[Topik] Best Ker Jadi Anak Sulung Nie? :O

By Mysara Newrie - Sunday, November 04, 2012


 Assalamualaikum


FYI, aku merupakan anak sulung dalam keluarga aku. Dah lah anak sulung, anak perempuan tunggal pulak tue! So double the tittle lah which is anak sulung perempuan tunggal HAHA :D Okay tak lawak -__-


Best ke jadi anak sulung nie? Okay as for me, perbezaan umur antara aku dengan adik aku, hanyalah dalam 2 tahun je so tak adalah insiden yang macam "Sara! Basuh berak adik!" HAHA :D Yelah ~ diri sendiri pun aku tak terjaga, ni apatah lagi nak jaga adik aku



Okay tetiba teringat cerita masa aku kecik dulu, aku pergi celup tangan aku dalam mangkuk tandas sebab just aku tertarik nak main air dalam mangkuk tu. Bila teringat balik, aku rasa macam "bodoh ke bangang tue?" HAHA :D


Yang bestnya jadi anak sulung nie, entah aku pun tak tahu apa yang bestnya jadi anak sulung nie HAHA :D Tapi adalah bestnya cuma macam tak terluah melalui kata-kata HAHA :D


jap japp ~ kasi refresh ingatan..


Bestnya jadi anak sulung sebab kau akan rasa bertanggungjawab dengan semua orang di sekeliling kau. Contoh, kalau ayah pergi kerja dan mama buat kerja sorang-sorang, kau akan rasa tanggungjawab untuk tolong mak dekat dapur. Propanyaaaa! HAHA :D FYI dulu mak aku tak kasi aku tolong die dekat dapur sebab die cakap macam serabut je ramai orang dekat dapur HAHA :D Tapi sekarang? Muka aku palinggg kerap masuk dapur, bukan sebab memasak tapi sebab cari makanan HAHA :D



Tapi aku tak tipu. Sifat dan rasa tanggungjawab tu akan memang dah sebati dengan diri kau. Bukan setakat adik-beradik, dekat saudara-dara mara yang lain, dekat kucing (tak kisahlahhh) malah dekat kawan-kawan jugak. Kalau kawan yang sakit, kau rasa macam automatik akan cakap "Kau okay tak? Nak pergi clinic?" even though sebenarnya waktu tu kau tengah study untuk test pada pagi esok atau "Kau ni baru lepas menangis ker? Suara macam serak je" sebab pagi tadi Hani call aku padahal suara dia jadi macam tu sebab line tak clear -__-


Bestnya jadi anak sulung, kau akan mempunyai common sense yang macam lebih tinggi dari orang lain. HAHA :D Ye ker? Bukan aku nak cakap anak yang kedua ketiga keempat kelima dan seterusnya tak ada common sense cuma maksud aku macam, anak sulung ni macam lebih memahami orang lain, gituuu ~ HAHA :D



Contoh ; dalam kau dengan kawan-kawan kau duk happy, pasti kau akan cepat detect salah seorang dari kawan kau macam tak happy dan kau terus approach dia, tanya kenapa. Tak pun, kau baru bangun dari tidur dengan air liur basi, rambut serabai, gigi tak bergosok tapi bila kau tengok muka kawan kau yang tetiba macam keruh semacam jeee, kau terus tanya "Kenapa dengan kau nie? Kau okay tak? Macam pelik je" dan kawan kau tu menangis teresak-esak sebab pakwenya curang dengan dia. See? Nampak tak? Anak sulung mempunyai common sense yang agak tinggi sedikit lah :p



Bestnya jadi anak sulung, dia akan jadi pendengar yang setia. HAHA :D Sebab tu ramai kawan bercerita dengan dia dan dia pun aka cuba sedaya upaya untuk tolong dengar dan nasihatkan kawan-kawan dia. Atlesat try tenangkan kawan-kawan dia kalau diorang macam dalam keadaan resah dan gelisah. Kadang-kadang, dalam satu-satu masa, hampir 5 orang meluahkan cerita mereka ; masalah mereka, mintak pendapat dan sebagainya daripada anak sulung nie. Sebab apa? Sebab anak sulung dah lebih ke depan sikittttttt! HAHA :D


Bestnya jadi anak sulung sebab dia mampu menguruskan diri sendiri dengan baik dari segi masa, kewangan, study, masalah dan yang lain-lain. Dari segi masa, dia akan cuba untuk maksimumkan masa die sebaik-baiknya dengan aktiviti yang dia rasa macam penting. Dia akan fikir mana satu yang penting dan tidak penting. Dari segi kewangan, dia akan lebih teratur belanjakan wang dia. Kalau ada yang dia rasa macam tak penting lagi, dia akan hold on dulu. Okay yang ni tipu sebab lately ni aku macam boros je -___- 1st time tengok handbag harga RM40++ terus amik dan pergi kaunter, bayar. Gilo hapo!



Kalau anak sulung ada masalah, dia akan cuba untuk healkan diri dia sendiri sorang-sorang. Ada cara dia tersendiri untuk try settlekan masalah dia. Based pada cerita-cerita yang kawan-kawan dia cerita dan luahkan dekat dia, dia akan cuba untuk take positive untuk semua masalah dan applykan nasihat yang dia bagi dekat orang lain untuk diri dia sendiri :)


Bestnya jadi anak sulung nie, dia ada pengalaman yang lebih sedikit. Okaylah ~ actually yang ni macam tak berapa nak betul sangat sebab kadang-kadang bukan yang anak sulung pun dah lebih berpengalaman kan? Cuma ini dari perspektif aku lah ~ Pengalaman yang aku maksudkan ini adalah dalam bab-bab beri pendapat, idea, tenangkan orang lain, masalah. Maybe dari segi pemikiran dia yang lain kot ~ Entahlah sebab kadang-kadang idea dan pendapat aku, macam berbeza sikit dari orang lain :/


Bestnya jadi anak sulung ni adalah dia akan dapat kebebasan yang lebih cepat dari adik-beradik yang lain. HAHA :D Contoh ; kau dapat itu ini, kau dapat buat pape yang kau suka sebab parents kau macam dah menaruh kepercayaan kepada kau untuk jaga diri :)


Tapiiiiiiiiiii memandangkan aku anak sulung perempuan, kebebasan aku masih lagi terhad dan masih terkawal. HAHA :D In fact, bila aku dekat U baru aku rasa macam bebas nak keluar dan hang out dengan kawan-kawan. Kalau dekat rumah, aku rasa better aku duduk rumah je lah sebab tak nak kasi parents aku risau sangat :) Tapi aku akan jaga diri aku baik-baik. Jangan risau ayah mama :) GOTCHA! HAHA :D



Bestnya jadi anak sulung adalah papehal barang kau akan dapat dulu HAHA :D Contoh, kalau dulu-dulu aku selalu dapat buku teks sekolah yang dah baru, wangi, gambar orang pun masih macam muka orang. Tapi bila kita amalkan sistem turun-temurun, buku-buku teks tu dah bertukar menjadi koyak, lama dan gambar orang dah bertukar menjadi raksasa HAHA :D


Dulu-dulu, kalau adik-adik kau semuanya nak HP tapi alih-alih kau yang dapat dulu sebab tittle kau sebagai anak sulung HAHA :D Tapi tu dulu lah ~ dulu lah ~ Sekarang dah tak kisah kau anak keberapa pun, kau still akan dapat HP sebab HP ni dah macam keperluan dah dalam kehidupan seharian kita. Tak ada HP, tak boleh hidup -__-


Tu je lah kot yang aku mampu nak listkan betapa BESTNYAAAAAAAAAA jadi anak sulung -__- Actually tak ada beza pun antara anak sulung dengan adik beradik yang lain. Tapi sebenarnya jadi anak sulung ni kan, berat tau sebab dia ada tanggungjawab yang lebih besar sebab nak kasi contoh yang baik kepada adik-adik, skope tugasan yang lebih besar HAHA :D dan macam-macam lagi lah


As anak sulung, kadang-kadang aku rasa macam dah bosan kot sebab macam kena fikir nak kena jaga orang sekeliling dan berlagak matang depan orang ramai padahal sebenarnya kau nak berjimba-jimba jugak macam orang lain. 


Aku rindu doee dengan akak-akak dorm aku masa aku Form 2 sebab dalam dorm tu, aku sorang je Form 2 dan yang lain Form 4 dan 5 so dorang layan aku macam adik bongsu dorang :) Nak bermanja-manja, dorang sikatkan rambut aku, take care pasal aku kalau aku monyok je dalam dorm. So rasa macam jadi budak kecik jap! Hmm seriously, aku rasa tu lah last time aku berlagak menjadi budak kecik -__- Now, I've grown up and I have to grown up by hook or crook


Rindu nak balik zaman kecik-kecik dulu where you dont have to think all these stupid and nonsense things yang kadang-kadang boleh kacau mood kau sepanjang hari. Rindu nak jadi budak kecik sebab masa tu tak ada orang nak judge dan tak ada orang nak cakap itu salah dan itu benar sebab kau just know nothing. Yang kau tahu, nak main je. Rindu nak balik zaman kecik sebab masa tu kau tak ada tanggungjawab, kau boleh main sesuka hati, bebas dengan dunia kanak-kanak riang kau, gelak ketawa sepuas hati kau tanpa fikirkan apa-apa. 


Tapi ni lah kehidupan. Sekuat mana pun rindu kau, kau tetap nak boleh ubah fakta yang kau dah besar, dah tak boleh nak pusing balik dah semua tue. Suka atau tak, nak atau tak nak ; kau tetap kena lakukan demi masa depan kau. Memanglah penat tapi ni lah yang dikatakan pengorbanan ; mengorbankan apa yang kau suka untuk sesuatu yang lebih baik pada masa depan :)


Cuma apa yang aku nak cakap ; aku bersyukur dengan apa yang Allah swt dah berikan kepada aku selama ini. Terima kasih ya Allah :)


 

  • Share:

You Might Also Like

7 comments