Disahkan! Anda Kena Denggi!

By Mysara Newrie - Wednesday, March 24, 2010


Salam. Di entry ini aku ada cakap kan demam aku bertambah-tambah teruk. Disebabkan aku tak tahan sangat, aku dengan mama pergilah ke hospital.

Selepas amik keterangan aku dan macam-macam soalan yang keluar dari doktor tue, akhirnya die cakap "..Ok. Kita amik darah awak sikit dan kita akan cek darah awak.." Hey, tahu tak perasaan aku masa tue? Huhu

Mula-mula die amik darah kat tangan sebelah kiri aku. Aku betul-betul lega lepas doktor tu dah amik darah aku sebab bermakna aku hanya tunggu keputusan die je lah ~


Tunggu punya tunggu. Then ada sorang misi tu panggil aku, masuk dalam bilik. Aku pun dengan beria-rianya masuk lah ke bilik doktor *Eh jap jap. Tak macam orang sakit pun kan aku ni? Huhu

Aku terus tanya doktor tu macam mana dengan keputusan darah aku tu. Dengan slumbernya doktor tu cakap "..Oh, awak kena amik darah sekali lagi sebab darah tadi dah beku.." Hey, WTFreak betul lah ~ Aku dah tak sanggup dah nak kena cucuk dengan benda besi tajam tue. Huhu

Mula-mula nak amik darah sebelah kanan tapi die kata saluran darah aku kecik sangat. Susah nak amik darah. So die amik dekat pergelangan tangan aku nie. Act bukan kat pergelangan tangan. Kat depan tangan aku nie. Pergh ~ Sakitnya ya allah ~

Hah. Kat situ lah ~ Dan keputusan darah aku ialah 114. Die cakap rendah sangat darah aku nie. Kebiasaannya, orang yang kena denggi, darah die bawah 100. So darah aku tu dikategorikan rendah lah ~

"..Awak datang 23hb pulak. Kita amik darah sekali lagi, nak tengok macam mana. Kalau turun, kita terpaksa tahan awak.." Pergh ~ Ayat die bisa menggugurkan anak tekak aku. Haih ~ Kena cucuk jarum lagi lah nampaknya ~

Act masa Form4 pun aku demam macam ni jugak. Bila pergi cek di hospital, aku suspek denggi jugak. Makanya, maksud kali ini, dah 2 kali aku suspek denggi. So dah terbiasa dengan jarum-jarum yang amik darah aku ni. Huhu. Memang lah dah biasa tapi aku tak biasa dengan kesakitan tue. Huhu


Keesokkan harinya, tangan-tangan aku yang putih melepak nie *ehem ehem putih ker? bertukar menjadi bintik-bintik merah. Act bukannya ada keluar bintink-bintik pun tapi bertukar menjadi merah-merah. Ala-ala humaira macam tue. Yelah ~ Humaira kan maksudnya putih kemerah-merahan. Hehe

Haha. Seram tak? Seram tak? Seram tak?!
Jawab lah ya ~ Hehe

Dan pada 23hb pagi aku pergilah ke hospital. Daftar itu ini. Tunggu ini dan itu. Siap boleh tertdo lagi. Haha. Mengantuk weh ~ Amik darah lagi dan keputusannya ialah 115. Naik satu jer.

Walaubagaimanapun, doktor tu suruh aku datang jugak Khamis nie *iaitu esok untuk cek lagi darah ini. Dia kata aku ni suspek denggi tapi masih under control lagi. Hehe. Nasib baik. Kalau tak, kena tahan wad lah aku nampaknya.

Tengok! Hasil dari makcik yang amik darah aku. Aku perhatikan kerja die senang jer. Amik darah orang jer. Giler ~ Macam drakula pulak aku tengok makcik tue. Haha. By the way, makcik tu amik darah aku ganas sangat lah ~ Sakit tangan aku nie

Selepas amik darah tue, aku ingat nak cabut lah kapas tue. Bila aku buka, rupa-rupanya tengah berdarah lagi. Hish ~ Padanlah aku rasa berdenyut-denyut je tempat kena cucuk tue. Makcik tu ganas sangat kot. Aku rasa die guna jarum yang paling besar lah sebab aku rasa sakit sangat-sangat masa die cucuk tue. Huhu

Makanya ~ Esok aku kena amik darah lagi. Huhu. Macam mana lah dengan keputusan darah aku? Dan macam mana lah rasanya kena amik darah banyak-banyak kali? Tak sanggup dah aku kena amik darah lagi. Huhu

  • Share:

You Might Also Like

13 comments