Bantuan Anda Diperlukan :)

by - Tuesday, May 25, 2010



Salam. Tadi tengok Nur Kasih dekat TV9 kejap. Haih ~ Tetiba rasa rindu giler dengan kawan-kawan kat Sester. Yelah ~ Sepanjang Demam Nur Kasih berjalan, aku dengan kawan-kawan aku lah yang sama-sama turut terkena tempiasnya. Huhu

Gambar semasa malam Final Nur Kasih :) Haha. Ni baru separuh je taw ! Haha ;DDD Separuh lagi kat bilik rehat Blok A. Budak laki tengok dekat patio, depan pejabat dan kat astaka :)

Kepada Kabir Bakhtia, tak nak buat Nur Kasih 2 ker? Tapi dengan syarat kena guna orang yang samalah ~ Baru masyukkk ! ;DDD Bila tengok Nur dengan Aidil tengah balas-balas email dengan guna laptop, baru aku terfikir tentang sesuatu. Hehe ;p

Wokeh wokeh wokeh ~ Sekarang ini aku rasa aku nak mintak bantuan korang lah ~ Kepada sesiapa yang pakar IT, terror bab-bab komputer dan sume benda alah nie, tolong komen entry ini ok? Aku rasa aku perlukan bantuan korang :)

Dalam banyak-banyak laptop, laptop apa yang macam elok dan canggih sikit?
Walaweh ~ Bunyi macam teka-teki pulak. Haha ;DDD

Kalau boleh aku nak laptop yang ada features terkini. Bulan depan kan aku dah nak masuk UiTM. Sebelum nak masuk tue, aku ingat aku nak usha-usha dulu laptop yang ada dekat pasaran sekarang ini. Beli tu tak taw lagi. Hehe ;p

Aku nak laptop yang memudahkan aku nak buat assignment nanti masa kat U. Maksudnya macam senang lah aku nak gunakan. Nak ada webcam. Senang nak contact dan lepas rindu dengan dengan kawan-kawan aku dan boyfriend aku . Eh sekarang ini orang pakai Windows 7 kan? Apa kelebihan Windows 7 berbanding dengan Windows Vista?


Laptop kat atas nie jenama ap? Macam ok jer ~ Haha ;DDD By the way, Vaio okay tak? Macam mana dengan Mini HP? Heh ~ Sumpah aku memang lemah bab-bab nak beli computer dengan lappy nie. Kalau HP, boleh lah sikit-sikit. Hehe ;D

Pendek kata, aku nak laptop yang menepati dan bersesuaian dengan aku sebagai seorang pelajar di U nanti :)

Besarlah harapan saya agak kalian semua dapat membantu saya menyelesaikan kekusutan masalah ini


Sesiapa yang komen dapat cupcakes 6 biji kat atas nie. Ada perisa vanilla dan coklat jer :)

You May Also Like

16 comments