Dinner Last Semester DPA Intake July 2010

by - Tuesday, November 06, 2012


Assalamualaikum


Okay. Ni cerita after Raya -__- Maaf sangat-sangat sebab lepas bukak folder gambar, baru aku rasa macam "Uish ni tak update dekat blog lagi nie!" So dari blog aku berhabuk, baik aku update kannnn ~


Memandangkan batch aku dah last sem dekat Dungun nie, kami macam berharap sangat-sangat ada lah dinner last untuk kami kan? Yelah ~ penat-penat buat dinner untuk orang lain tapi bila dinner batch sendiri, tak dok punggggggggggg ~ sedih mak nokk ~


Last-last tak ada sebab apa entah. Memang langsung tak ada dinner untuk batch aku. Sedih jugak tapi nak buat macamana. So pada satu petang yang sangat spontan, aku dengan geng-geng Ana tengah lepak-lepak dan come out idea nak buat jugak dinner. Biarlah ~ Sebab ada jugak kawan-kawan satu batch kitorang yang macam duk tanya-tanya "tak ada dinner ker?" So yeah ~ datanglah kami sebagai penyelamat anda semua! -___-

Design by me and Ana. Muehehehe :p

Nak buat dinner ni macam susah giler, macam-macam benda yang terjadi sampai aku cakap macam nak give up dah tapi bila Ana confess suruh macam tabahkan hati, ye yey ~ aku tabahkan hati aku HAHA :D Alhamdulillah ~ dapat jugak buat dinner last-last minute macam nie :)


Lepas Maghrib terus kami ke Dewan Bidara, Hotel UiTM Dungun dan set up. Mula-mula sampai, terus pergi ke meja makan dia. Pergh pergh ~ semua makanan sedap okayy?! Rugi lah sesape yang tak join sebab berulang-alik kami pergi amik makanan HAHA :D


Oh btw ~ tema dinner ni, kitorang tetapkan buat tema Hari Rraya je sebab kang buat tema pelik-pelik kang, tak ada baju nak pakai. Memandangkan baru je after Raya masa tue. so pakai jelah baju raya korang tetapi aku dah tetapkan orang lelaki wajib pakai sampin HAHA :D Tak sangka ada yang sanggup pergi pinjam dengan member-member lain sebab nak pakai sampin punya pasal, terharu :') HAHA :D

Antara yang sampai paling awal :)

Urgh ~ makanan dia, sedapnyaaaaaa :D

Sessi menyerbu makanan :)
After makan, kitorang ada buat cabutan bertuah, kasi hadiah dekat kawan-kawan yang bertuah malam tue. Untuk doorgift pulak, kami berikan CD yang ada video kompilasi gambar-gambar kami satu batch dari Part 1 sampai Part 5. Bila tengok balik video tue, rasa macam sedihh je sebab tak sangka dah nak habis dah diploma kami dekat Dungun nie Huhu ~ BTW video tu memang gempak. Macam mana Zaimi buat yer? :)


Malam tue, mostly Bunny dengan Gman je yang jadi pengacara majlis tapi sebenarnya tak kisah pun sebab pakat amik mic je tu dekat sesape HAHA :D 

Hadiah cabutan bertuah :)
Bunny dan Gman :)
Upacara penyampaian hadiah :) Meriah tau dengan warna baju masing-masing HAHA :D
The girls yang join dinner :)
:D
Makan timee :D
The boys  and Hanum :)
So after makan kita buat apa? Yerrr kita makan lagi HAHA :D Sambil-sambil makan tu, ada jugak kitorang tunjukkan video lakonan masa kitorang intersession dan video batch yang Zaimi buat. Yang video intersession, Ana dan Aida buat gabung-gabungkan semua video group masa intersession jadikan satu video pendek :) Sesaje buat sebab comel je memasing berlakon HAHA :D


Lepas je habis sessi video nie, hmm apa lagi, masing-masing buat request nak karaoke HAHA :D Okay ceritanya aku dengan Ana macam tak nak amik karaoke set sebab nanti kena bayar lebih. Tapi entah macamana entah, rezeki kami agaknya, dapatlah jugak berkaraoke :)


So pinjam CD dengan Kelab Kebudayaan dan apa lagi, dapatlah masing-masing nyanyi. Tapi tak boleh karaoke lama-lama sangat sebab by 10.30 dah kena habis dah dinner nie. So masing-masing nyanyi ikut dan je. Dah lah mic ada 3 tak silap aku, so macam nyanyi je lah sekaligus belaka :)


Mula-mula nyanyi lagu raya je. Tapi entah macama entah, ada special request mintak dipasangkan lagu Oppa Gangnam Style. Hmm ~ apa lagi, mereka-mereka yang ada atas pentas, terus menari lagu Gangnam Style tu dengan berbaju Melayu semua :) HAHA :D Lawak betul lah mereka nie :)

Raya Gangnam Style HAHA :D
Pian, penyanyi karaoke paling tegar -__- HAHA :D
Ni diaaaaaaaaaaa ~ Ni lah dia, Pian aka class rep aku yang sangat-sangatlah giler dengan karaoke HAHA :D Pantang di ajak, pantang ada mic dengan CD karaoke, dialah yang paling bersemangat sekali :) Dan tiap kali dia nak nyanyi, mesti orang akan "Piannn ~" HAHA :D Sebut nama Pian tu dengan nada yang macam bosan okay? Bukan jenis yang bersorak-sorak dekat concert tue -__-


So masa Pian baru je pegang mic, semua orang macam bangun dari kerusi dan start amik-amik gambar HAHA :D Kesian Pian tapi dia pun macam dah tak kisah sebab lagi bagus, dia boleh lah nyanyi banyak-banyak kan? Lantok lah ~ 

My classmates :)
Angie, Pkah, Bunny and me :)
Farah & The Geng :)
My classmates jugak nie :)
With Nazri & Ah Seng :) Rindu nak lepak dengan diorang macam dulu-dulu :)
With my classmatesss! ;D Argh rindu semuaaa :'(
The boys :)

Lepas dah sibuk-sibuk bergambar, tibalah masanya Pkah Pong bacakan sajak untuk kitorang. Tersentuh sangat okay baca sajak yang Pkah baca sampaikan tak ingat terus nak amik gambar -__- Sajak tu dia buat sendiri, khas untuk kitorang nie. Ececeh ~ memandai je aku nie -_-


Then after dah tue, kitorang pun amik gambar satu batch! Act bukan satu batch pun sebab ada yang tak dapat datang dan macam-macamlah halangannya. So yang datang nie, kiranya yang bernasib baik lah. Lepas dah amik gambar, kami semua makan cake! Okay sedap giler cake dia! :D

Inilah cake kami! :D

DPA Intake July 2010 :)
Masa tengah sibuk-sibuk amik gambar, sekali abang yang jaga dewan pun datang dan terus kemas. Hmm ~ maka berakhirlah dinner kami nie. So kitorang pun beransur pulangg. Tapiii before balik, kitorang sempat lagi makan kuih-muih yang ada lagi HAHA :D Rugi woo ~


As for me, aku just kemas-kemas apa yang patut dan ucapkan terima kasih dekat abang hotel tu. Tapi bergambar, masih sempat lagi! Kenangan itu harus dicipta kerana kita tahu ianya tak kan berulang lagi selepas ini. Ececehh ~ ayat nak gempak! HAHA :D 

Amik gambar depan cermin :)
Me and my girlfriends :)
Tetiba mereka semua juga mencelah masuk HAHA :D
Amik gambar lagi HAHA :D
So lepas tu, pergi makan cake dekat bawah sinarah lampu jalan raya tu dengan berbaju kurung dan berbaju Melayu. Ada yang terus balik ke hostel dan ada jugak kawan-kawan aku yang terus balik ke rumah mereka di Kemaman sebab masa ni kan study week ~ Study week seminggu so diorang nak balik rumahlah, study dekat rumah. 


Aku tak balik pun rumah masa study week sebab kalau balik rumah, konfem-konfem lah aku tak study. Sepanjang aku study Diploma dekat Dungun nie, tak pernah pun aku balik rumah tapi kalau berjalan-jalan tu, pernah lah ~ siap overnite lagi HAHA :D


Kepada mereka yang terlibat, terima kasih sangat-sangat sebab join sekali dinner ni untuk kali yang terakhir di Dungun ini :) Insyallah, lepas ni kita boleh buat reunion pulak ker? HAHA :D Takpe, jumpa masa graduate nanti lah yer?


Aku nak mintak maaflah kalau ada kekurangan dan salah silap semasa dinner tue. Harap korang semua berpuas hati dan terhibur yer? Jaga baik-baik CD yang kitorang bagi tue, kenangan kita semua tue sepanjang 5 sem Diploma kita di Dungun :') 


Credit picture to Ana, Farah & Pkah :)

Dah kenyang, kita tolak kereta pulak yer? HAHA :D

 

You May Also Like

0 comments