Penyewa Baru Dalam Beg Duit Saya ! :D

By Mysara Newrie - Thursday, May 27, 2010



Salam. Pergh ~ Hari ini aku memang mati-matian duk menguruskan borang-borang nak masuk UiTM. Hebat tak? -.-

Aku rasa aku dah ceritakan dengan lebih lanjut di entry aku yang sebelum ini kan? Hehe :) Sorang kali ini aku nak tunjuk sikitlah perjalanan dan susah perit aku dalam mengisi kesemua borang-borang tue =.=!!


Yang kat atas nie adalah buku panduan pelajar baru untuk pelajar UiTM dengan kesemua borang-borang yang dah aku print. Err ~ Silap silap. Bukan aku tapi BAPAK AKU ! Haha ;D Yeah ~ Ayah aku yang buat semua ini pada 2 Mei, iaitu hari pertama dapat tahu keputusan ke UiTM mana.

Tapi yang sadisnya, sampai sekarang aku tak isi-isi pun lagi semua borang-borang tue. No wonderlah ayah aku marah kat aku pagi tadi. Kui Kui Kui ~


Alang-alang dah isi borang, aku pun merajinkan diri aku sambil kemas-kemas balik semua sijil-sijil aku dengan slip keputusan peperiksaan. Sedih weh bila tengok slip exam. UPSR 5A. PMR 8A. SPM 4A 3B 2C+. Memang terhebat lah !

Ya Allah ~ Aku mohon kepadamu, moga-moga peperiksaan semester pertama dan semester-semester yang seterusnya nanti, aku mendapat pointer 3 ke atas. Kalau dapat 4 rata lagi bagus ;) Amin ~

Semangat weh nak masuk UiTM dan sambung belajar balik ! Aku rindu nak bukak buka ! Haha ;DDD Eh cepat-cepat tolong aminkan untuk aku ! :D


Inilah koleksi Slip BSN yang aku ada. Haha ;DD Ini adalah sebahagian ok? SEBAHAGIAN ! Haha ;D Aku ada 6 slip BSN. Pergh ~ Hebatlah ~ BSN untuk num pin Matrix, UPU, Politeknik, No pin PTPTN dan KPLSM. Aku sayang nak buang. Hehe ;D

Eh anyone taw tak macam mana nak apply PTPTN? Setahu aku kena ada akaun SSPN yang ada kad biru tue, which is aku dah ada dah. No pin PTPTN pun aku dah beli kat BSN. Bank Islam pun aku dah bukak dah. So what's next? Dah boleh isi ke permohonan secara online tue? Boleh share-share kat sini? Sharing is caring taw ~ :D

Dan dan dan aku dapat penghuni baru dalam beg duit aku hari ini. Auwww ~ Comel taw die tue. Haha ;D


Penguni Beg Duit Milk Teddy -.-

Barisan atas sekali dari kiri : Kad Pengenalan, Kad Bank Islam, Kad CIMB Bank dan Lesen Memandu L dan P :)
Barisan kedua dari kiri : Kad SSPN, Kad Rakan Muda + Kad Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kad The One Mobile dan Kad Celcom dan Maxis

Barisan depan dari kiri : Kad Library SESTER dan Kad Pintu Masuk Bilik Hotel Boulevard KL.

Haha ;DDD
Duit ada RM5 jer ~ :)

Kan pagi tadi aku dah cakap aku dah bukak akaun Bank Islam kan. Maknanya bertambah lah kad-kad dalam beg duit aku. Pfft ~ Beg duit aku besar lah ~ Nak letak dalam seluar jeans pun rasa tak selesa giler. Dengan HP lagi. Haih ~

BTW Kad Bank Islam comel lah ~ Suke sangat-sangat ! Haha ;DD Sebab apa? Sebab kad bank die warna putih. Haha ;D Aku suke giler dengan warna putih :)

Aku tak boleh bayangkan bagaimana hidup aku nanti seandainya kesemua dokumen-dokumen kat atas hilang. Huhu T___________T

p/s : Ada sesape nak sewa bilik dalam beg duit saya? :D

  • Share:

You Might Also Like

12 comments