Cerita Roundabout, ECM, Maggi dan Emergency Exit

by - Friday, February 19, 2010


Salam. Aku rasa aku dah lama tak update. Walaweh, baru je beberapa hari tak update dah nak kecoh-kecoh. Blogger lain yang tak update hampir 6 bulan pun tak pulak nak kecoh-kecoh??!! Haha *sape makan ayam, die lah terasa KFC nya! Haha

Ok. Mula-mula biar aku cerita pasal kitorang drift kereta kat area Bukit Istana. Haha. Act bukanlah drfit sangat pown! Hehe. Saje bawak-bawak. Habiskan minyak kereta Azrul. Then masa tue Epy nak bawak kereta. Aku bagilah. Then Aiman, Aishah dan Hakim pun duduk belakang sekali. Nak ikut jugak.

Masa dekat area roundabout tue, aku dah nampak satu van. Aku yang tengah maen msj masa tue *ehem, perlu ke aku mention dengan sape aku msj hah? just pandang van tu sekilas dan sambung balik maen msj. Sambil tue aku cakap dengan Epy "..Weh, berhenti weh.." Epy pun stoplah kereta tue.

Lepas tue masa aku tengok balik van tue, aku perasan hampir semua orang dalam van tue duk gelak. Aku hairan jugaklah. Lepas tue aku baru tahu kenapa diorang ketawa. Aku tengok Epy, Epy tengok aku dan apa lagi, terburailah kitorang dengan gelak-ketawa yang ala-ala hantu mengilai. Haha

Korang tahu tak pasal apa? Walaweh, nak bagitahu jugak ker? Kan kalau kita yang guna roundabout, kita yang dapat keutamaan untuk jalan kan? So tak payahlah berhenti. Sepatutnya kereta lain aka van itu yang berhenti.




Tapi dalam kes aku ini, terbalik kan? Kitorang yang guna roundabout berhenti dan bagi laluan kat orang lain. Wah, terbaekk lah! Kalau lah ada pemandu macam ini kat Malaysia, agak-agak apalah yang bakal terjadi? Hehe. Masa itu memang malu giler lah dengan orang-orang yang dalam van tue. Haha. Kereta kitorang je yang ada kat tengah-tengah roundabout tue. Malu giler taw tak!

Next day pulak, 15 hb tue kitorang pergi lepak-lepak, buang masa, buang duit dan cuci mata kat East Cost Mall aka ECM. Aku hairan jugak kenapa nak lepak kat ECM. Selalunya nak lepak kat Mega jer. Argh, lantaklah! Aku, Epy, Hakim, Aiman, Aishah dan Amri yang pergi.

Ok. Amri ni sebenarnya baru Form 3 tapi dalam hubungan kekeluargaan, die tu pangkat pak cik taw sebab parents die adik beradik dengan tok saudara aku. Paham tak? Lantaklah ~ Aku malas nak explain panjang-panjang!

Kitorang decide nak tengok wayang. Survey punya survey, cerita Lu Pikirlah Sendiri The Movie je yang boleh kitorang tengok memandangkan tayangan umum. Aku nak tengok Valentines Day tapi nampaknya melepaslah pulak! Huhu.

Dekat pukul 4.10, Epy cakap dah boleh dah nie. Pergilah beratur nak masuk kan. Memang ramai giler orang masa tue. Hish, lemas aku! Sampai je kat akak tiket tue, dier cakap "..Dik, bilik nie tak bukak lagi.." Dush dush dush! Malu taw tak!

Rupa-rupanya Epy tak tengok bilik mana yang diorang dah bukak. Haih, memang malu lah sebab masa tue memang ramai giler orang. Apa lagi, gelak je lah ~ Dah lah masa beli tiket wayang, abang tue bagi shampoo Sunsilk free. Kalau bagi popcorn free tak pe lah jugak! Haha

By the way, citer Lu Pikirlah Sendiri ok lah jugak. Kelakar lah kan? Nabil dan side kick si Meet Uncle Hussein pun cam best jer. Haha. Sape tak tengok lagi tue, sila-sila lah tengok. Tapi aku admire giler dengan kereta Mini Cooper Puteri Sarah Liyana. Pergh! Memang terbaekk dari ladanglah!

Lepas habis tengok wayang, ingat nak pergi karoke tapi duet tak mencukupi. So kitorang berpecah. Aku dengan Aishah jalan-jalan dalam ECM sementara budak-budak lelaki pergi main game. Masa tu lah aku dan kebas satu handbag. Haha. Harga murah weh!

Lepas tue pergi makan kat Food Court jer. Aku kongsi dengan Aishah jer. Lepas tue lepak-lepak sambil menghabiskan mana-mana air yang tertinggal. Haha

From left ; Aku, Aiman dan Pak Cik Amri. Haha. Amri nie memang jenis slumber dan cool jer ~ I Like! Haha

Aku dan Aishah *Wiwin, budak Aishah ni dah besar taw tak. Hehe. Ingat tak masa Form 3, masa kita kem kat Kompleks Rakan Muda yang kau dengar die cakap dengan aku kat dalam telefon? Haha


Epy dan Hakim *Grrr ~ Bajet macholah! Haha

Lepas tue kitorang balik lah ~ Yelah, dah tak ada benda nak buat. Balik je lah ~ Hehe


Tengah menunggu Aki untuk bawak balik kitorang! Hehe

Malam itu korang ingat kitorang buat apa? Jangan haraplah nak tdo awal. Aku tdo kat rumah Cik Mimi sebab nak packing baju-baju Hakim, nak letak dalam satu beg. Lepas tue aku dah landing baekk punyer atas katil. Aishah pulak aku tengok dah tdo. Then aku perasan Cik Duan tolong tutupkan lampu bilik kitorang.

Yang aku hot lah, si Aishah tetiba bangun dan merengek-rengek dekat aku suruh bangun, bukak lampu. WTFish betul lah! Aku dah lah mengantuk + penat. Die pulak kacau.

Then Cik Mimi masuk dalam bilik dan tanya kenapa. Aku pun dengan muka serabai cakaplah itu ini. Nak tdo balik dah tak boleh dah sebab aku tak ngantuk dah. Tdo ku terganggu!

Kemudian Cik Mimi pun tawarkan satu peluang yang tak mungkin aku lepaskan, "..Pergilah naik atas, main internet.." Wahahahaha ~ Lagipun sehari suntuk tue aku tak maen internet langsung! Haha

Epy, Aiman, Hakim dan Amri pulak sibuk main game bola. Bising lah diorang tue. Aishah pulak sibuk dengan mewarna buku. Semangat lebih sebab aku belikan die colour pencil. Hehe. Aku tahu aku ni baik. Haha.

Dalam pukul 3 pagi, masing-masing mengadu perut lapar. Apa lagi! Pergi dapur masak Maggi lah! Haha. Kelakar giler. Aiman masak 4 bungkus Maggi pun tak cukup lagi. Epy tambah satu bungkus Maggi lagi. Hakim pulak 'terpaksa' tambah sebab ada satu peristiwa yang berlaku. Hehe



Masa Hakim tengah makan maggi, die nak minum air lah kan. Baru je nak minum air, sekali bunyi 'gedebuk'!! Kitorang semua tercengang-cengang, ditambah pulak dengan maggi yang Hakim punya duk 'bergelora'. Lepas tue kitorang gelak puas-puas hati.

Kitorang gelak lah sebab tapak gelas yang Hakim nak minum tue jatuh dan masuk dalam maggi, sekali dengan air oren tue. Gelas tue tinggal kosong jer. Sekali tengok macam teropong pulak! Haha. Gelak lah lagi sekali dengan maggi nya yang terlekat dalam tekak. Haha. So terpaksalah Hakim masak maggi lagi.

Lepas makan, kitorang rilex-rilex sekejap sambil tengok CD Lost dan Faun. Err ~ Aku tak tumpukan sangat kepada cerita tue. Dalam pukul 4 lebih, aku pun masuk tdo. Tapi budak2 lelaki tu sibuk duk practise main gitar sampai pukul 6 pagi.

Pukul 2 petang, 16 hb aku dah balik ke Kuala Terengganu. Ingat lagi tak pasal gambar nie

Masa dalam bas on the way ke Kuala Terengganu, aku dengan adik aku tengoklah pintu kecemasan ni yang memang terletak kat atas kan. Then Hakim cakap "..Macam mana lah nak guna?.." Aku blurr lagi masa tue

Then die pun keluar kan ayat-ayat ini "..Yelah kalau panjat dan keluar pun, kena terjun jugak dari atas bas. Mati jugak.." Pahtu terburai lah ketawa aku. Haha. Tak paham ker?? Lantak lah ~ Ada aku kisah??




p/s : Maaflah kalau entry ni panjang sangat. Huhu

You May Also Like

17 comments