Kepada Mereka Mereka Yang Memandang Kita Sebelah Mata,

by - Friday, September 09, 2011



Mereka sering berkata itu ini kepada kita. Mereka seolah olah tidak percaya dengan kebolehan kita. Mereka anggap kita masih anak kecil lagi . Mereka rasa mereka boleh mengarahkan apa sahaja kepada kita


Mereka anggap kita ni masih budakbudak yang tidak tahu apa apa dan mengharapkan mereka. Ya ~ Kita memang mengharapkan pertolongan mereka kerana tanpa mereka, kita tak mampu berjalan sejauh ini. Tapi kadangkadang mereka terlalu merendahrendahkan kita


Kami masih belajar. Ya ~ Kami masih mengharapkan tunjuk ajar kamu cuma kadangkadang kamu kena hormatkan perasaan kami. Kami manusia dan bukannya robot. Letakkan diri kamu dalam tempat kami dan rasakan kesakitan yang kami alami


Bukan nak mengutuk dan mengata tapi cuma ingin memperbetulkan keadaan cuma. Kami masih waras dan masih buat kerja kami. Senang dari pihak kamu, senang juga dari pihak kami. Senang bukan? Hanya kerjasama dan kesefahaman yang kami perlukan


Jangan hanya membuat andaian yang bukan bukan. Jangan hanya dengar dari sebelah pihak sahaja. Datang kepada kami dan ceritakan. Dengar penjelasan kami. Dan jangan sekali kali ingat kami ini BODOH kerana kami ada sebab atas apa segala tindakan kami


Bukan nak cari gaduh cuma ingin meluahkan perasaan sahaja apa yang terpendam dalam hati. Kesian kepada kawankawan kami yang terpaksa korbankan segalagalanya demi kamu. Kami tak ingin anugerah, kami tak ingin kamu sanjung kami. Cuma apa yang berlaku kadangkadang menghakis kesabaran kami


Kawankawan, mari kita samasama berganding bahu dan selesaikan apa yang tak selesai lagi. Biarlah apa yang mereka cakapkan, mereka katakan kerana yang penting, KITA. Kita adalah satu dan kita tahu apa yang kita inginkan. Biarlah ~ Jadikan katakata yang masuk ke telinga kita sebagai satu semangat kepada kita untuk buat yang terbaik


Kalau mereka robohkan kamu semua, jangan bimbang. Aku ada untuk kalian. Aku akan berdiri teguh di sini dan takkan sekalikali berpaling lagi setelah apa yang kita lakukan setakat ini :)


You May Also Like

8 comments