[Review] Novel Hilang Karya Dayang Noor

By Mysara Newrie - Saturday, November 03, 2012

Assalamualaikum


Aku memang suka baca buku yang lain dari yang lain dan Alhamdulillah, novel keluaran Fixi tak pernah kecewakan aku :) I LOVE FIXI VERY MUCH!


Baru-baru ni aku ada lengkapkan koleksi Fixi aku dengan beli buku Hilang, written by Dayang Noor. Novel Hilang ni adalah novel aku yang keempat dari Fixi dan insyallah akan bertambah-tambah selepas ini :) Muehehe ~

Hilang by Dayang Noor

1st time aku tengok novel ni, aku tertanya "Apa tajuk novel nie?" HAHA :D Sebab tak nampak tajuk dia, bila aku belek-belek "Ohh tajuk dia Hilang". Lepas dah baca sinopsis dia, haaa bersesuaian lah tajuk dia yang hilang dan sinopsisnya :) Lagipun aku tertarik dengan cover muka depan dia :)


Okay cerita ni mengisahkan bagaimana seorang abang, Shaziman mencari adik kembarnya, Ikhsan yang hilang secara tiba-tiba. Tapi dia tak laporkan pada polis pun sebab dia nak siasat sendiri dan dia dibantu oleh seorang private investigator, Jo yang turut ada kaitan dengan Ikhsan dan Shaziman nie. 


Dan dalam masa yang sama jugak, cerita ni ada flashback pasal seorang wanita yang bernama Khairani aka Kay yang dalam diam-diam sebenarnya tahu pasal kehilangan Ikhsan nie. Dalam usaha nak cari adik dia, Shaziman ni menyamar lah menjadi Ikhsan sebentar dan dibantu oleh Jo yang aku rasa macam bagus lah bab-bab menyiasat nie. Yelah ~ dah nama investigator kan? -__-


So Shaziman dan Jo ni pergilah ke merata-rata tempat dalam usaha nak menjejaki Ikhsan ni dengan bantuan nota-nota yang dia dapat dan dari situlah mereka dapat macam-macam maklumat tentang kehilangan Ikhsan dan Jusoh. Haaa sape Jusoh nie? Hangpa kenalah beli novel nie :p


Tapi sebenarnya kan, Shaziman dan Jo ni tak tahu yang sebenarnya Kay ni lah yang kunci kepada segala misteri tentang kehilangan Ikhsan. So apa yang berlaku? Belilah sendiri woi! Tak ada kuasa aku nak cerita semuanya HAHA :D


Pendapat aku ; best! Mula-mula memang aku rasa blur giler baca sebab macam kejap cerita pasal Shaziman, kejap cerita pasal Kay. Sampai ada satu tahap tu aku stop baca dan aku bertanya diri sendiri "Apa yang Dayang Noor nak sampaikan ni sebenarnya? Berbelit-belit dah aku rasa" 


Tapi aku gagahkan jugak lah baca novel nie. Sampailah pada satu muka surat tu aku baca dan terkejut dengan satu fakta pasal watak dalam novel nie dan aku macam "Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~" Haaa kau nampak tak betapa misterinya cerita nie? HAHA :D 


Bagi aku, aku dah laburkan RM20 untuk beli novel ni dan aku rasa sangat-sangat berbaloi untuk beli novel nie. Entahlah ~ termasuk novel Hilang nie, aku dah ada 4 novel dari Fixi ; Kelabu, Kougar, Licik dan Hilang. Dan semuaaaa novel ni tak pernah pun mengecewakan aku :) Oh Licik je yang aku tak sempat nak buat review lagi :p


Dan aku berjaya habiskan novel ni pada satu malam sahaja, iaitu pukul 6 pagi tadi HAHA :D


Kalau korang jenis yang carikan satu kelainan dalam novel, yang dah muak dengan cerita cinta-cinta, nak kan sesuatu yang extreme dan lain daripada yang lain, aku suggest belilah novel Fixi. Jujur aku cakap eyh, aku tak pernah rasa rugi belanjakan RM20 aku untuk Fixi sebab aku rasa aku sangat-sangat puas membacanya. Inilah novel yang aku carikan selama nie :)


Rating ; 3.5/5

 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments