Isu Pasal Clearance, Kad Siswa 1Malaysia dan Kemasukkan Degree

By Mysara Newrie - Thursday, November 29, 2012


Assalamualaikum


Semalam, awal giler aku bangun. Ehem ~ nak bagitahu, Alhamdulillah sekarang ni aku dah tak ada masalah tidur langsung! HAHA :D Pukul 9 atau pukul 10 aku dah menguap macam singa dah. So ke katil lah jawabnya dan bangun awal pagi dengan sendiri tanpa ada paksaan HAHA :D Yeay! :D Aku rasa normal! HAHA :D


Dipendekkan cerita pukul 9 pagi aku dengan mama pergi bertolak ke Dungun dengan satu tujuan dan satu harapan. HAHA :D Panggg! Ayat memang nak kena penampor je. Sepanjang nak ke Dungun tu, macam-macam lah berlaku antara aku dengan mak aku dalam kereta, biasalah daughter to mother HAHA :D


Sampai dekat Dungun, terus pergi breakfast dulu jap dekat Kedai Pagar Kuning. Kedai ni femes okay even aku pun dah banyak kali terserempak dengan lecturer-lecturer aku kalau tengah makan. Even kawan-kawan aku pun cakap makanan dekat kedai ni sedap.


Dan aku tak tahu apa nama kedai dia dan sebab tu memandai je aku letak nama kedai dia 'Kedai Pagar Kuning' kerana sebabnya sudah tertulis dekat namanya dan perlu ke aku nyatakan sebabnya kalau korang dah tahu sebabnya? Pening jap baca ayat sama banyak kali yang berakhir dengan bab bab bab bab bab  je HAHA :D



Isu pasal Clearance

Mula-mula aku pergi ke Hah Ehwal Akademik (HEA) dulu untuk tanya pasal clearance. Akak tu cakap "Okay sekarang ni clearance dah boleh buat pakai online je. Adik cari dekat Google dan settlekan pasal clearance tue sebab atleast awak yang duduk jauh-jauh tak payah lah datang Dungun"

Aku : Kalau yang ada saman tu, macam mana kak? 
Akak : Awak datang lah ke Dungun untuk settlekan tapi macam yang akak cakap tadilah, kalau awak duduk jauh, awak mintak tolonglah kawan awak yang masih dekat sini bayarkan untuk awak dan lepas tu awak bayar balik dekat dia. Tapi apa-apa pun, awak kena cek lah dulu awak ada saman ke tak. Contoh, kalau awak ada saman dengan library, cek dengan library dulu ada ke tak saman atas nama awak


Okay kemudian aku pun amik sijil Dekan aku yang Part 4. Pelik aku, yang Part 3 punya sijil Dekan tak jumpa-jumpa lagi sampai sekarang. Masa Part 3, kita exam bulan berapa yer? Guys, help me. Sijil Dekan Part 5 tak sampai lagi


Bagi aku, terpulang kepada korang lah nak datang Dungun atau tidak sebab tak nak datang, tak kisah sebab dah boleh buat online. Kalau nak datang, punnnnnnnnnnnnn tak pe sebab atleast korang boleh pergi HEA, HEP, Library, Pejabat Polis Bantuan (PB) sebab nak dapatkan apa-apa sijil ke, nak settlekan pasal saman ke dan yang penting sekali, boleh buat mini reunion ke dengan kawan-kawan korang kan? So depends pada diri sendiri lah macam mana :)


Dan ini adalah link kepada clearance online yang aku cakapkan tadi. Klik SINI dan aku harap kawan-kawan boleh sebarkan kepada kawan-kawan yang lain sebab aku rasa tak ramai yang tahu pasal nie. Website clearance ni khas untuk student UiTM Terengganu sahaja! UiTM lain kita tak tahu lah :p


Tapi website tu akan dibuka pada Januari 2013 sebab sekarang ni kan tengah berlangsungnya Konvokesyen UiTM yang ke 77. So sabar yer kawan-kawan? Tahun depan ~ tahun depan baru buat clearance :)



Isu pasal Kad Siswa 1Malaysia

Kemudian, jeng jeng jeng ~ perkara yang paling penting yang buat aku pergi ke Dungun jugak dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sebab baru lepas baik demam! THIS!

Kad Siswa Pelajar! :D

Yeay yeay yeay! Dah dapat Kad Diskaun Pelajar! HAHA :D Yeay yeay yeay! Happynya kitaaaaaaaaa! Even though dah tahu tak banyak kedai yang participate dengan kad diskaun ni but atleast ada jugaklah manfaatnya kan untuk kita as a student kan? 


Okay sebenarnya aku hairan giler bila ada yang masih tak tahu apa itu kad siswa. Oh my ~ where have you been dude? Mana kau hilang sekarang nie? Kad siswa ni aku rasa semua orang dah kecoh dan semua orang tahu dan how come kau tak tahu? Dude ~ wake up! :O


Kalau korang nak tahu info lebih lanjut pasal kad siswa, kedai mana yang boleh kita gunakan kad siswa, berapa diskaun yang kita dapat dan macam-macam lagi info dan maklumat pasal kad diskaun, boleh klik dekat SINI dan klik je lah dekat tab menu dekat atas tu untuk menjawab segala persoalan korang :)


Macam mana nak dapatkan Kad Siswa?

Okay dekat sini aku nak bagitau cara-cara nak dapatkan kad siswa sebab kang aku takut ada yang pergi tapi banyak kali kerja nak kena buat. First thing first, korang kenalah download borang yang mengesahkan korang memang layak untuk dapat kad nie sebab dekat borang tu ada num siri yang dah dikhaskan untuk korang. So tak ada borang, tak ada num siri = tak ada kad siswa untuk kau. Gituuu ~


Dekat mana nak dapatkan borang tue? Pergi dekat iKolej UiTM Dungun dan cari tajuk entry "Kad Siwa 1 Malaysia" dekat sebelah kiri macam yang aku tunjukkan dekat gambar bawah nie

Ikut anak panah yang aku tunjuk tu

Okay nampak tak? Tak nampak tekan gambar tu. Sekali lagi aku ingatkan, ni adalah procedure untuk budak-budak UiTM Dungun sahaja. UiTM lain, aku tak tahu sebab aku dengar lain caranya kan? So hehe ~ :B


Lepas dah download borang tue, isikan num pelajar korang dan tengok num siri tue dan printkan borang tue. Lepas dah print, turunkan tanda tangan korang dan bawak pergi ke Pejabat Bendahari UiTM Dungun, dekat dengan Dewan Aspirasi tue. Alaaa bangunan HEP yang lama tue. Tak kenal? Kalau aku sebut satu bangunan dengan ATM BSN tahu tak? HAHA :D


Num siri tu penting sebenarnya sebab setiap num siri tu mewakili pegawai bertugas yang berlainan dan mereka inilah yang pegang dan simpan kad siswa korang. Kalau tak ada num siri, kau tak kan tahu kad kau dengan siapa. Okay faham?

Tiliklah num siri korang dalam lingkungan yang mana :p
Fuh ~ debor aku takut-takut akak yang simpan kad tu tak bagi aku amik gambar dekat atas ni tapi nasib baik dia bagi lepas aku mintak kebenaran dari dia :) Yelah ~ sebab aku fikir pasal korang, nak memudahkan kerja korang :)


Kalau korang nak amik kad siswa ni tapi tak ikut tarikh-tarikh seperti di atas pun boleh sebab akak dekat Pejabat Bendahari cakap boleh amik bila-bila masa je tapi korang kena WAJIB jugak bawak borang yang dah diprintkan tue. Tapi bagi aku, baik amik cepat-cepat sebab boleh diskaun! HAHA :D Tarikh luput kad siswa ini adalah Disember 2015


Dan please please pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeee tolong jangan lupa bawak kad pelajar korang semasa nak amik kad siswa nie! Tak bawak kad pelajar, atleast bawak IC pun takpe! Sebab in case kalau akak tu nak kan pengesahan, atleast korang ada buktikan? So apa salahnya nak bawak kan kan kan? 


Dan kalau nak guna kad siswa nie, kenalah bawak kad pelajar jugak? So yeah ~ simpankan dua ruang dalam beg duit anda untuk kad siswa dan kad pelajar! Kalau tak, tak dapatlah diskaun tue :p Hehe


Pasal results degree pulak, aku cek cek memang tak kan keluar lagi. Tak ada keluar tarikh yang dapat disahkan lagi so tunggu je lah dulu. Pasal bila kita nak berkonvo pulak, aku tak sure tapi rasanya maybe tahun depan bulan 5 kott ~ Pasal bila kita nak masuk degree pulak, maybe akhir bulan Feb sebab kita akan maybe ada MDS lagi (wah MDS HAHA :D dan start kelas pada awal bulan March. Itu sahaja yang mampu aku buat ramalan sendiri


Dan bagi mengesahkan samada ramalan aku ni benar belaka atau dusta belaka, aku pun Google dan terjumpalah Kalendar Akademik dan kan betul kan apa yang aku cakap? Hehe :)


Kalendar Akademik 
So mengikut tarikh dekat atas ni, kita dijangka akan masuk degree pada 23 Februari 2013. Tu je yang aku tahu, yang lain-lain aku tak tahu lagi. Huhu ~


Wallahualamm ~


 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments