Rambut Oh Rambut ! Kenapa Kau Gugur?

By Mysara Newrie - Monday, May 31, 2010



Salam. Haih ~ Sejak dua menjak ini kan, rambut aku memang asyik gugur tahap kronik jer. Apasal erk? Tahap graviti bumi semakin bertambah ker? Haha ;DDD

Kulit kepala aku jenis berminyak taw. Kalau tak basuh rambut, alamatnya boleh perah-perah rambut aku tu lepas tu tadah dalam baldi. Minyak tu siap boleh goreng ikan lagi taw ~ Ok tipuuuuuu ~ Haha ;DD

Bila aku syampu rambut aku, pergh ~ Penuh bilik air tu dengan rambut aku. Apa perasaan korang weh? Sedih aku tengok rambut-rambut aku yang bertaburan atas lantai bilik air. Kadang-kadang kalau nak syampu rambut mesti aku rasa takut sebab aku tahu aku akan keguguran rambut masa aku bilas. Huhu T__________T Yang ini tak tipu. Aku memang sedih giler-giler ~

Kalau kat sikat tu, tak usah cerita lah ~ Faham-faham sendiri lah ye? Malas nak cerita. Kang aku cerita, aku jadi emo pulak kang ~

Kalau aku tak syampu kan, rambut aku berminyak. Kalau aku syampu kan, rambut aku gugur. Oh tidakkkk ! Apa yang harus aku lakukan? Sedih taw tak ~ Aku ingat nak bagi je kepala aku ini kat Yun Nam Hair Care tu. Bagi die fix apa-apa yang patut. Haha :')

Aku jealous taw tengok rambut orang lain lawa jer ~ Sedih aku tengok. Rasa nak pergi tumbuk-tumbuk dan tarik rambut die. Haha ;D Eh ingat perempuan bertudung ini tak pentingkan kecantikkan rambut ker? Hell nooo ! Ternyata itu adalah silap sama sekali. Aku jenis yang suke bergaya dengan rambut aku sendiri walaupun aku tahu aku ni bertudung :)

Aku google lah kan apa-apa yang patut dan terjumpa lah petua ini. Oh ye ~ Aku baru teringat aku pernah buat petua kat bawah ini tapi aku guna lendir daun bunga raya jer. Hehe :)

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Tapi memang betul lah weh ~ Guna lendir daun bunga raya memang mujarab untuk masalah-masalah macam kita ini *Eh kita ker? Haha ;D Aku pernah try. Hehe

Eh sesape yang dah baca entry ini boleh tak tolong tenangkan jiwa dan perasaan aku yang tengah resah gelisah ini? Aku rasa sedih sangat-sangat bila rambut aku asyik gugur jer ~ Yelah ~ Rambut kan mahkota bagi setiap wanita :(


I miss my old hair yang panjang, lembut dan beralun T______T

Eh sesapa lagi tahu tak petua-petua ke atau apa-apa produk yang boleh kurangkan keguguran rambut? Tapi kan ~ Jenis rambut mengikut individu lain-lain. Huhu T___T

  • Share:

You Might Also Like

14 comments