Tribute Kepada Penghuni Sebelah Bilik Aku :p

Saturday, October 13, 2012

 

 Assalamualaikum


You've asked me to write something about me in your book. Nahhhhhhhh ~ tak kan lah aku nak tulis? Baik aku tulis pasal kau dengan kawan-kawan kau je :p


Sebelum ni aku tak tahu pun kau ni wujud HAHA :D Okay ayat nak kena lempang sebenarnya nie. Tapi sejak part 3 aku kenal kau sebab masa tu roomate kau datang cari aku dan tanya "Ada ubat gastrik tak?" Malangnya aku tak ada tapi aku ada susu Nespray. So aku bagi je susu tu atleast dapat kurangkan gastrik kau


Tak lama lepas tu kau tag nama aku dekat FB cakap "Terima kasih Mysara Newrie sebab kasi susu Nespray tue". Masa tu aku macam baru sedar "Ohh budak ni rupanyaaa" Tak tahu pulak kau ni sebenarnya kawan dekat FB HAHA :D


Since daripada tue, aku kenal kau dengan geng-geng kau. Tambahan pulak masa tu kita kena organize dinner dan sejak daripada tu, kita jadi rapat sebab kena buat macam-macam benda. The top of the story, masa study week kita semua selalu lepak dalam bilik. After Subuh baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu tidur!


Lepas tu, masa orang lain duk sibuk study, kita semua pulak duk menyetan. HAHA :D Orang lain duk study, kita duk main potong-potong rambut. HAHA :D Orang lain duk study, kita duk main tepung sebab masa tu sambut birthday 'Amzah' If korang ingatlah siapa Amzah yang aku maksudkan nie :p


Dan yang paling best bila entah macamana entah, korang amik gayung air dan curahkan betul-betul depan bilik sebab nak dendam kes tak dapat nak baling tepung HAHA :D Hoiiii giler betul kerja masa tue. Berlari ke situ ke sini, dekat satu level yang licin sebab baru lepas hujan, memang giler -__-

Air Terjun Menderu bersama mereka :)

Lepas tu, masa part 3 dan part 4, kau datang dekat aku dan mintak tolong aku ajarkan LAW 245 and Statistics. Dan masa results kita dah keluar, rasa macam terharu sangat bila kau mesej "Mai terima kasih tau sebab ajarkan orang. Orang dapat A untuk subjek yang Mai ajar" Weeeeeeeeeeeeeee tahniah sayang! :) Err actually tak ingat subjek apa yang dapat A tue :p hehe


Naik part 4, kita semua dah semakin jauh sebab korang semua duduk Kolej Tenggol dan aku pulak duduk dekat Kolej Duyung. Tapi tak peeeeeeeeeee. Yang paling best, masa birthday aku, koranglah orang pertama yang wish birthday aku dan nyanyi ramai-ramai dekat HP HAHA :D Dalam hati aku cakap "Nasib baik aku tak ada dengan korang, kalau tak, mesti aku kena tepung nie" HAHA :D


Tapi aku kena jugak mandi tepung. Bukan sekali, tapi dua kali okayyyyyyyyyyyyyyyyyy mandi tepung? -___-


Naik part 5, kita jadi jiran :) Yeayyyyyyyyyy ~ jadi jiran dan lagilah kita selalu lepak sama-sama. Kadang-kadang kan, duduk sebelah bilik je tapi kita tetap mesej tanya itu ini. HAHA :D "Mai nak makan tak?" padahal sebenarnya boleh je nak datang bilik dan tanya tapi nak jugak mesej kan? Membazir kredit betul -__-


Aku suka tengok kau dengan pakwe kau, macam bukan couple pun. Masing-masing sengal-sengal ubi je :p Korang macam slumber derkkkkkkkkkkkk je.  Yang paling best masa kita lepak bawah lampu after kita pergi bandar dengan pakwe kau. Aku, roomate kau, kau dengan pakwe kau. Yang kita makan dan lepak sampai pukul 1 pagi duk borak-borak. 

Bestfriend awak, awak dan pakwe awakk :)

Sampailah guard datang dan kita bertiga lari macam hapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee balik bilik. Dah lah tangan masa tu penuh dengan barang-barang masa pergi beli dekat Pok Eng Tin HAHA :D Macam orang dah tak betul dah berlari sambil tangan kiri kanan penuh plastik barang HAHA :D


Kepada awak, orang sayang dekat awak sebenarnya :) Awak kawan orang, bukan awak je, semuaaa geng-geng awak pun orang sayang :) Sayang sebab koranglah sahabat aku time susah dan senang. Koranglah tempat orang duk menangis kalau rasa nak menangis even pasal benda bodoh je pun. Koranglah orang yang kadang-kadang pun menangis jugak bila tengok orang menangis :')


Koranglah jugak tempat orang gelak macam setan baru-baru nie. Ingat tak yang masa orang gelak macam orang giler sebab orang duk terbayangkan yang pasal "kacau akar" bukan "kacau daun" tue? HAHA :D Dengan korang-korang sekali, terpaksa pause kan tengok cerita Adam Hawa semata-mata korang pun gelak tengok orang gelak macam orang giler HAHA :D


Lepas ni kan, mesti rindu giler babeng dekat korang semua, awak dan semua geng-geng awak lah! Sebab life dekat kolej ni lah yang merapatkan kita. Kawan-kawan sekelas orang semuaaanyaaa dah duduk luar, so susah sangat nak keluar bersama-sama. Kadang-kadang rasa malu jugak nak hangout dengan korang satu geng tapi buat muka tebal je HAHA :D Yelah sebab korang kan satu kelas, aku ni kelas lain :p

Them <3 :d=":d" td="td">
Gambar atas ni jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee yang satu-satunya yang aku ada yang ada gambar hampir semua geng kau dan terselit gambar aku, Pekjah dan Hani :) Masa ni part 3 kan? Masa Family Day Ascaps? Hehe :) Suka tengok gambar ni sebab macam happening giler tapi sebenarnya, rasa macam sedih jugak sebab tak lama nanti kita akan berpisah jugak :/


Ingat tau, apa-apa pun yang berlaku, orang tetap sayang awak, Ana, Aida, Ema, Shiro, Zalia, Nad, Fa'en, Ecah, Yana dan semuanaaaaaaaaaaaanya! Alangkah berpisah kejap lepas intersession hari tue pun dah rasa sedih, apatah lagi lepas ni, berpisah sebab kita semua dah habis diploma :/

Ana Farah & Mai :)
 Nanti dah kahwin, ajak orang tau! :D


 

You Might Also Like

6 comments