Results Final Exam for Final Semester

By Mysara Newrie - Friday, November 09, 2012


Assalamualaikum


Malam tadi, teman parents aku pergi Ampang Point, makan-makan dan jumpa ayah aku kejap. Masa tu dah dekat pukul 10 lebih dah. Aku syak mesti aku cek results exam aku dekat lobby hotel tue -__- Nasib baik ada wifi, kalau tak? :/


Tup tup pukul 11 dah balik dan aku pun terusssssssssssssssss masuk bilik dan online. Sengaja aku offline chat sebab aku tak nak kasi perasaan aku gundah gulana dengan soalan-soalan dari kawan-kawan aku. Huhu ~


Pukul 12.00 tengah malam. Aku cek email, okay tak ada. Aku dah syak dah tak ada sebab maybe line tengah stuck. So takpe. Aku main games dulu. Aku tengok-tengok FB kawan-kawan aku yang update status berdebar tunggu results, cek tweet tapi malas nak reply dan cek blog tanpa ada niat nak update


Weyh ~ what do you expect bila kau tengah berdebar-debar nak cek results, tetiba kau boleh update blog? Memang tak lah ~ haha :D


Pukul 1 lebih aku dah tak tentu arah sebab kawan-kawan aku dah start update status dah boleh cek results lah, lepas tu ada yang call dan texting aku lah ~ Aku dah cuak dah so aku rilkes dulu kejap. Korang tahu aku buat apa? Haaaaaaaa ~ aku Google dan cari 'belajar bahasa negeri sembilan' HAHA :D


Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh terfikir nak belajar bahasa nogori tue. Tetiba je okay? Sedang khusyuk-khusyuk tue, pukul 1.45 aku bukak email sekali lagi dan refresh banyak-banyak kali dan here it is! My exam results are waiting for me to open it :)



So aku offline kejap. Macam yang pernah aku buat semasa sem 3 dan sem 4, aku sembahyang hajat dulu ; kasi tenangkan hati dan redha dengan segala ketentuanNya. Lepas tu baca Yassin dulu ; kasi tenangkan lagi hati ni. Entahlah ~ kali ni berdebar dia lain macam sebab mungkin ni adalah results untuk final sem kot ~

Bismillahirahmanirrahim ~

My Results :'D
Results Interssion :)


Rasa bersyukur sangat-sangat sebab impian aku nak dapat dekan sem ni dah tercapai. Lepas tu impian aku nak tengok CGPA aku dekan pun tercapai walaupun hanya cukup-cukup makan. Syukur sangat-sangat


Yang intersession adalah semasa cuti sem dua bulan tue. Amik dua subjek terus dan results interssion akan dicampurkan dengan results yang 4 subjek dekat atas tue :) Syukur Alhamdulillah ~ Its a joyful feeling, seeing your results full with A's. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ~


Tak sampai dua minit lepsa tengok results, terus aku menangis macam hape sorang-sorang dalam bilik atas katil T___T Sedih sangat-sangat sebab Allah swt bagi aku dugaan dekat tempat lain tapi bagi rezeki aku di sini, semasa results aku. Syukur sangat-sangat ~


Masa tu nak menjerit-jerit pun ada sebab happy campur sedih dan menangis kegembiraan. Tapi tak boleh menjerit sebab mama ayah dah tidur. Kalaulah dorang tak tidur lagi, aku dah lama dah menjerit dengan diorang macam aku pernah buat masa aku mula-mula dapat tahu aku dapat study Pentadbiran Awam dulu :')


Ya Allah ~ sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku belajar DPA dekat UiTM Dungun nie :')


Kini, aku dah boleh isytiharkan yang aku dah berjaya tamatkan Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Dungun dengan rasmi. Dengan dah tahu results nie, kini aku menanti pulak ke mana aku akan pergi untuk Degree nanti. Doakan yang terbaik untuk aku 


Ya Allah, syukur alhamdulillah aku ucapkan kepadaMu kerana memakbulkan doaku selama ni. Terima kasih untuk hadiah ini. Terima kasih untuk segala-galanya yang Kau berikan kepada aku dan orang-orang di sekelilingku. Syukur Alhamdulillah kepada Mu Ya Allah ~


Kepada kawan-kawan aku yang tak bernasib baik, jangan sedih-sedih. Anggap ni adalah rezeki masing-masing. Mungkin kau tak ada rezeki di sini tapi kita mana tahu, kau ada rezeki ditempat lain. Bawak bersabar yer? Yang lepas, jangan dikenangkan kembali. Yang penting, masa depan kita sebab masa depan  kita ditentukan dengan apa yang kita buat sekarang ini :)


Kepada yang berjaya, aku ucapkan tahniah dekat korang! :D Alhamdulillah, kita dah berjaya! Aku tumpang gembira dan bangga dengan semua kawan-kawan aku yang berjaya! Tahniah aku ucapkan! Tapi ingat ; jangan disebabkan kegembiraan ini, kita jadi lalai :) Sepatutnya kita akan jadi lebih gigih berusaha untuk kekalkan results kita nie :) #peringatanuntukdirisendirijugak


Kepada semua pensyarah-pensyarah aku, Sir/Madam/Miss ; terima kasih sangat-sangat sebab tak pernah kedekut berikan kami semua ilmu, tak kira di mana dan pukul berapa. Even dalam FB pun masih sempat lagi bagi nasihat dan panduan kepada kami. Terima kasih sangat-sangat! Maafkan kami jikalau ada keterlanjuran kata-kata yang mengguris perasaan. Mintak halal segala ilmu yang dicurahkan. Terima kasih! :D Semoga Allah swt murahkan rezeki kalian, aminn ~


Mama Ayah, ini untuk mama dengan ayah. Sara dah usaha dengan gigih untuk bangun semula selepas kegagalan Sara yang lepas. THIS. Yang ni memang untuk mama dengan ayah. 


Masa Sara belajar, Sara teringat dekat mama dengan ayah. Kalau Sara tengah stress, malas nak study, Sara call mama dengan ayah, mintak nasihat. Kain pashmena mama ; mama selalu bising sebab Sara amik yang mama punya senyap-senyap tanpa bagitau mama tapi sebenarnya Sara guna pashmena tu semasa Sara jawab exam supaya berkat mama ada dengan Sara setiap kali Sara jawab exam :') 


Terima kasih mama ayah sebab berikan Sara semangat, nasihat, kata-kata semangat. Sara akui ; bebelan mama dan nasihat ayah berjaya meresap dalam hati Sara :') Tanpa berkat mama ayah, doa ; Sara tak tahu apa akan jadi pada Sara sekarang nie. Thank you for everything! Mama ayah support apa sahaja yang Sara buat, kasi semangat, kasi nasihat. Ya Allah ~ ampunkanlah dosa mereka dan berkatilah mereka sehingga ke akhir hayat, Aminn ~ 


Kepada kawan-kawan aku, terima kasih banyak-banyak sebab di saat aku jatuh, korang ada untuk angkat aku perlahan-lahan, untuk naikkan aku dari terus terjatuh lebih dalam. Terima kasih sebab banyak menceriakan hari-hari aku semasa pengajian Diploma ini. Terima kasih untuk segala masa, duit, tenaga, mata, telinga dan mulut yang korang pinjamkan untuk aku. Terima kasih untuk segala cerita lawak yang ada untuk buat aku gelak. Terima kasih untuk perangai korang yang sentiasa buat aku tak kering gusi. Thank you so much! Semoga Allah swt memberkati kita dan memudahkan jalan untuk kita pada masa hadapan :')




SEE YOU GUYS LATER DURING 
OUR CONVOCATION DAY!
:'D




  • Share:

You Might Also Like

26 comments