Bila Kawan Saya Bercakap Tentang Kisah 'Cinta' Saya

by - Monday, February 22, 2010



Salam. Di entry yang sebelum ini iaitu 'Break Off!', perasan tak aku ada selitkan ayat nie,

Kepada kaum lelaki, jangan ucapkan kata-kata sayang, cinta dan rindu kepada seseorang yang bernama wanita melainkan jika anda benar-benar maksudkannya. Sekali kamu ucapkan kata-kata sayang, kami benar-benar mengharapkan sesuatu yang baik dari anda! Hehe

Ok. Mesti ada yang tak faham kan apa yang aku maksudkan dengan ayat ini kan? Act aku memang nak cerita kat blog ini tapi aku rasa macam malas + bingung + sedih + gelisah jer.

Kebetulan kawan aku, Cik Iffira Ruslan postkan entry pasal kisah 'cinta' aku kat blog die. So dengan kebenaran bertulis dari dia dengan bersaksikan Encik FB, aku postkan entry yang die tulis. Aku tak tahu nak cakap apa pasal hal ini tapi yang pasti aku betul-betul rasa terganggu buat masa ini. Grr ~ Rasa nak menangis + nak meraung + nak lari + nak menjerit !!

Cuma aku nak tanya satu soalan je kat semua orang, apa perasaan korang bila ada orang yang korang minat tetiba mintak couple dengan korang? Mestilah rasa happy kan? Tapi setakat mana rasa happy korang bila tiba-tiba dapat tahu itu hanya gurauan semata-mata?? Rasa frustrated sangat-sangat kan?? Paham tak perasaan aku? Paham tak?? Paham tak??



****************************************************************************



Never say 'I love you'
If you don't really care,
Never talk about feeling
If they aren't really there,
Never hold her hand
If you gonna break her heart,
Never say you're going to....
If you don't plan to start,
Never look into her eyes
If all you do is lie,
Never say Hi
If you really mean goodbye,
If you really mean forever,
Then say you will try to never say forever,
Cause forever will only make her cry.


Entry istimewa ini secara seriusnya ditujukan buat Cik Mai. Haha. Aku tau dia sekarang sedang sakit hati, kecewa, bengang dan terasa dipermainkan. Heh, betul ke? Agak-agak betul lah kan.
Ada sorang budak lelaki yang selalu ber-sms dengan Cik Mai tiba-tiba aje ajak couple. Tapi esoknya dia cakap itu cuma gurauan. Dia tak serius pun. Memang aku rasa tak ada sape yang patut dipersalahkan. Mungkin lelaki itu cuma bergurau dan Mai terlalu mempercayainya. Mungkin juga lelaki itu melampau dalam bergurau dan Mai telah kecewa. Tapi aku rasa sepatutnya benda ini tak berlaku.

Tak sepatutnya benda ni dijadikan alat bergurau. Lebih baik guna kambing ke, lembu ke, chipanzi ke kalau nak buat bergurau. Bukankah sifat semulajadi perempuan adalah terlalu mudah mempercayai. Mai terlalu mempercayai dia dan dalam masa yang sama Mai comfortable dengan dia memandangkan dia sentiasa ada masa Mai kesedihan. Pada aku melalui sudut positifnya adalah, ianya cuma kebetulan yang tak dirancang.

Aku rasa lelaki tuh patut stop menulis status-status d i facebook tentang hal ni yang secara tak langsung memalukan Mai. Pelik pulak aku sebab sape yang mainkan siapa ni. Pada pendapat aku la, 'pls,never say it if you never really meant it'.

Aku rasa aku patut stop sampai sini. Sebab aku belum cukup berpengalaman tentang benda-benda sensitif macam ni. Kalau setaka t memberi nasihat mana yang boleh dengan jadi seorang pendengar yang baik, aku rasa boleh lah kot.

p/s: Amalkanlah tatasusila adab-adab bergurau dengan betul. Jangan sampai sakitkan hati orang.


*********************************************************************

Paham tak? Aku tak nak cakap apa-apa. Cuma nak bagitahu,



p/s : pelik kan? aku tak ada pakwe tapi aku putus cinta.


Credit banyak-banyak dekat Cik Iffira Ruslan - A Cup of 3 in 1 Nescafe. [sila klik nama dia untuk pergi ke blog die] You are best buddy yang ada kat sisi aku time aku susah dan senang. Aku sayang kat kau tahu tak? Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup call aku malam tue. Kesian kat ayah kau sebab kena bayar bil telefon kau. Tak pe ~ Aku akan kenang benda tue sampai aku mati.

You May Also Like

24 comments