Hati Gelisah & Otak Buntu Kerana Memikirkan Tentang Sesuatu

by - Saturday, October 29, 2011



Assalamualaikum

Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku rasa aku dah amik keputusan. Entahlah ~ Keputusan apa pun aku tak tahu. Cuma esok aku kena buat beberapa panggilan dan that's it! Tengok macamana. Aku ingat nak call malam ni terus tapi kredit pulak macam tak mencukupi


Kadang-kadang aku buat salah dalam hidup. Aku buat keputusan itu dan ini dengan tanggapan aku akan okay, aku akan suka. Tapi bila dah last-last macam nie, aku macam baru sedar, aku tak boleh


Jujurlah aku cakap, aku tak boleh terikat dengan sesuatu. Kau kena buat tu! Kau kena buat ni! Oh no no ~ That's totally not me. Aku suke bebas. Aku suka buat sesuatu bila aku ada kerelaan diri. Aku tak suke aku dah ditetapkan dengan kena buat itu ini


Kalau aku dah ditetapkan buat itu ini, aku akan tak ada mood habis. Aku akan macam err ~ adoi susah nak cakap. Yess ~ Aku memang suka bebas tapi dalam keadaan yang terbatas lah :) Bukannya sebebas-bebasnya. Uish ~ Sisih 44 malaikat


Kalau aku ikut sesuatu tu tanpa kerelaan diri aku, samada aku akan terus enjoy dan happy atau aku akan murung dan mula memberontak dalam diam. Tu lah aku. Entah lah ~ Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Normal ke kalau rasa macam nie?


Ye ~ Aku mengaku aku pemalu pada mulanya tapi lama-lama tu aku akan okay kalau aku tengok orang tu okay dengan aku. Tapi kadang-kadang kalau orang tu macam meminggirkan aku, gelak sama-sama dan aku yang macam terpinggir, aku rasa baik aku undur diri. Aku akan jadi sangat-sangat down kalau aku berada dengan orang-orang yang macam nie


Aku seorang yang sangat-sangat berfikir positif ataupun memujuk diri sendiri kalau ada perkara yang menyinggung perasaan aku cuma bila dah banyak kali macam nie, aku rasa macam aku pun sedih gak. Entahlah ~


Lepas habis dinner, aku baru perasan sesuatu. Aku suka bekerja yang melibatkan orang, yang kena handle itu ini, yang berkomunikasi dengan orang, yang menguruskan sesuatu. Masa tu memang aku penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat. Balik bilik je, gedebunggg terus terbongkang atas katil tapi sebenarnya aku enjoy. Mungkin sebab aku minat


Aku suka bercerita, buat orang faham dan orang ikut apa yang kita dah tetapkan. Orang tanya kita, macam mana nak buat itu ini, aku enjoy dengan benda-benda yang macam nie. Pergi ke hulur ke hilir semata-mata nak dapatkan tandatangan dan cop. Aku sangat-sangat enjoy dengan perkara-perkara tue. Memanglah penat, tension tapi entahlah ~ rasa macam best gak :)


Aku tak tau apa yang aku nak buat sekarang nie. Perlu teruskan atau tak? Perlu disuarakan hal ini atau tak? Aku cakap "aku nak buat itu ini" tapi hati aku sebenarnya menjerit "TIDAKK!" Hati aku berat untuk mengiyakan semuanya


Hari ini dah 29 Oct. Esok 30 Oct. Aku tak tahu nak cakap macamana. Samada aku boleh teruskan ataupun tidak. Samada aku boleh pergi atau pun tidak. Samada aku akan terus mengalah tanpa mencuba dulu ataupun tutup mata dan anggap sahaja tiada apa-apa. Jujur aku cakap, aku berasa rendah diri sangat dalam kalangan mereka yang hebat itu. Dan jujur aku cakap, hati aku berat mengatakan tidak -.-


Aku? Apalah yang ada pada aku? Cuma sekeping hati yang hmm ~ dah banyak kali dijahit dan akhirnya menjadi kebal



p/s : Ya Allah ~ berikanlah aku petunjuk. Aminnn ~

You May Also Like

0 comments