Date Dengan Sheikh Muszaphar Shukor!!

by - Friday, February 26, 2010



Salam. Sebenarnya aku nak cerita benda nie kat blog dari semalam lagi. Tapi aku simpan dulu cerita aku sebab nak bagi korang sume macam jealous sikit. Hehe. Aku rasa mesti korang sume jealous dengan I kan? Haha *ayat gedixx nie ~ Haha

Semalam, selepas latihan kereta, aku dengan mak aku bergegas ke Terengganu Trade Centre aka TTC. Sekarang ini dekat TTC ada Pesta Buku kat sana. Oh ya! Aku suke sangat pergi ke kedai-kedai buku ataupun pesta buku. Walaupun kadang-kadang tak beli buku tapi aku puas sebab dapat tengok buku. Did I mention that saya ni ulat buku??

Aku dah tahu dah yang Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara kita akan datang ke TTC. Masa aku sampai kat TTC tue, aku terdengar dia tengah bagi ceramah motivasi pasal angkasa lepas dan macam mana dia survive kat sana. Dia jugak menjawab beberapa soalan tetamu yang ada kemusykilan. Tapi masa aku sampai tu dah terlewat sikit.

Aku amik port kat belakang dan aku pun mulalah snap beberapa gambar die. Tapi kebanyakannya blurr ~ Dalam fikiran aku dah berangan-angan nie nak amik gambar dengan dia tapi aku rasa mustahil sebab yelah ~ mesti orang lain pun berfikiran macam aku jugak kan? Huhu


Bila dah habis ceramah dia, ada sessi bergambar pulak. Masa nie memang ramai giler nak amik gambar dengan die. Mula-mula budak sekolah dan pelajar-pelajar universiti. Aku ok lagi. Aku bagi kamera dekat mak aku sebab nak suruh dia amik gambar Sheikh Muszaphar Shukor. Aku siap beli lagi buku dia semata-mata nak suruh die sign. Hehe.

Semasa guard tue cakap "..Datang sini kalau nak suruh Sheikh Muszaphar sign!.." , aku pun tanpa ragu-ragu terus buka buku dan hulur dekat dia. Hehe. Aku redah jer semua orang masa tue. Haha. Lantak lah ~ Asal kan aku dapat sign dier. Hehe



Dan aku siap berbual-bual lagi dengan Sheikh Muszaphar taw! Hehe. Akan aku ingat perbualan ini sampai bila-bila. Hehe

Aku : Tulis nama saya boleh tak?? *masa nie Sheikh Muszaphar tengah sign kat buku dia yang aku baru beli tue
Sheikh Muszaphar : Nama awak??
Aku : Maisarah
Sheikh Muszaphar : Eja??
Aku : M A I S A R A H *sambil aku eja, Sheikh Muszaphar pun tulis di buku tue

Selepas aku ucapkan terima kasih dekat dia, aku nekad! Aku nak pergi amik gambar dengan dia. Dengan berani dan muka tak tahu malu, aku naik atas pentas dan duduk sebelah dia. Haha. Giler kan? Mula-mula die tak layan aku pun taw! Huhu. Tapi aku tetap suruh mak aku amik sebab atleast ada bukti yang aku pernah duduk di sisi dia! Haha

Walaupun dia tak pandang aku, tapi aku tetap puas hati sebab atleast aku pernah bergambar dengan dia! Walaweh, tiada kata-kata yang mampu aku ucapkan betapa gembiranya aku dapat berjumpa dan bergambar dengan Sheikh Muszaphar.

Tapi dengan tidak disangka-sangka, selepas dia sign kat dalam buku peminat die tue, die terus berdiri tegak di sebelah aku dan bersedia untuk amik gambar. Walaweh ~ Happynya aku masa tue! Haha. Mak aku pulak dah get ready nak amik gambar. Dia pun pandang kamera yang mak aku pegang dan mak aku snap. Auww ~ Oh sukanya aku masa tue!!!!!

Gambar ini akan aku simpan elok-elok dalam lappy aku nie. Hehe. Kenangan paling manis bagi aku! Bukannya senang taw nak jumpa dengan dia. Hehe. Korang silalah jealous kat aku. Haha

Lepas amik gambar nie, aku terus turun dari pentas dan tengok gambar tue balik. Aku puas hati dan happy sangat-sangat! Hehe. Aku tengok orang lain pun terus ikut jejak langkah aku dengan naik atas pentas untuk amik gambar bersama. Haha. Auww ~ Aku dah katakan, aku ni seorang yang berani. Haha





Lepas dia balik tue, aku dengan mak aku pun terus memulakan sessi 'tenggelam bersama buku'. Sebenarnya tak ada benda yang luar biasa pun sebab tahun lepas aku dah pergi dah ~ Semuanya sama sahaja tapi aku kan dah bagitahu tadi. Aku memang pantang tengok kedai buku atau pesta buku. Hehe.

Semasa tengah ronda-ronda tue, aku dan lah rembar dua buah buku. Buku Menggapai Bintang aka Reaching The Stars dan Mahkamah Cinta. Ok. Novel Mahkamah Cinta itu sebenarnya novel yang telah ditranslatekan dari English ke BM. Aku try cari yang BI tapi tak da. So aku rembat je lah yang BM punya


Erm ~ Perlu ke aku cerita pasal Mahkamah Cinta tue? Cerita dia pasal Jack dan Brooke, sepasang kekasih yang dah bertunang dan kedua-dua mereka bekerja sebagai peguam. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ini ialah bagaimana mereka nak handle wedding diorang sebab dalam masa yang sama mereka sama-sama berlawan untuk menang kes masing-masing. Brooke *the gurl tak tahu pun tunang dia, Jack akan menjadi lawan dia dalam kes tue.

Tak silap aku lah, novel ini ada diaptasikan dalam filem tapi aku tak sure pulak cerita apa sebab aku tengok cerita tu masa dah nak ending dah. Cerita itu disiarkan kat Hallmark Channel. Sesape yang tahu, sila-sila inform kat aku *Bila dah beli buku Mahkamah Cinta, aku baru perasan aku suka sangat beli buku yang diaptasikan ke filem. Contoh yang lain ialah Harry Potter dan Twilight.


Tengok! Nama aku dan sign Sheikh Muszaphar taw! Hehe. Buku ini akan masuk dalam 'kotak biru' aku sebagai salah satu barang yang paling aku sayanggggggg sekali. Hehe. Kotak biru itu ada macam-macam jenis benda yang aku simpan dan kebanyakannya adalah barang-barang yang aku sayang atau mempunyai kenangan yang tersendiri. Hehe


Apa perasaan korang? Jealous tak? Haha



You May Also Like

18 comments