Hari Ibu ; Kisah Aku & Mak Aku :')

By Mysara Newrie - Sunday, May 09, 2010


Salam. Ini auto publish. Haha ;DDD 1st time guna ni ! Bangganya rasa ! Heh? =.=" Aku guna auto publish sebab aku tahu, waktu ini aku tak bangun tidur lagi atau aku keluar ke Pasar Gaya. Hehe :D

Setiap hari Ahad, minggu kedua pada bulan May, ibu-ibu di seluruh dunia akan diraikan. Maka dengan itu, aku ingin mengucapkan HAPPY MOTHERS DAY kepada Farizah @ Roslina iaitu mama aku yang selama ini aku cerita-cerita kan! Haha ;DDD


Percaya tak kalau aku cakap ramai orang cakap aku dan mak aku macam adik-beradik dan kakaknya adalah aku dan adiknya ialah mak aku. Heh? Sila percaya =.=" Bukan bermaksud aku dah tua ok? Tapi maybe sebab saiz kot sebab aku ni besar sikit dari mak aku yang kecil molek tue. Hehe :)

Ada sekali tu, aku pernah kelentongkan doktor yang merawat aku masa aku suspek denggi hari tue. Doktor tu tanya aku "..Apa kena mengena awak berdua?.." sambil pandang aku dengan mak aku. Dengan slumbernya aku cakap "..Dia adik saya.." dan doktor tu pun terangguk-angguk. Percaya dengan kelentong aku. Aku dengan mak aku dah angkat-angkat kening dah ~ Haha ;DDD

Dan akibatnya, doktor tu cucuk jarum kat tangan aku untuk ambik darah aku sampai tempat yang kena amik darah tu jadi lebam, bengkak dan sakit. Heh =.=" Balasan untuk orang yang menipu.


Percaya tak kalau aku cakap ramai orang tak percaya umur mak aku dah menjangkau 40-an? Haha ;DDD Sila percaya :) Disebabkan mak aku kecil-molek, mak aku kelihatan muda. Haha. Hish ~ Gelak-gelak pulak. Aku cakap betul-betul tak nak percaya pulak! =.="

Percaya tak kadang-kadang aku rasa mak aku ni sporting giler ~ Haha ;DDD Especially bila aku dah meningkat remaja ini kan? Hehe. Macam-macam benda aku dengan mak aku buat, nak-nak lepas SPM nie. Haha ;DDD Dan yang paling aku nak tergelak, mak aku boleh pulak bergaul dengan kawan-kawan adik aku *lelaki ok? yang macam ganas giler sambil gelak-gelak. Tabik springlah kat mak aku ! :D


Percaya tak kadang-kadang aku dengan adik aku selalu buli mak aku? Haha. Kadang-kadang kitorang peluk mak aku kuat-kuat, macam tak nak lepaskan dia. Haha. Mestilah mak aku akan rasa sakit kan? Lepas tu mak aku mulalah bising-bising sebab sakit tapi kitorang gelak-gelak jer. Heh? Kejam ker? =.="

Ada banyak taw benda-benda yang kelakar antara aku dengan mak aku. Yang aku tak boleh lupa masa aku cerita balik macam mana aku 1st time datang period. Owh tidak ~ Tetiba rasa malu (#.#) Aku pun pot pet pot pet lah, cerita itu ini dan perasaan aku yang terkejut. Haha ;DDD Lepas tu, kau tahu apa mak aku tnya lepas aku cerita? "..Apa pasal terkejut? Benda tu warna biru ker?.." Haha ;DDD Sakit perut aku gelak-gelak masa tue.

Mak aku jugak seorang yang pandai memasak. Pergh ~ Kalau time mak aku masak, aku tak pandang dah lauk lain. Aku akan dahulukan apa yang mak aku masak dan fav aku ialah Ayam Paprik, Nasi Ayam, Nasi Tomato, Laksa Johor bla bla bla ~ Pendek kata semuanya sedap-sedap. Kawan aku yang datang rumah aku pun cakap mak aku masak sedap. Lepas tu kalau Hari Raya, jangan haraplah mak aku nak pergi beli kuih raya. Semua kuih raya mak aku yang buat dan kuih raya yang menjadi menu WAJIB tiap-tiap tahun ialah Quaker Oat Cornflakes :) Well ~ Tengok lah mak sape kan? Hehe

Aku dan mak aku jugak ada beberapa persamaan. Hehe. Aku main rambang je ni sebab jam dah tunjuk pukul 4 pagi dah ~ Hehe :p Antara persamaan aku dengan mak aku ialah ;
  • tak suka minum air Sunquick sebab lepas minum, mesti pening kepala.
  • suke giler makan kambing dan minum susu dan jugak Coke! :)
  • pantang giler tengok tandas kotor.
  • mempunyai saiz kasut yang sama iaitu 4 atau 5
  • bentuk kuku yang sama
  • jenis rambut yang sama iaitu ikal mayang :)
dan banyak lagi ~ Haha. Itulah ~ Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi :)


So dengan adanya mak aku yang aku anggap sebagai 'Mak Paling Sempurna' di dunia ini, apa yang perlu aku harapkan lagi? Adanya mak aku, aku rasa hidup aku cukup sempurna. Yelah ~ Makan minum mak aku sediakan. Basuh baju mak aku tolong buatkan. Kemas bilik mak aku tolong buatkan ~ Teeettt ! Ok tipu jer ~ Haha ;DDD

Kepada Mama, Sara nak ucapkan Selamat Hari Mama. Sara tahu dan Sara sedar Sara banyak buat dosa dengan Mama. Sobs T_____T Tapi percayalah ~ Sara sayang giler-giler dengan Mama. Even giler-giler pun tak macam ini taw ~ Heh? =.="

Sara tak boleh nak tulis lagi dah sebab dah rasa sebak. Sobs =.=" I cannot imagine how Im supposed to live without you ~ Without you Im nothing :')


Sayang mama ! :')

  • Share:

You Might Also Like

7 comments