Membongkar Rahsia Di Sebalik Tabir Dinner ASCAPS - Corporate Colours :D

by - Thursday, September 15, 2011



Salam. Hari tu aku ada cerita pasal Dinner ASCAPS kan? Hehe :) Dan hari tu kan aku dah janji nak cerita pasal Behind The Scene Dinner ASCAPS kan? Then here it goess! :D Eh eh ~ Gambar banyak tau dalam entry ni so layankan je lah ye :)


HOI ! Jadahnya asyik duk cerita pasal Dinner ASCAPS je ni? Cerita lain tak ada ker?


Eh eh ~ rilex dulu cik abang, cik kakk ~ Aku ni salah seorang organizer untuk Dinner so haruslah aku nak cerita semuanya yang berkaitan dengan Dinner. Lagipun kalau aku tak cerita, mesti aku tak update blog nie kan? So mana satu yang korang nak, cerita pasal Dinner atau aku tak update blog? Muehehehe :p


Eh eh ~ Tajuk entry aku macam gempak je kan? HAHA :D Act tak adalah rahsia sangat cuma benda ni macam jarangjarang je orang tahu kan? So sebab tu lah rahsia. Tapi bila aku dah tulis kat blog nie, tak jadi rahsia dah lah. HAHA :D


Sejak akhir sem lepas, sampai ke saat-saat akhir untuk Dinner, kitorang memang tiaptiap minggu meeting. Ada sahaja benda yang dibangkitkan dan dibincangkan dan ada sahaja benda yang nak diperbaiki sebab banyak sangat idea dari semua orang. Tak cukup dengan tu, kadang-kadang masa dalam kelas pun, masih bercakap pasal Dinner nie. Haha :D

Masa ni dalam beberapa hari lagi nak Dinner. Masa ni, dah tahu dah budget berapa, berapa ramai orang yang datang, kerja dari semua exco-exco pun dah hampir selesai semuanya, tunggu nak buat je. Dan banner pun masa ni baru siap. Hehe :) Tuuu ~ Yang warna warni tu lah banner kitorang :) Credit to Exco Publisiti dan anak buah mereka, Joyah Mentimon aka Faris dan Mimi Jahya :)


Pagi Ahad tu, pukul 8.30 pagi aku dah sampai ke Dewan Aspirasi dan aku merupakan perempuan pertama yang sampai. Haha :D Banggalah sangat? -.- Aku tolong budakbudak laki angkat meja dan susun meja. Then, kitorang baru plan macamana nak muatkan hampir 50 buah meja dalam dewan tue. Pening jugak lah nak buat @_@

Tak lama lepas tu baru lah ramai orang yang datang. Masa ni Exco Decoration dah sampai then kitorang pun tolong dorang pasangkan paper lantern nie atau bahasa kampungnya, tanglung. Lepas dah siap pasang, budakbudak laki pulak yang tolong pasang kat luar pintu dewan tue. Eh eh ~ Jangan hina tau paper lantern kitorang tue sebab paper lantern tu kitorang import dari luar negara tauu ! :D

Budakbudak perempuan yang tolong buat label meja bagi setiap part. Dorang just buat pakai glitter, kertas, paper cup dan plasticine. Act malam sebelum tu, aku dah tolong dorang buat dah tapi setakat pukul 3 pagi je mata aku mampu celik. Lepas tu terus aku tidur -.- Dorang sambung buat sampai pukul 6 pagi. Giler ~ Credit untuk Athirah Alkalily :)

Sebahagian dari budakbudak laki DPA Part 3. Sebenarnya, aku agak tabik spring dengan dorang semua sebab sanggup bangun pagi seawal pukul 8 sebab nak arrangekan pasal meja dan stay sampai petang sebab nak settlekan dewan tue. Kemudian, sampai malam, lepas Dinner, dorang pun sama-sama kemas jugak. Siap angkat gelas pergi masuk dapur lagi. Ada yang vacuum dewan tu dengan awek die. Isk isk ~ Terharu hati mak nakk ~ HAHA :D

Bandband ; We Are Not Politicians dan Konflik Sagu. Masa ni dorang tengah test lagu dan lepaskan lelah sebab baru amik band dari Kelab Kebudayaan. Yang paling best, aku dan main drum set tue. Haha :D Sumpah best sebab aku memang lepas geram dekat drum semua tue. Aku ketuk kuat giler. Tapi sayang, tak ada gambar aku main drum pun -.-

Angkat kerusi, angkat meja. Meja tu sumpah berat -.- Entah berapa kilo entah. Sebab tu boleh nampak kan muka Zul yang tengah macam bengang tu sebab aku sibuk nak bergambar. Haha :D Alaaa sabar lah yer :) Ammar pulak patutlah muka kau happy, angkat satu kerusi je. Budak Darjah 1 pun boleh buat. Haha :D

Faiz (baju hitam) dan Fitri Haris. Faiz, kitorang punya MC malam Dinner tue, tengah buzy nak confirmkan berapa ramai VIP yang datang dan sape yang akan datang. Nasib baik lah Angie dan Ah Seng, Exco Protokol dapat pengesahan dari VIP tu cepatcepat. Credit to both of them! :D

Keadaan dewan dalam pukul 12 tengahari. Masa ni semua orang macam tengah rilex sebab just nak tunggu decoration untuk buat pintu gerbang belon, pasang carpet merah dan set up pinggan mangkuk bagai. Sekejap je rasanya. Yelah ~ ramai yang tolong, so sekejap je lah kerjanya dapat siap :) Yang lampu biru tu, Exco Lighting tengah testing lampu dan spotlight untuk malam tu. Dan hasilnya, spotlight dan lighting memang superbb ! Credit untuk Exco Lighting, Audio and Sound dan anak buah mereka :D

Tak semua meja ada dalam keadaan yang baik. Nasib baik lah abang-abang dan pakcik-pakcik yang kerja bahagian maintanence dan dewan sanggup tolong kitorang pasangkan balik kaki meja nie. And dorang pun ada jugak tolong-tolong kitorang dan bagi semangat dekat kitorang masa nak buat persiapan Dinner nie. Hehe :)

Ni tah dieee ~ jejaka jejaka DPA Part 3 yang sanggup turun padang untuk jayakan Dinner nie. Masa ni dorang tengah rehat lah kot? Entah ~ Aku pun tak tahu. Haha ;D

Hakimi Ariff, Exco Games dan Faezah, Exco Persembahan. Sumpah aku tengok Faezah pening kepala duk deal dengan part part lain untuk persembahan Dinner sebab ada sahaja benda yang berlaku. Kadangkadang aku pulak yang tolong die buat kerja die sikitsikit, tolong bagi idea dan tolong kacau je. Haha :D

Masa ini semua kerja macam dah dibereskan. Maksud aku, separuh dari kerja kerja WAJIB BUAT dah settle, macam lighting, meja, kerusi. Cuma yang tinggal nak hiaskan dewan. Dan masa ni jugak tengah tunggu mic yang sumpah bapak lama nak kena tunggu -.- Nasib baik kitorang dapat buat full rehearsal petang tue :) hehe

Rehearsal lakonan. Masa ni dorang juat amik mood je. Dorang berlakon pun not all out lah sebab just nak biasakan diri dengan atas pentas tue.

Hani, partner MC dengan Faiz. Masa ni sumpah bersungguh sungguh die practise untuk jadi MC malam tue. Dia duk atas pentas sorangsorang lepas tu cakap pun sorangsorang. Aku lalu lalang depan die, sumpah die tak perasan langsung -.-

Amir, anak buah under Exco Protokol. Hehe ;) Sebenarnya kan, aku baru kenal dia masa ni lah -.- Sebelum ni tak pernah kenal pun. Haha ;D Eh eh ~ Walaupun die bawah Exco Protokol, die tetap jugak tolongtolong budakbudak Decoration pumpkan belon. Haha :D

Exco Pendaftaran dan anak buah mereka. Credit untuk dorang sebab berjaya lancarkan proses pendaftaran pelajar yang datang dinner masa tue. Memang semuanya lancar je dan tak ada masalah yang berlaku. VIP pun tak perlu tunggu lama sebab dorang yang cepatkan kemasukkan para pelajar dalam dewan. Tahniah korang ! :D

Sebenarnya kan, masa aku tengah taip entry ni, ketua Exco Pendaftaran, Farah cakap dengan aku "Mai ! Jangan lupa letak gambr kitorang!" -.- Yelah yelah ~ Aku dah letak dah nie. Suka lah tue. Haha :D

Amik kau ~Satu lagi gambar budakbudak Exco Pendaftaran aku letak. Haha ;D Puas hatiiii ~

Exco Publisiti, Mimi Jahya tengah buzy duk callingcalling dengan exco part sebab nak settlekan masalah budak yang tak dapat kad lagi. Act kitorang just bagi kad kepada mereka yang bayar sahaja supaya merekamereka yang bayar sahaja dapat masuk dewan. Hehe ;) Sebab tu ada yang termiss nama die. Tapi lepas tu, alhamdulillah ~ semuanya ok :)

Oklah ~ Sape yang nak kenal dengan Ketua Projek Dinner ASCAPS, ni lah dia ~ Mohamad Raziman bin Rozali aka Gman, berasal dari Temerloh, berumur 21 tahun. Eh ye ker? Lantak lah -.-

Yang ni pulak gambar dorang semua tengah buat bintangbintang kecik untuk diletakkan atas meja students. Tapi end up, tak letak pun sebab dah ada dom, yang tempat letak makanan yang macam Roda Impian tue. Haha :D Macam tu lah ~ Aku tak reti nak buat bintangbintang ni sebab kalau aku buat, bukannya jadi bintang, tapi jadi bulan. Haha :D


Yeahh ~ Sessi pemasangan carpet merah dijalankan! Act sebenarnya kitorang tak dapat carpet merah tau tapi disebabkan kebijaksanaan kawan kitorang, Fadhil Ayie dan Faizal Khalid, Exco Inventori dan Exco Tugas-Tugas Khas, akhirnya kitorang dapat jugak. Mueheheh :)

Bila dah pasang carpet merah ni, haruslah kitorang akan lalu dan pijak atas carpet ni kan? Dan bila kitorang lalu, terdengarlah suara Midin, Runner kitorang dan Ayie yang menjerit "Tak soh lalu lah atas carpet nie!" dan "Weyh! Lalu tepiiii!" Tapi end up, tak da sape pun pedulikan. Haha :D

Ni lah Hamidin Abdul Jalil dan Miss Nadiah, penasihat Dinner kitorang. Dengan Midin lah, aku selalu lepak kat cafe sampai pukul 4 pagi sebab duk buat budget untuk Dinner dan plan macammacam. Nasib baik lah masa tu bulan puasa, so cafe pun bukak sampai lewat malam lah ~

Miss Nadiah pulak, you are superbb ! Bagi idea yang tak pernah aku fikirkan dan support kitorang tak kira dari apa segi pun. Kalau kitorang macam malas buat kerja, dialah yang menggerakkan kitorang. Memang terbaik lah Miss ! :D

Ayie, Exco TugasTugas Khas. Tengok tu ~ punyalah tak dan, sambil tiup belon pun sambil tengok surat dari HEP. Haha ;D Masa ni kitorang baru dapat walkie talkie dan ni lah suratnya dan kitorang bagi dekat Ayie. Sebenarnya kitorang tak dapat walkie talkie sebab pihak HEP cakap, battery kong. Tapi kitorang mintak yang mana yang elok je. Alihalih dapat dalam 4 je. So kira bersyukur sangatsangat sebab dengan 4 walkie talkie ni lah, majlis kitorang berjalan dengan lancar :) Credit to Exco Tugastugas Khas dan anak buah mereka ! :D


Ana, Exco Makanan dan Liza, Exco manamana pun boleh sebab die memang buat semua kerja. Haha :D Masa ni kitorang dah start pasang belon sebab nak buat macam pintu gerbang. Kitorang buat benda ni petang jugak lah sebab kalau buat awalawal kan, belon jadi kempis pulak kang? So buat lewat petang. Ingatkan belon tak cukup, tapi nasih baik semua belon cukupcukup. Hehe :) Credit untuk Exco Decoration, Pkah Pong dan Zura dan anak buah mereka! :D

Serving ~ Masa ni ada masalah sikit dengan budak serving. Tapi lastlast kitorang carry on je dengan apa yang ada. Takpelah ~ Biasalah kalau ada sesuatu event tu, mustahil lah tak ada masalah kan? Credit to Ana dan Ariff, Exco Makanan kita! :D

Harris, ustaz kita dan Zura, Exco Decoration. Masa ni dorang tengah set up kat luar. Dorang buat stage ala-ala macam Grammy Awards tu, siap dengan spotlight sekali. Aku tak tahulah kenapa, tapi aku dapat bau bibit bibit kemesraan je. Haha :D yelah ~ mesra sebagai seorang kawan kan? :)

Suasana kelam kabut dimana semua orang buat kerja dengan secara pantas dan cepat sebab masa ni dah lewat petang dah. Ada yang tiup belon, pasang belon, set up meja kat luar, kemas kan meja dan kerusi. Haha ;D Aku? Masa ni tak silap aku, aku pergi bandar sebab nak pergi amik cake. Hehe :) Aku buat kerja yang senangsenang je. HAHA :D


Sessi pemasangan belon untuk dijadikan pintu gerbang. Hehe :) Memang best lah masa nie sebab semua orang buat kerja yang sama. Tiup belon, ikat belon lepas tu pasang belon. Hehe :) Aku je yang tak buat belon ni sebab aku tak reti nak pasang. Haha ;D

Masa ni kitorang dah start full rehearsal. Alhamdulillah ~ Semuanya berjalan dengan lancar dan ikut apa yang kitorang plan. Miss Nadiah dan Miss Munirah pun berpuas hati dengan apa yang kitorang buat. Memang salute lah dengan Miss Nadiah dan Miss Munirah sebab stay sampai lewat petang sebab nak tengok kitorang buat persiapan dewan tue :)

Dah penat bekerja dari pagi sampai petang, apa lagi ~ rehatlah ! :D


Overall, memang best sangatsangat masa buat persiapan dewan untuk Dinner ni sebab masingmasing tahu kerja apa yang nak dibuat tanpa disuruh. Kau tolong aku, aku tolong kau. Semuanya bagi kerjasama yang baik dan tak ada yang pentingkan diri sendiri, tak kira laki atau perempuan. Yang lelaki pulak, bermurah hati betul bagi kitorang yang perempuan ni pinjam motor sebab nak amik barang-barang dekat kolej atau amik banner atau amik je lah apa-apa pun. Memang aku salute lah dengan korang ! :D



DPA JULY INTAKE 2010 IS THE BEST! :D
sayang koranggg ~ :)

You May Also Like

0 comments