Gaji Pertama Aku dan Kejadian Yang Berlaku

by - Saturday, February 06, 2010

Salam. Hari ini adalah hari yang paling masyuuukkkk sekali! Hehe. Sebab apa? Alah dah tahu pun nak kena bagitahu pulak. Hish, nak kena cium nie. Act hari ini 6 Februari 2010 aku terima gaji aku yang pertama! Hehe *sila jeles!


Sebenarnya gaji sepupu aku dah masuk semalam tapi tak cukup. Then mak aku cakap pulak gaji aku dah masuk. Aku pun rasa nak nangis je sebab duet tak cukup seperti yang aku harapkan. Kebetulan Siew Ting dan Gim May telefon warehouse di KL dan tanya pasal ini.


Owh! Rupa-rupanya gaji kitorang dah kena potong sebab EPF. Sebab itu tak cukup seperti yang kitorang harapkan. Apakah EPF?? Aku tak berapa clear sangat pasal hal ini tapi mama cakap untuk simpanan pekerja untuk masa depan. Err ~ ok!

Dan yang paling aku suka sangat-sangat ialah bulan Mac ini akan masuk lagi duet untuk commission. Alhamdulillah ~ Aku tak berapa pasti sangat yang part time dapat jugak commission. Tapi Gim May cakap ada sebab die tolong call warehouse petang tadi. Wah, ini yang membuatkan aku bersemangat nak bekerja ini!

Lepas dah bereskan pasal Encik Gaji ini, terus pergi lunch dekat Chilada. Wah, syok giler tempat baru dier. Then pergi Mydin Mall sebab mama nak beli minyak urut. Kebetulan kaki aku sakit sangat-sangat so aku mintak tolong dengan orang gaji aku tolong urut. Hehe. Lega lah sikit.


Masa aku dan mama tengah tunggu turn nak beli pisang goreng *sila jangan terkejut sebab kat sini nak beli pisang goreng pun kena beratur! haha ada satu kejadian yang mendebarkan sedang berlaku.


Ada seorang kakak ni keluar dari kereta sambil menjerit-jerit dengan penuh histeria. "..Abang! Abang! Abang!." Semua orang berpaling tengok. Rupa-rupanya kereta diorang berjalan *err kereta mana berjalan kan? Tukar-tukar ayat! Ada sebuah kereta bergerak *baru betul! ke depan tanpa ada pemandu. Kereta tue pulak bergerak ke arah jalan utama yang memang banyak giler kereta lalu-lalang.
Si abang yang tengah beratur beli pisang goreng pun berlari-lari ke arah kereta dia. Fuh! Aku perasan semua orang kat area kedai kuih-muih tue stop kerja yang diorang sedang lakukan dan memerhatikan si abang tue kejar kereta die.

Akhirnya dapatlah jugak. Memang lega betul. Kebetulan pulak depan kereta si abang ni tak ada kereta lain yang parking. Dan kebetualan jugak jalan yang memang sibuk sesangat-sangat tue tak ada kereta lain pun yang lalu. Nasih baik betul si abang dengan si akak yang menjerit-jerit abang tue. Mama aku tanya si abang tue, dia tak tarik handbreak die sampai habis. Haih ~ Cuai lah ~

Mak cik yang jual pisang goreng pun mulalah start 'kedai kopi' die. "..Kereta tue sokmo gitu! Asyik gi jalan raya jer. Bahaya sungguh! Bla bla bla ~.." Aku pun bisik dengan mak aku. "..Kalau kereta tue sokmo gi ke jalan raya, tukarlah posisi kereta tue. Menghadap kedai kuih nie pahtu langgar kedai-kedai kat sini.." Mak aku gelak dan dia cakap kat mak cik yang mulut becok tue. Mak cik dan beberapa orang yang lain gelak termasuk si abang tue. Lepas tue mak cik yang jual pisang goreng tue terus senyap! Haha


Ok. Tadikan aku ada mention pasal aku pergi Mydin Mall. Dan apa yang aku beli? Hehe. Sila rujuk gambar di bawah!

Selipar buruk dan baju kedut-kedut! Hehe

Total kos benda-benda kat atas ini ialah RM 34.90. Selipar tue yang mahal sebenarnya! RM 24.90. Lepas aku beli selipar tue, aku cakap dengan mak aku "..Menyesal pulak beli selipar. Duet dah tinggal sikit.." Mak aku gelak jer ~
************************

Walaupun sepatutnya hari ini hari yang paling gembira bagi aku tapi jauh di sudut hati aku aku sedih sebenarnya sebab hari ini merupakan last day bagi Siew Ting dan Gim May bekerja di Viss Kuala Terengganu. Diorang saja-saja je berhenti dan esok akan ke Dungun sebab mengajar budak-budak sekolah kat sana.
Honestly aku rasa agak 'kehilangan' sebab selama ini aku dah biasa dengan diorang. Cakap pasal semua hal termasuk dengan agama. Hee. Isu sensitif tue! Hehe

Yang kiri sekali tue Gim May dan yang kanan sekali tue Siew Ting. Dah kenal kan?? Hehe. Diorang ni tengah tunggu results STPM. Gambar diambil semasa Annual Dinner for Form 6 tahun lepas.

Ayah aku cakap "..Simpan sikit duit tue sebab berkat. Gaji pertama Sara. Ingat tue!.."

Baik ayah! Sara akan simpan. Maybe aku akan simpan bila-bila kot sebagai tanda kenangan "..inilah gaji pertama aku.." Boleh tunjuk dekat anak cucu nanti. Haha!!!

*sokmo : selalu

You May Also Like

8 comments