Perasaan Berdebar Mula Meningkat!!

by - Wednesday, February 10, 2010


Hish ~

*maaf, tak ingat nak bagi salam sebab dah terlalu cuak dan berdebar-debar nie!


Tadi aku buka FB jap. Jalan-jalan. Tengok dan commet status kawan-kawan aku yang entah pape entah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lepas tue aku tertengok lah status kawan aku dari sekolah rendah bagitahu..









"..Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa 25 Februari 2010, keputusan SPM akan keluar.."






OMG..!!



Serta-merta jantung aku berdegup dengan lebih laju. Lebih laju dari kereta Alex Yoong bawak. Haih ~ Terus-terang aku katakan, aku memang takut, gementar, berdebar-debar dan segala 1001 perasaan yang datang.





Act bukan hari ini jer. Sebelum-sebelum ini pun aku dah mula berfikir pasal results SPM aku dah. Tiap-tiap kali aku bangun dari tido mesti aku akan cakap dalam hati
"..results dah nak keluar ini.."





Dan kadang-kadang juga dengan keadaan yang serba mamai *yelah baru bangun dari tido kan? aku akan cakap dalam hati
"..nak amik JPA ke MARA??.."
Itulah yang menggambarkan betapa aku ni memang asyik duk terfikir pasal SPM jer.




Dulu masa UPSR dan PMR aku tak adalah berperasaan cuak macam ini.
Aku rilex-rilex jugak tapi dalam masa yang sama aku ada jugak perasaan yakin yang aku dapat Straight A's tapi untuk SPM ini ~ heish, aku tak berani nak cakap apa-apa.

U olls, doakan untuk aku erk? Aku nak dapat straight A. Dan mesti korang pun nak jugak kan? Takpe. Meh kita doa-doa sama ok? Aku doakan untuk kau, kau doakan untuk aku. Sayang korang!

p/s : tapi tak sure lagi betul ke tak nie.. hehe =p

You May Also Like

10 comments