Student UiTM Wannabe :)

by - Saturday, May 01, 2010


Salam. Malam tadi dalam pukul 8, Facebook telah menjadi gempar seketika ! Situ sana sini orang duk sibuk. Ya Allah ~ Buat pertama kalinya aku rasa FB aku dah macam belacan goreng! Haha ;DDD

Yelah ~ Macam-macam orang duk mari menyinggah dekat wall aku. HP aku pulak tak habis-habis dengan orang call dan mesej yang bertalu-talu masuk. Chat room FB aku pulak bertalu-talu duk orang tanya soalan yang sama. Hehe :p

Yeah ~ Semua ini sebab apa? Sebab pukul 8 tu, dah boleh cek UPU ! Yeah ! Aku pun tak tahulah macam mana boleh tetiba je keluar pasal ini tapi sebab Misseen Tomei yang duk hyperactive di FB sebab happy dapat nursing, aku pun apa lagi ~ Cek lah ! Haha ;DDD

Tapi line tak dapat nak tembus sebab tengah jam. Haha. Aku pulak dari yang rilex terus rasa resah gelisah sebab line yang sedikit bengong masa tue. Haih ~ Aku rasa masa amik results SPM ari tu tak adalah berdebar-debar dan takut macam ini =.="


Aku turun bawah, bedal Maggi Cup satu, kongsi dengan mak aku. Tetiba pulak minah ni call aku "Mai ! Kau pergi cek UPU sekarang jugak !" Eh eh eh ~ Aku baru je tutup lappy. Aku dengan malasnya pergilah naik ke bilik semula dan cek UPU.

Masa 1st time cek tu, aku naik hantu jugak ~ Then mak aku pun masuk bilik aku, cool down kan aku sebab aku rasa sangat-sangat bengong dan berdebar betul time tue. Haha ;DDD Aku takut aku takut tak dapat apa yang aku harapkan. Huhu.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, aku pun tekan butang tue. Mak aku dah gosok-gosok belakang aku dah ~ Suruh bertenang. Phuih ~


ALHAMDULILLAH!!!
Aku dapat kos yang aku nak ! Diploma Pentadbiran Awam! 1st choice aku tueeee ~ Haha ;DDD Ya Allah ~ Bersyukur sangat-sangat kepadaMu Ya Allah ! Masa tu rasa nak menangis pun ada, rasa happy, tak terkata. Haha. Mak aku pulak dah siap peluk-peluk cium aku dah. Lepas tu ayah aku pulak duk tanya-tanya. Mula-mula aku blurr giler taw ~ T______T

Selepas beberapa minit tue, aku baru sedar dan aku pun menjerit-jerit kesukaan. Aku rasa satu rumah ini bising dengan suara aku menjerit, bunyi TV, HP aku yang tak berhenti-henti berbunyi, suara mak dan ayah aku yang kesukaan jugak. Haha.

Lepas tu aku call Fyra. Eh eh eh ~ Cakap suruh aku pergi cek tapi die tak lagi. Haha. Lepas tu aku call Cik Mimi, tanya pasal Epy. Malangnya, masa tu Epy ada tournament bowling masa tu di KL. So aku just cakap kos apa yang aku dapatlah. Hehe :)

Then Fyra pulak call aku. Tahniah untuk dia sebab dia dapat Asasi Perundangan di UiTM, 2nd choice die. Cakap-cakap dalam telefon. Haha. Aku tak taw kenapa aku dengan Fyra tetiba boleh sama-sama sebak dalam telefon. Maybe sebab gembira dapat apa yang kitorang harapkan. Huhu. Sedih +Sebak semua ada.

Oklah ~ Mengikut apa yang aku taw lah kan, Diploma Pentadbiran Awam aku boleh jadi Pembantu Tadbir. Dan kalau aku sambung ke ijazah, aku boleh jadi Pegawai Tadbir. Correct me if Im wrong :)

Dan seperti yang korang tahu *Kalau yang tahu lah ~ Aku nak jadi lawyer. Sooooooooo kalau nak jadi lawyer, aku kena dapatkan pointer tinggi atau sekurang-kurangnya 4 rata. Dengan pointer aku yang tinggi di langit itu, aku akan dapat sambung ke ijazah dalam bidang perundangan :)

Seeeee? Nampak tak perkaitan yang aku cuba sampaikan ini? :) Syukur sangat-sangat sebab aku dapat jugak kos yang aku mintak. :) Oh ya ! Kalau aku sambungkan ke ijazah perundangan, aku akan dapat drop beberapa paper semasa di peringkat ijazah sebab aku dah ada diploma masa tue :)

Tapi kalau aku tak dapat jadi lawyer, jadi Pegawai Tadbir pun ok jugak. Hurm ~ Atau orang puteh cakap macam ADO lah ~ Act aku tak tahulah kerja ADO tu macam mana tapi ayah aku cakap, kerja ini meliputi bidang yang luas ! Seluas Lautan Atlantik ! Haha ;DDD


Aku baru sedar satu perkara. Rupa-rupanya aku ni memang banyak bercakap *Yang ini aku sedar lama dah ! Haha ;DDD dan aku suke berinteraksi dengan orang. Yeah ~ Ya Allah Ya Tuhanku, perkenankanlah doa hambaMu ini untuk menjadi peguam. Aminnn ~ :)

Oh ya ~ Pasal info-info yang aku nak bagitahu tue, aku ingat nak letak sekali dalam entry ini. Tapi Masyaallah ~ Panjangnyyyyaaaaaaaaaaa entry aku ! Haha ;DDD So aku pisahkan dulu lah entry ini dengan entry itu. Hehe. Tengoklah dulu. Esok-esok pulak aku postkan entry baru pasal info-info tue. Hehe ;DDD

That place gonna be mine ! Insyallah ~ ^_^


p/s : Ya Allah ~ Kau murahkanlah rezeki kepada Brother yang aku jumpa di Ekspo Selangkah ke UiTM yang memberi cadangan kepada aku untuk ambil kos Pentadbiran Awam jika aku mahu sambung ke lawyer. Aminn ~ :) Terima kasih Bro ! :))

You May Also Like

31 comments