[Film Review] Sinopsis dan Trailer Bini Biniku Gangster

by - Tuesday, September 27, 2011



Salam. Haaaaaaaaaa ~ Hari tu kan aku ada cakap nak buat review filem Bini-Biniku Gangster kan? Disebabkan aku dah malas nak fikir entry apa hari ini nak kena buat, so buat jelah review. Kuikuikui :)


Oklah. Cerita ni mengisahkan Manja (Yana Samsudin) dan Hairi (Shaheizy Sam) pasangan suami isteri yang memang loving habis lah ~ Aku tengok alalaalalalala sweetnya dorang! Sumpah weyh. Sweet giler :)


Tanpa pengetahuan si Hairi, Manja ni sebenarnya ketua kumpulan gangster dan rata-ratanya semua orang kenal dengan Manja tue. Dapat makanan pun free je, tak payah bayar sebab takut dengan Manja ni ataupun lebih dikenali dengan panggilan Kak Yong dari anak buah die


Walaupun dah kahwin 2 tahun, Manja dan Hairi ni tak dikurniakan dengan anak pun sebab apa entah -.- Tak ada rezeki kot? Haha :D So Manja ni dengan rela hatinya bagi Hairi kahwin dengan Reanna (Intan Ladyana) setiausaha suami die kat pejabat. Aku cakap ehh, aku menangis bila part Manja bagi kebenaran kat suami die untuk kahwin sorang lagi. Isk isk ~ Aku faham perasaan tue T.T


Dalam masa yang sama, Manja ni ada masalah dengan musuh ketat die, Min Sam iaitu Geng Kepala Kucing. Dorang selalu jugalah aja aja fighting sesama sendiri. Dan dalam masa yang sama jugak, Manja ni ada masalah dengan Reanna tue. Maybe Manja tu jeles kot? Selalu jugak lah dorang gaduh. Tengahtengah sibuk dorang dalam perang dingin tue, satu hari suami dorang, Hairi tu hilang.


Hah? Lepas tu apa jadi? Pergi tengok sendiri lah! :D Yang pasti cerita ni memang best! :D

Kat sini aku sedikan trailer sekali untuk korang dapat mood sikit nak tengok cerita nie. Hehe :)



Cerita ni ada buat aku ketawa dan menangis. Starting cerita die pun dah kelakar dengan gelagat Mat Saja nie. Haha :D Aku tak kenal lah sape pulak Mat Saja ni sebab aku rasa macam pelakon baru tapi kehadiran die dalam filem ni buat cerita ni lagi kelakar lah :)


Gandingan Yana dengan Sam pulak sumpah superb! Sweet giler lah dorang nie. Yang paling aku suke masa starting cerita nie. "ayang kat mana?" "ayang kat hati anjeee lahh" HAHA :D Sumpah sweet ~ Kawankawan aku pulak sibuk nak praktikkan dengan pakwe masingmasing -.- Untunglah ~ HAHA :D


Overall, dari rating 5 bintang, aku bagi 4 lah ~ Cerita ni memang best. Rugilah kalau tak tengok :) So apa lagi, pergilah tengok di panggung wayang yang berdekatan dengan anda! :D Sokonglah filem tempatan weyhh! :D


You May Also Like

2 comments