Dinner ASCAPS - Corporate Colours :D

by - Monday, September 12, 2011



Salam. Oh yeahhhhh ! Gambar Dinner dah dapat dah tadi dari Apeng :) So apa lagi, kerja aku untuk becerita di blog lah ! :D


Pendaftaran Dinner start dalam pukul 7.45 pm. Tapi dalam pukul 8pm aku baru sampai sebab buzy duk siapkan diri. Hehe ;) Tu pun aku naik motor dengan kawan aku. Kalau tak, memang tak lah aku nak sampai pukul 8 -.-


Suasana dalam dewan. Total people masa gambar ni diambil ialah lebih dari 500 orang :)


Overall, masa sessi pendaftaran, semuanya berjalan dengan lancar dan semua students tak beratur panjang pun sebab kitorang guna kad jemputan kitorang ala-ala macam tiket wayang, just koyak kat tepi je. So memang senang je lah kerja Exco Pendaftaran kan? Hehe :)


Dalam pukul 8.30 malam, Rektor UiTM Dungun -YM Prof Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud, TR HEP UiTM Dungun - En Azahari Abdul Aziz, Koordinasi Program - Cik Norhafiza bt Abu Seman, Penolong Pendaftar Bahagian HEP UiTM Dungun - En Taufiq Ithnin, YDP MPP - Izzat Yusliza dan tetamu jemputan dari luar, Tuan Haji Mohamad Nor bin Abdul Rahman, Pengarah Kewangan dan Pengurusan MPOB yang merupakan bekas pelajar DPA UiTM Dungun tahun 80-an, tiba di Dewan Aspirasi. Alhamdulillah ~ Semua VVIP dapat datang dan kitorang iringi mereka masuk dengan bantuan Men in Black. Hehe :)

Dari kiri, Timbalan Rektor HEP, En Azahari dan Rektor UiTM Dungun, Tengku Yusoff

Koordinator Program, Miss Fisha :) Lecturer PAD120 aku masa Part 1. Hehe :)


Persembahan pembukaan kitorang adalah dari Gema iaitu Nasyid, lagu Jalinan. Lepas tu ada Corporate Talk yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Nor bin Abdul Rahman tentang cabaran masa depan yang bakal dilalui oleh students DPA. Yelah ~ Dinner ni kan diadakan bagi meraikan Part 5 dan Part 6 yang bakal menamatkan diploma dorang kan? So dengan adanya talk ni, kiranya macam dapat beri gambaran awal kepada semua students DPA tentang hala tuju mereka lepas menamatkan DPA nie. Haaa gituuuuuuuuu ~ :D

Antara lecturer-lecturer yang datang :)


Lepas habis talk, ada penyampain Anugerah Dekan kepada semua Part 5 dan Part 6 yang dapat Dekan pada sem lepas. Kebetulan semua dekan adalah perempuan, so Exco Hadiah pun decide nak bagi semua dekan tu shawl sorang satu. Cantek giler shawl tu :)


Kemudian, ada persembahan pembukaan dari dua band yang digabungkan menjadi satu iaitu We Are Not Politicians + Konflik Sagu = We Are Not Konflik Sagu. Dua dua band ni adalah dari budak DPA sendiri cuma yang bezanya ahlinya dari part-part yang berlainan. Dorang nyanyi dua buah lagu, Aishiteru dan Andai Ku Tahu


Lepas band, kitorang buat Games dan Cabutan Bertuah. Hehe :) Satu kelainan yang kitorang cuba bawak kan sebab yelah ~ tak nak asyik makan je kan? So kalau ada games and cabutan bertuah, atleast suasana jadi happening and kitorang pun memang baik hati nak bagi hadiah free dekat dorang semua *tangan didada, mata ke atas* HAHA :D


Yang paling best, ada sorang kakak tu, masa Cabutan Bertuah dapat wang tunai RM100 yang di sponsor kan oleh caterer makanan kitorang sebab kebetulan tarikh Dinner kitorang tu berlangsung adalah hari jadi die. So memang kakak tu sangatsangat bertuah :) Dapat RM100 free! :D


Lepas tu ada persembahan lakonan dari Part 3. Tajuk lakonan dorang apa entah tapi mengisahkan tentang suasana penduduk kampung yang suka bergaduh dan porak peranda tapi semuanya berakhir bila mereka saling bekerjasama bila nak tolong sorang penduduk kampung yang nak bersalin. So sepanjang drama tu berlangsung, adalah scene scene yang kelakar. Ala ala macam Hantu Kak Limah dengan Zombie Kampung Pisanglah ~ Ada sahaja yang kelakarnya dan ragam orang kampung :) Credit to Exco Persembahan :)

Pelakonpelakon, pengarah, penulis skrip dan juga props yang terlibat dalam lakonan tue :)


Habis je lakonan, ada games dan cabutan bertuah lagi. Kemudian ada penyampaian Kasut Paling Cantik dan Meja Paling Sporting. Hehe :) Saje je cari kelainan sikit dengan buat anugerah macam nie :) Dan yang paling best adalah semasa penyampaian untuk Grand Prize dimana orang bertuah tu dapat handphone. Hehe. Memang bertuah betul dengan orang yang dapat handphone tue :)

Semasa pemilihan untuk meja paling sporting :) Tahniah untuk abangabang Part 6 yang menang. Hehe :)


Lepas tu ada majlis perpisahan untuk Part 5 dan Part 6. Dorang buat persembahan dan ada persembahan montaj. Oh ya ~ Sebelum tu, ada video montaj ucapan lecturer untuk budak Part 5 dan Part 6. Kemudian, seperti biasalah ~ ada sessi potong cake :) Hehe :)


Habis sessi potong cake, kitorang, semua Exco Exco Dinner naik ke atas pentas dan Ketua Projek kitorang, Mohamad Raziman Rozali diberi penghargaan untuk bagi sedikit ucapan. Dan aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Hani dan Faiz selaku MC kitorang pada malam itu sebab dorang bagi aku peluang untuk bagi speech jugak :) Eh eh ~ Sape yang ada gambar masa aku bagi speech tu, aku nak boleh? Hehe :)


Then dinner pun berakhir :) Hehe. Masa ni semua orang sibuk bergambar situ sana sini. Kitorang yang Part 3 pun sama jugak lah ~ Tapi sekejap je sebab kitorang ada misi yang lagi penting iaitu mengemas balik dewan! :D


Argh ! Masa ni semua orang bekerja macam lipas kudung sebab dewan nak kena tutup. Tarik kain itu, buang sampah ni, pecah belon tu, gulung karpet tu, angkat meja tu, susun kerusi nie. Haha :D Hampir semua orang buat kerja masingmasing. Masingmasing tahu nak buat apa tanpa perlu disuruh :)




Selepas habis kemas-kemas, kitorang yang perempuan ni pun start sapu carpet dalam DA tue. Nasib baiklah ada orang yang bawak vaccum and akhirnya kitorang vaccum satu DA tue :) Hehe :) Aku pun ada gak tolong vacuum masa last last tu sebab kaki aku sumpah sakit -.- Weyh ~ Nak buat macamana, pakai wedges lepas tu lari ke situ sini, naik tangga lajulaju -.-


Kalau dua orang berdua buat kerja, konfem sampai esok pun tak kan habis. Biasalah ~ Orang tengah bahagia kan? HAHA :D Ala ala comelnya aku tengok dua orang nie :) HAHA :D


Dan seperti biasa, aku dan Wonder Womens aku kalau tak amik gambar sengal-sengal mesti tak kan sah. So kitorang berempat sempat lah amik gambar dan dan menari tengah-tengah DA tu walaupun masa tu semua orang tengah sibuk mengemas -.- HAHA :D


Gandingan kitorang 4 orang ; Faezah Aku Angie and Hani :)
Faezah - Exco Persembahan
Aku - Setiausaha Dinner
Angie - Exco Protokol
Hani - Pengacara Dinner


dan disebabkan itulah kitorang tak ada peluang langsung nak bergambar berempat kecuali masa kitorang dah habis kemas nie :) Ni pun sebab kebetulan Apeng ada dekat dengan kitorang so apalagi, suruhlah die amik gambar kitorang :)

Kemudian dorang semua bergambar kat luar ramairamai tapi aku tak join lah sebab aku tak ada mood and kaki aku sakit masa tu. Rasa tak boleh nak berjalan langsung -.- Aku duduk je tengok kawankawan aku buat kerja dan bergambar. Nak tolong, nak bergambar tapi kaki aku memang tak boleh digunakan langsung masa tue -.-

Ketua Projek kami dengan Exco Decoration :)


Lepas tu semua orang pun beransur ansur balik. Ada yang bawak kereta, bermurah hati nak hanatr kitorang balik kolej. Terima kasih kepada Nasa dan Fifah sebab pelawa aku naik kereta korang tapi aku nak lepak dulu :) Aku akan pastikan aku lah orang terakhir yang tinggalkan DA malam tue dan yess ~ pada pukul 2.30 pagi baru lah aku balik dengan Faiz, Angie, Hani, Faezah dan Nini :)


Tapi tapi tapi ~ Kitorang tak balik bilik terus! Kitorang lepak dekat Karah 16 aka Markas Institut Pemimpin Muda (IPM) dulu sambil minum air yang dibuat oleh Nini :) Dan juga hasil bantuan Angie jugak, kitorang dapat makan Big Apple for free. HAHA :D Nikmat hari raya betul. Eh tetiba -.-


Dalam pukul 4 tu, baru lah kitorang gerak balik bilik dulu. Tu pun sebab Hani Angie dengan Faezah dan juga Apeng dah terbongkang tidur, meninggalkan aku Faiz dengan Nini sahaja yang masih segar matanya untuk berborak. Haha :D


Balik bilik, tukar baju, update blog dengan entry ini then zasssssss tidur! :D


p/s : Will update more about this dinner, later :) So tunggguu ~ Insyallah :)

You May Also Like

2 comments