Seharian Bersama Orang Baru. Amboi ~

Monday, September 26, 2011



Assalamualaikum semua! :D


Yeahhhhhh! Sape cakap final exam tak habis lagi tak boleh nak enjoy? Hey hey hey ~ Mysara Newrie cakap "Mana ada! Time final lah kita lagi semangat nak berenjoy?" Betul tak? Betul tak? Tak betul? -.- Lantoklahhh ~


"Mai, free tak esok?"
"Hah? Bila bila?" *dengan nada teruja yang sangatsangat teruja! -.-
"Esok lahh ~ Free tak?"
"Esok ke? Bila? Bila? Nak pergi mana?" *aku dah agak dah, mesti dorang nak ajak aku pergi jalan-jalan
"Pergi Mesra Mall esok, pukul 12"
"Okayy! KONFEM AKU PERGI!"



Nampak tak keterujaan aku nak pergi berjalan tue? -.- Eh tak nampak ehh? Silap silap. Korang rasa tak betapa TERUJANYA aku nak pergi Mesra Mall


So aku bangun awal pagi, aku pergi basuh baju, sidai baju. Semangat tau nak pergi berjalan. Haha :D Kemudian pukul 2 baru pergi. Sebab Shiro ada kerja nak buat pagi tue. Hehe


Sampaisampai je terus tengok wayang sebab kebetulan ada cerita Bini-biniku Gangster


Sumpah kelakar nak mampus ok cerita nie! Terbaik lahh~ Terbahakbahak aku gelak bila tengok cerita ni. And ada jugak part yang aku menangis. Hehe :) Menangis sebab terharu, sedih dengan Manja tue :) Overall, cerita ni memang best! Sape yang tak tengok lagi, pergilah tengok ye :) Nantilah ~ Ada masa, aku buat review pasal filem nie :)


Lepas tengok wayang, terus makan! Ema tak makan dari pagi tadi katanya. So makanlahh ~ Pakat semua makan sizzling. Haha :D

Tiket wayang kami dan makanan aku. Untung tauu pergi tengok wayang time orang bekerja. Dapat murah! Kitorang dapat RM8 je sebab ada student card. Mueheheh :)

Aku dan Zalia. Eh eh ~ Yang gelas besar tu bukan air aku ehh? Tu air Zalia dengan Farah. Satu gelas RM5. Boleh kongsi 3 orang tahu tak? -.-

Ema dan Shahira aka Shiro :) Dorang lah driving ke MM sebab aku malas nak drive. Muehehe :)

Dan last sekali, Cik Farah kita yang bertanggungjawab untuk mengajak aku pergi MM nie. Haha :D


Lepas makanmakan, kitorang jalan-jalan dalam MM tue. Tengoktengok kasut. Haishh ~ Adalah sepasang kasut blingbling tu. Cantek sangat! Warna kelabu. Sumpah lawa. Nak beli tapi bila tengok RM nya, mata pun terus jadi macam nie -.- lalu dengan kecewanya, terus pergi melangkah keluar


Lagipun kasut tu tak ada saiz aku. Saiz aku 36. Yang ada 37. Yesssssssss! Jimat duit aku! HAHA :D 37 tu pun dah besar dengan aku -.- So tak adalah aku rasa macam rugi kan? Haha :D

Sebelum keluar, haruslah amik gambar dulu kan? :) Masa ini aku memang hangin satu badan sebab tudung aku ada masalah sikit -.- Lepas tu pergi masuk Chameleon. Rasa macam nak beli cincin satu, cincin yang ala-ala vintage. Tapi tak ada yang cantik.


Ada satu cincin tu, lawa giler. Berlingkar-lingkar macam tali so bila pakai kat jari, nampak lah cincin tu kan? Tapi masalahnya, ada pulak kepala naga dengan kepala ular duk tersembur keluar kat cincin tue -.-


Bila dah tak beli apa-apa, so amik je lah gambar -.-

I'm maybe nerd but I'm glamor than you. Fuhh ~ Statement! HAHA :D

Anak buah aku. Dorang pun dah ikut aku pakai spek blingbling tue. Haha :D Tapi dorang beli cincin, aku dengan Farah je yang beli kepit rambut. Dan haruslah kepit rambut aku warna merah. Baru nampak kalau pakai. Muahaha :D

Kepit rambut aku yang baruuu! Suka kaler die sebab warna merah dan kain die pulak, kain baldu :) Farah pun beli satu gak cuma lain corak dan warna ungu tak silap aku

Bergambar lagi. Bila dah agak puas hati, kitorang pergi kedai buku, Popular pulak! Haha :D Amik gambar kat sana pulak -.- Maroh lah tokey kedai kalau semua customer dorang macam kitorang. Masuk kedai sebab nak amik gambar je -.- Haha :D

Semangat sungguh aku nak cari novel masa nie. Haha :D Weyhhhhhh ~ Aku memang nak beli novel tadi sebab dah lama giler aku tak baca novel dan beli novel. Lagipun tak kan pergi MM tak beli pape, ye dok? Haha :D


Okaylah ~ Aku ada masalah sikit kalau nak beli novel sebab tiap kali aku beli novel, mesti novel tu tak best -.- Dan aku rasa macam dah malas nak beli sebab nanti aku rasa tak berbaloi. Baik aku pinjam dengan membermeber je. Haha :D


So end up, aku tak beli. So bila tak beli, apa lagi, bergambar lah kami! Haha :D

Mengada ngada sungguh ~ Tajuk novel sorangsorang tak boleh blahh -.- Haha :D End up, Ema je yang beli novel, tajuk Tuan Rumah Pembantu Rumah. Aku nak beli gak tadi tapi bila Ema dah beli, aku tak jadi beli lah ~ Pinjam je lah dengan dia. Haha :D

"Dengan ini, saya wajibkan semua budak DPA beli buku ini sebagai rujukan kita pada masa depan. Insyallah ~ berjayalah kita pada masa yang akan datang" Bapok tebal buku nie -.-


Lepas tu pergi TMC jap, beli barang dan pergi surau, sembahyang. Lepas tu, terjumpalah dengan Fiqah Othman and the geng. Dorang pun pergi jugak MM. Haha :D Padahal sebelum pergi MM tu, kitorang duk ejekejek dorang sebab tak dapat keluar macam kitorang. Haha :D


Sekali, terjumpa lah derrrrrrrrrrr -.- Borakborak kejap. Bising kejap surau tu dengan kitorang.

Aku dengan Azie VMP. Weyh ~ VMP tu apa weyh? -.- HAHA :D


Lepas tu kan kan kan, demi aku yang tengah gian nak karaoke, dorang semua cakap "Jom Mai. Kita pergi karokk. Demi kauu. Nak buat kau happy"


Isk isk isk ~ Terharu mak nakkk T.T Thank you kawankawan! Thank you adikadik ku sekalian!

Amik kauuuu ~ 10 lagu aku nyanyi straight! Haha :D Semua jenis lagu aku nyanyi. Paling best, masa aku nyanyi lagu Akan Ku Tunggu dari Candy tue. Lagu tu memang aku all out lah nyanyi. Haha :D


Mostly lagu yang aku nyanyi tadi, lagu yang sama je yang pernah aku nyanyi sebelumsebelum nie. Lagu CT, Meet Uncle Hussin, Sarah -.- Sebab aku tak nak bazirkan masa pilih lagu sebab nak kejar masa pergi hantar kereta lagi kan?

Mereka mereka pun nyanyi jugakkk! Mulamula tak nak tauu. Tapi bila aku nak tambah lagu, masingmasing nakk. Haha :D Kelakar pulakk rasanya :) BTW terima kasih sangat korang sebab sanggup teman aku pergi nyanyi tadi. haha :D


Kemudian, beli Big Apple, Secret Recipe dan terus balik. Sebenarnya kalau ikut plan, aku akan terus shoot ke McDonalds Dungun ni hah untuk overnite dengan kawankawan sekelas aku untuk study Costing.


Tapi entahlah ~ Masingmasing macam malas je and kebetulan hujan pulak, lastlast cancel je -.- Sedih aku. Aku ni dah siapsiap tauu bawak buku Costing, past year dengan calculator tapi tak jadi. Nampaknya overnite dekat bilik study je lah -.-

BTW terima kasih korang sebab ajak aku pergi hangout dengan korang. Ni 1st time kita hangout sesama kan? Haha :D Sebab tu aku letak 'orang baru' dekat tajuk entry. Haha :D


Aik aik aik ~ jangan fikir bukanbukan ehh? -.- Tumbuk kang. HAHA :D

You Might Also Like

6 comments