emo

Tolong Guna Otak Sebelum Buat Apa-Apa!

By Mysara Newrie - Thursday, November 29, 2012


Assalamualaikum


Malam tadi, lepas masak nasi goreng, terus aku duk menghadap TV nak tengok game Malaysia VS Laos sempena Piala AFF Suzuki nie. Hadoih haihh ~ kalaulah masa ni aku dekat U, mesti dah aku tengok bola dengan kawan-kawan aku. Lagi meriah tengok ramai-ramai sambil menjerit terpekik HAHA :D


Tahniah Malaysia sebab menang 4-1. Masin mulut mak aku yang cakap "Ni kalau dapat 3-1 ni pun bagus, tebus balik masa lawan Singapore" Alik alik dapat tembus 3 gol dan 1 lagi extra gol! Haha :D Bagus bagus! So lepas ni, Harimau Malaya, teruskan usaha anda, kuatkan semangat dan bermain dengan sepenuh hati anda yer?


Cuma bukan itu yang aku nak sentuh dan membebel pagi-pagi buta nie. Aku cuma nak sentuh pasal beberapa insiden yang selama ni dah banyak giler berlaku dekat FB dan jugak Twitter. Somehow aku rasakan dua social network ni je lah yang selalu macam panas dan meletup sikit dengan insiden-insiden yang bikin satu Malaysia panas

-________________________-"


Apo nak dikato? Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Nak cari followers ramai ker? Attention seeker too much? Subhanallah ~ Adik adik ku, tolong bawak mengucap. Ingat Allah swt, ingat maruah diri dik ~ Sebelum buat apa-apa, tolong fikir dengan otak! Tolong fikir dengan otak!


Lepas dah teruk kena bash macam tue, tup tup muncullah ada yang mengatakan yang "Akaun ini telah di hack" Jujurlah, berapa orang dekat Malaysia ni yang nak percaya? Susah dikkk ~ Terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata badan binasa. Betul ke tak eyh peribahasa aku nie? Aku ingat ingat lupa je nie. Correct me if I'm wrong



Kepada kawan-kawan yang memang suka jenis nak menghack orang je nie, dah tak ada cara lain ke nak kenakan member pun? Ni main-mainkan maruah die dengan orang ramai. Please lah ~ Guna otak sikit kalau nak buat apa-apa pun. Jangan main ikut sedap cakap je. Tak memasal kawan awak tu yang tak berdosa dapat maki hamun dari semua orang. Ada kau nak tanggung semua nie? Jawab lah kau dengan sana nanti


Dan kepada mangsa-mangsa yang kena hack tue, kalau betullah anda semua kena hack seperti di dakwa dengan akaun tue, tolong buat report polis atau tutup terus haaaa akaun tue. Sebab ini melibatkan maruah anda dan mungkin salah satu cara untuk anda bersihkan nama anda. Dengan cara itu, mungkin kami semua ; pengguna social network baru akan percaya yang memang betul akaun anda telah dihack. Jika tak, selagi itu kami masih akan percaya anda lah yang menulis status-status tue



Aku perhatikan, mostly budak-budak je yang selalu kena macam nie. Baru masuk sekolah menengah, baru nak kenal dunia. Please? Dulu masa aku Form 1, aku baru nak guna HP, tu pun berkongsi dengan adik aku. Dulu masa aku baru Darjah 5, aku duk main lagi benda alah getah sambil lompat-lompat duk menyanyi tue. Tapi budak-budak zaman sekarang? Fikirlah sendiri, dah boleh nampak dah dekat tepi kau sekarang nie


Memanglah "zaman dulu dengan sekarang dah lain kak!" Ye aku memang tahu tapi apa yang aku nak sampaikan dekat sini, tolong bertindak dengan otak. Jangan biarkan teknologi ni telan kau hidup-hidup dan kau tewas dengan dia. Tolonglah adik sayang. Awak tu bakal pemimpin negara. Tolonglah jaga diri awak tue baik-baik, fikir mak ayah awak tue. Jangan bertindak sesuka hati je


Bukan aku nak salahkan budak Darjah 6 pakai iPhone sebab yelah mungkin parents kau kaya dan mampu bagi kau kemewahan tapi cuba fikirlah ~ Budak 12 tahun pakai iPhone? Apa yang kau nak buat eyh? Hmm ~ Aku malas nak tulis sebab nak kasi korang berfikir. Nak kata guna GPS sebab nak memandu, lesen tak dapat lagi. Nak kata guna apa yer? Maaflah ~ application iPhone aku tak tahu sangat. Tapi kalau nak kata main games, PS3/PSP tu pun aku rasa macam dah memadai dah. PS3/PSP tu aku rasa macam boleh diterima lah oleh aku untuk budak Darjah 6 guna


So pokok pangkalnya, tolong guna otak sebelum buat apa-apa. Tolong fikir pasal mak ayah anda, fikirkan perasaan dia kalau benda-benda yang macam ni terjadi, tolong fikir pasal masa depan awak nanti kalau benda-benda yang macam ni terjadi. Tolong fikir fikir dan fikir. Fikirlah sampai masak-masak, sampai hangit pun takpe!


Agak-agak, dekat negara lain ada ke tak insiden seumpama macam ni terjadi? Atau dekat negara lain lagi teruk dari yang ini? Waallahualam ~



#PeringatanUntukDiriSendiri


 

  • Share:

You Might Also Like

10 comments