giler sebab kat bawah tue ada gaung. Haha ;DDD Tapi nak bergambar punya pasal, lantak lah ~ :)

Act ada signboard tulis 'Jangan pijak saya. Nanti saya mati' kat atas padang ni. Tapi aku pijak jugak sebab aku tak tahan dengan keindahan tempat die. Heh ~ Tu lah ~ Sape suruh kau jadi cantik sangat? Kan aku dah pijak kau. Hahaha ;DDD

Tetiba rasa macam ada kat Rome pulak. Rasa macam kat zaman Gladiator bila bergambar kat sini. Haha ;DDD

Haaaaa ~ Ni lah tempat yang aku cakap aku suke lepak-lepak tue ! Haha ;D Best lepak-lepak kat sini. Hehe :D Walaupun korang nampak macam panas je tapi sebenarnya sejuk taw ~ Hehe :D Cuaca panas tapi angin sejukkk jer ~ :D Kalau orang-orang yang baru break up, ada masalah dan nak bawak diri, aku suggest datanglah sini. Korang akan rasa tenang :) Believe me

Cuaca-cuaca sejuk macam ini, layan Maggi memang heaven giler ~ Maggi yang dibawak dari rumah. Oh ya ~ Air panas pun kena caj 50 sen =.=" Rugi rugi tak bawak heater sendiri. Haha ;DDD

Cakap pasal makanan, kat sini semua makanan macam tawarrr jer ~ Huhu. Lepas kita tambah garam, gula, kicap dan Ajinamoto, barulah berselera sikit nak makan. Haha ;DDD Kena outer makanan dulu baru sedap nak makan. Haha ;DDD

Kat belakang tu adalah van dan bas untuk pelancong yang tak ada kenderaan sendiri. Aku tak tahu pulak harga die berapa. Tapi aku perasan banyaknya Mat Salleh dan Minah Jepun je yang asyik duk guna kenderaan tue. Hehe :p

Lepas tu lunch kat Blassam Cafe (mee goreng tak sedap, ayam goreng keras) ada penyampaian sijil-sijil untuk peserta XPDC tue. Haih ~ Apa pasal lah aku tak mendaki jugak masa ayah aku offer tawaran nak mendaki tue? -.-

Meet my new friend, Izmir :) Aku ni memang suke berkawan. Pergi mana-mana pun, mesti ada jugak nak berkawan dengan sape-sape. Haha ;DDD Bila aku cakap kat die "..Sorrylah ~ Aku memang banyak mulut sikit.." Die gelak jer ~ Haha ;DDD I think he already knew about it :)

Dan balik ke Kota Kinabalu. Balik rumah, mandi-mandi dan gedebung ! Terus tidur ! There is no place like home :)

Sorry you guys kalau entry ni panjang sangat. Aku dah try buat sependek yang mungkin :) I hope you all enjoy tengok gambar-gambar yang aku upload tue.

Kita minum dulu ! Oh ~ Izmir cakap "..My mum give this Coke for you.." Auwwww ~ Thank you so much ! Ikan puyu go samah ! Haha ;DDD

p/s : Ikan puyu go samah means ikan puyu berharga 50 sen :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts