kisah chenta

by - Friday, December 18, 2009

Saya ingat lagi. Masa 2 kite Darjah 5. Kiter jalan2 area kampung 2 sebab sedara kite kahwin masa 2. Nak elakkan diri dari kena panggil buat kerja. Haha. Kejam giler kan? Semua orang berjalan kat depan tapi awak dengan saya je kat belakang sekali. Jalan perlahan-lahan sambil cakap2. Awak tanya "..kau dah ada pakwe ke belom?..". "..tak ada lagik..", saya jawab. Jalan2 sampai petang. Balik rumah tapi awak cakap awak nak jumpa dengan saya. Saya ok jer. Masa jumpa 2 awak cakap "..saya suka kat awak.." Saya just senyum jer.


Masuk Form1. Saya baru dapat hp. Masa saya tdo rumah tok awak, awak mintak nombor phone dan kiter pown start msj. Haha. Main msj dalam satu rumah. Awak tingkat atas, saya tingkat bawah. Dahsyat giler kan? Awak mintak kapel. Saya ok jer. Saya ingat lagi masa saya pergi dapur, saya tengok awak senyum kat saya. Saya cepat2 blah dari dapur. Dalam hati nie asyik berdebar jer.


Masa cuti sekolah, kiter sama2 tunggu pukul 12 tengah malam. Sebab apa? sebab nak main msj. Masa 2 msj hanya 2 sen je. Nak jimat kredit punyer pasal. Tiap2 malam kite tdo lewat kan? Tapi tak pe. Asalkan kiter dapat main mesej. Tanya khabar pasal masing2.


Sampai satu ketika, bulan September 2005, saya mintak kata putus dengan awak. Saya tak tahu kenapa. Awak kata ok jer. Masa 2 saya fikir awak tak sayang saya. Saya rasa sedih sgt2. Tapi tak lama sebab 10 hari selepas birthday awak pada bulan November, awak mintak kapel balik. Awak cakap awak sayang saya lagi. Saya pown tak menafikan dan saya pown terima awak kembali.


Masuk Form2 tahun 2006. Saya masuk asrama sekolah. Masa 2 saya tak boleh bawak hp pergi asrama. Disebabkan saya di Terengganu yang bersekolah pada ari Ahad, tiap ari Ahad, pukul 10 pagi saya akan call awak. Sebab awak stay kat Pahang. Awak akan angkat dan kiter cakap2 macam biasa. Saya rela tak pergi makan sebab nak cakap dengan awak. But we never know that there's something gonna happen at the future.


Saya teruskan rutin mingguan saya dengan call awak pada tiap2 ari Ahad. Tapi awak tak angkat. Saya cuba lagi lagi dan lagi. Saya tak pernah berputus asa. Dan satu petang, saya call awak. Awak angkat tapi bukan awak yg cakap. Suara seorang yg sama jantina dengan saya. Saya rasa sedih sangat. Saya call abg awak malam itu dan saya menangis. Abang awak tenteramkan saya dan awk juga mendengar saya menangis. Serius saya cakap, itulah kali pertama saya menangis dengan begitu teruk sekali. Perkara ini berlanjutan dan kite tak jadi macam dulu lagi.


24 Mac 2006, saya try nak berhubung dengan awak tapi tak dapat. Saya just nak hubungan kite macam dulu. Tapi tak dapat. Saya hantar msj kat abang awak. Saya titipkan pesanan kepada awak, "..Aril, cakap dengan adik kau aku mintak putus.." Lepas dari saya hntar msj 2, abg awak call dan pujuk saya. Saya hanya mendengar sahaja abg awak cakap tanpa bersuara.



Saya teruskan kehidupan saya macam biasa. Ramai rakan sekolah saya yg cuba kacau saya tapi hanya seorang sahaja yg menjadi. Entahlah, dimana silapnya. Hubungan saya dengan dia tak menjadi seperti yg diharapkan. Dia terlalu baik untuk saya. Saya tak dapat terima dia sepenuhnya.


Pertengahan bulan September 2006, awak datang bermalam di rumah tok saya. Masa 2 kite hanya bercakap2 sahaja. Dan tiba2 awak cakap pasal soal hati dan perasaan. Saya hanya diamkan diri sahaja.


Disember 2006, awk hantar msj "..Sara, will you be my gf back?.." Saya terima kembali. Masa 2 saya berjanji tak akan buat perkara bodoh lagi dengan mintak putus dengan die tanpa alasan yg kukuh. Saya berjanji dengan diri saya yang saya akan berusaha untuk jaga hubungan kite ini. Masa 2 hubungan kite berjalan dengan lancar sahaja. Rasa happy sgt2. Masa 2 azam kita nak berjaya dalam PMR sama2 kite kongsi.



Februari 2007, hubungan jarak jauh antara kite makin lama makin menjejaskan hubungan kita. Awak dah jarang2 hantar msj. Saya try hntr msj kat awak tapi awak langsung tak balas. Sedih sgt. Memang masa 2 hubungan kite ibarat terputus.

One day, abg awak hantar msj kat mak saya, "..Cik Na, Aril dengan Adam ada kat KB nie. Kitorang ada tournament boling kat KB Mall.." Masa 2 saya rasa happy sgt sebab saya tahu kite dipisahkan hanya beberapa kilometer je. Yelah, masa 2 saya stay kat Besut lagik. So, mak dan ayah saya pown pergi jumpa awak dan abg awak. Tapi saya tak boleh pergi sebab saya sekolah masa 2! Kecewa betol masa 2.


Beberapa jam sebelum awak nak balik Pahang, awak hantar msj kat mak saya, cakap awak dah nak balik dah. Saya fikir, mungkin awak akan balas msj saya. Saya pun hantar msj kat awak. Saya hantar dan hantar. Tapi awak langsung tak balas. Saya tunggu hp saya berbunyi sampailah saya tertdo. Keesokkan paginya, hp saya masih seperti sebelum itu, tiada msj. Sedih betol masa 2.


Awak main msj dengan adik saya. Saya baca msj awak. Mungkin awak akan balas msj saya. Saya pown hantar msj kat awak. Tapi awak langsung tak balas. Saya mula tertanya2, kenapa awak buat saya macam ni?


Hari persekolahan pertengahan tahun 2007, saya call awak dan awk angkat. Tapi bukan awak. Abg awk. Mula2 awak tak nak cakap dengan saya. Tapi lepas saya pujuk abg awak supaya pujuk awak cakap dengan saya, awk pown cakaplah dengan saya. Masa 2 awak terus-terang dengan saya, awak dah ada orang lain. Serius saya cakap, saya rasa sedih sgt. Entah macam mana, saya baling hp saya. Depan mata kawan2 saya, hp saya 2 berkecai. Kawan2 saya kutip dan baiki balik hp saya. Saya mula menangis dan kawan2 saya mula pujuk saya.


Hari2 yang seterusnya berlalu. Tiap2 hari saya menantikan berita dari awak tapi sungguh mendukacitakan kerana apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Saya pujuk hati saya supaya bersabar. Kawan2 saya cakap "..Mai, kalau betul lah Adam sayang kat kau, dia tak akan buat macam nie dekat kau.." Tapi saya tak amik peduli pasal hal 2. Saya fikir mungkin awak ada halangan yang menyebabkan awak tak boleh berhubung dengan saya.

Awak tak tahu, sepanjang saya menunggu awak, saya betul2 terseksa. Awak mana tahu kan? Tiap2 ari saya cek hp saya. Tiap2 ari saya berdoa agak awak datang pada saya balik. Tiap2 malam saya teringat kat awak. Masa 2 kawan2 saya suruh saya bersedia jika ada apa2 kemungkinan yg mungkin berlaku. Saya ikutkan aje. Kawan2 saya cakap "..lupakan dia..". Saya mengiakan sahaja tapi jauh dalam lubuk hati saya, saya masih mengharapkan awak. Saya betul2 sayang kat awak.


Penantian saya berakhir pada satu petang. Awk hantar msj dekat saya. Saya rasa happy sgt2 masa 2. Tapi apa yang saya harapkan tidak berlaku sama sekali. Saya masih ingat lagi awak tulis "..Awak, saya rasa kita tak mungkin bersama. Mungkin sampai disini sahaja hubungan kita.." Saya terpaku dengan hp masih di tangan. Saya balas "..Ok.." Saya bangga dengan diri saya masa 2 sebab saya langsung tak nangis.


Tapi kebanggaan saya 2 hanya sekejap sahaja. Malam itu, dengan bertemankan bantal dan selimut dan bersaksikan langit yang gelap dan bulan saya menangis. Menangis sebab awk tinggalkan saya. Menangis sebab penantian saya sia2 sahaja. Menangis sebab saya bertindak bodoh dengan tinggalkan orang yang sayangkan saya demi awak. Menangis sebab awk tipu saya. Menangis sebab saya kehilangan awak. Menangis sebab saya akan keseorangan selepas ini. Awk tinggalkan saya tanpa khabar berita selama hampir 6bulan lamanya. Bodohnya saya masa 2. Kesedihan yang saya alami pada masa itu tidak dapat digambarkan melalui kata2.



Hari2 yang berlalu. Saya masih mengharap lagi pada awk. Bodoh kan? Cacilah saya. Pukul lah saya. Saya tak kisah. Masa 2 hubungan kita rasa macam dah berakhir macam 2 sahaja sampailah pada satu hari kite berjumpa untuk pertama kali selepas kiter putus 2. Saya cuba untuk tidak melihat langsung muka awak dan saya berjaya. Tapi masa saya dalam kereta nak balik, saya tengok jugak awak dan awak juga tengok saya. Kiter berdua hanya mengeluh dalam diam.

Saya tengok bintang2 dan langit. Saya tengok bulan. Saya dengar lagu2 dalam mp3 saya. Tetiba saya teringat lagu Yuna
oh bulan
enggan melayan diri ku lagi
pabila air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio
seolah2 memerli aku
pabila engkau bersama yang lain

Bulan, bintang dan langit. Terima kasih sebab teman aku masa aku sunyi dan keseorangan masa 2. Aku tahu korang bertiga mesti rasa bosan kan sebab tiap2 malam terpaksa menerima dan melayan perasaan orang yang telah dikecewakan. Mungkin bukan aku tapi orang lain jugak. Tapi tak ape. Korang bertiga dah jalankan tugas korang dengan jayanya dengan meneman orang2 seperti aku, cuba membaiki hati yang telah dilukai. Terima kasih.

Aku teringat satu ayat ini yang baru2 ini aku terjumpa dalam hp aku yang telah disavekan sejak tahun lepas lagi

If you never had a broken heart, you never experienced a true love

*segala nama yang disebut adalah bukan nama sebenar


You May Also Like

10 comments