[Tips] Macam Mana Nak Dapatkan Buffered Earnings?

By Mysara Newrie - Sunday, May 30, 2010


Salam. Hari ini aku rasa aku nak ceritakan sikit pasal Nuffnag ok :)

Eh eh eh ~ Korang jangan ingat aku ini terror bab-bab Nuffnag ini ! Aku pun baru join, bulan Februari hari tue. So masih bayi lagi.

Apa yang aku nak cakap ini adalah berdasarkan apa yang aku tahu. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan erk? Maaf zahir dan batin ! Wakakak ;DDD


Nuffnag ini adalah satu syarikat pengiklan di Asia Tenggara yang melibatkan negara Malaysia, Singapura, Australia dan Filipina. Aku rasa semua orang dah tahu kan?

Yang korang tak tahu adalah pasal iklan-iklan, buffered earnings dan meterred earnings. Ok, meh rapat-rapat, aku nak bagitahu :D


Iklan-iklan atau lebih dikenali sebagai CPC kat blog kita ni bukannya selalu ada ok? Perasan tak, kadang-kadang ada dan kadang-kadang tak :) Let me tell you something. Selalunya iklan-iklan ini akan ada kat blog korang waktu tengah malam.

Hah ~ Bila dah tahu waktu iklan waktu tengah malam, korang rajin-rajinlah blogwalking masa tue! Insyallah ~ Kalau ada orang yang singgah blog korang, dia akan klik kan Nuff korang :) Selalunya iklan-iklan ni tak banyak sangat dapat duit die.


Buffered Earnings atau lebih dikenali CPM adalah iklan yang tetap di blog anda. Kiranya macam syarikat pengiklan tu dah beli blog korang untuk siarkan iklan dia. Macam blog aku, iklan CPM aku yang masih berjalan ialah Pizza Hut dan Dutch Lady :) Alhamdulillah ~

Macam mana nak detect iklan buff nie? Senang jer ~ Kalau korang tengok asyik iklan yang sama je duk berkelip-kelip kat blog korang, maka cepat-cepatlah cek di Nuff korang :) Kat bahagian Earnings korang ok? :)

Tapi macam mana nak dapatkan Buffered Earnings? Scroll down ke bawah :)
  • Poll survey
Yang ini memang memainkan peranan penting ok? Dah aku cakap benda ini penting so korang janganlah pandang ringan pulak =.=" Setiap soalan yang ditanya tu, jawablah dengan sepanjang-panjangnya ! Haha ;DD There is no limit ok? :D Lagi panjang lagi bagus.

Jawab soalan-soalan tu dengan menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami. Kau ingat dia faham ke bahasa SMS kita nie? Haha ;D Jangan harap lah weh ~ Jawab ikut BM pun boleh maaa ~ Hehe ;D

  • Update Blog Selalu
Yang ini memang kena buat lah ~ Dalam sehari tu, janganlah update sekali sehari jer? Tak ada guna maaa ~ Kau nak update 100 kali sehari, update je lah ! Tak ada sape nak marah. Haha ;D Lagi banyak kau update, lagi bagus. Macam aku cakap tadi, there is no limit ! :D

Dalam 3-4 jam, update sekali. Tak kisahlah nak update apa-apa pun. Pasal cerita ke, tips ker, lagu ker, isu-isu semasa ker ~ Lantak kau ~ Yang penting update ok? :)

  • Trafik Tinggi
Bila dah update selalu, mestilah trafik korang akan tinggi :) Kalau boleh dalam sehari tu, dapatkan lebih dari 100 unique kat blog korang. Bila dah orang ramai masuk blog korang, pihak Nuff mesti akan rasa tertarik nak letak iklan buff kat blog korang sebab dia tahu, ramai yang masuk blog korang.

Lepas tu rajin-rajinlah ping blog korang kat Geng Blogger. Hehe. Bila dah ping, mestilah orang akan masuk blog korang. Secara tidak langsung, trafik akan naik :) Lepas tu rajin-rajinlah blogwalking ok? Tolonglah ~ Blogwalking adalah elemen terpenting dalam kehidupan kita sebagai ahli blog nie. Kata nak duit lebih kan? So kena lah rajin. Hehe :D



Metered Earnings. Hah ~ Yang ini aku baru dapat semalam. Aku pun tak tahu sebenarnya tapi setelah dibantu oleh para bloggers yang baik hati, aku dah tahu pasal Metered Earnings nie. Hehe ;D

Bila satu kempen atau iklan buff di korang dah tamat, dia akan jadi Metered Earnings lah ~ Haha ;D Faham tak?

Bila dah tamat, duit semasa iklan Buff tu akan masuk dalam akaun semasa korang. Kiranya macam ini, semasa iklan Buff korang tengah berjalan, korang dapat RM 15. Bila dah tamat iklan buff, die akan jadi metered kan? Jadi, duit RM15 akan masuk dalam akaun semasa korang yang tertera kat bahagian bawah sekali di bahagian Earnings. Faham? :D

Aku rasa setakat ini je lah yang mampu aku kongsi kat korang semua. Kalau ada salah dan silap, mintak maaf banyak-banyak ! Aku pun bukannya terror sangat tapi apa salahnya kan kongsi-kongsi sikit apa yang kita tahu. Sharing is caring :)

Eh otai-otai blogger, betul ke apa yang saya cakap kan ini? Kalau salah, tolong betulkan balik :)

Harap-harap apa yang aku bagitahu ini mampu tolong korang semua dalam usaha nak dapat duit lebih. Hehe ;D Alahai ~ Sape dia lah yang tak nak duit kan? Semua orang nak :)

  • Share:

You Might Also Like

46 comments