[Tips Blogging] The Do & The Donts!

by - Friday, October 21, 2011


Assalamualaikum


Sementara aku tengah cuti nie, aku ada banyak jugak blogwalking ke blog-blog yang singgah ke blog aku. Fuyooooooooooooo ~ ramai sungguh blogger-blogger baru yang. Bagus bagus :) Itu menunjukkan yang dunia blog ni bukan asing lagi dalam dunia Internet nie. Amboi ~ ayat nak lebih. HAHA :D


However (kalau masa dalam kelas, bunyi je perkataan HOWEVER dari lecturer, mesti hati rasa berdebar-debar sebab mesti ada benda yang tak best nak kena announce -.-) ada jugak certain things yang aku memang tak cukup berkenan dan aku rasa aku nak cakaplah sikit kan? Demi kejayaan korang jugak :)



  • Ejaan tu kasi penuh dan betul boleh tak?
Mostly yang blogger baru ni masih terikut-ikut lagi dengan bahasa SMS yang kita selalu tulis kan? Contohnya macam "Aq xg sek ari nie sbb aq sket pert" Oh tidak ~ tidak ~ jangan buat macam tu ye adik-adik sekalian! Sebab apa? Bukannya semua faham apa yang korang nak sampaikan

Dunia blogger ni ada macam-macam orang yang ada lapisan umur. Kalau blogger-blogger yang baya aku, kalau baca, maybe boleh faham. Kalau blogger yang bukan baya aku, kan naya tue sebab konfem konfem lah dorang tak faham

Tapi aku rasa baik tak payah tulis lah ~ BAIK TULIS PENUH DAN BETUL IKUT STANDARD BAHASA MALAYSIA ATAU BAHASA KITA BERCAKAP. Itu lagi bagus. Orang baca pun senang, orang baca pun happy, kau pun bahagia tengok followers bertambah :)

Kau kena ingat, dunia blogger ni ada macam-macam jenis peringkat umur. So untuk mudahkan semua orang, eja dan tulis dengan betul dan penuh!



  • Widget yang serabut
Yang ni tolong amik kisah ehh? Widget yang banyak maybe dapat cantikkan blog korang tapi plisss ~ kadang-kadang ada jugak yang menyerabutkan otak dan blog korang akan jadi berat. Bila blog berat, nanti orang pun malas nak tunggu sebab asyik nak kena reload je -.-

So tolong letakkan widget yang korang rasa perlu dan penting sahaja. Sebab kalau korang main letak je, susah lah nak bukak blog korang nanti dan orang pun tak nak datang dah blog korang. Tak best lah kan macam tue kan?



  • Muzik yang tak boleh nak pause
Jujurlah aku cakap, aku selalu dengar lagu. So bila aku bukak blog yang ada muzik, perghhh ~ sakit jiwa aku dibuatnya sebab dua muzik bergabung. Memang terus aku cabut earphone and nak tengok blog sape lah yang ada muzik tak boleh nak pause tue -.-

Orang datang blog kau sebab nak baca cerita kau. Bukan nak dengar muzik. Kalau dorang nak dengar muzik, dorang dah pergi YouTube, bukan blog kita ni haaaa. So plissssss jangan letak muzik yang tak ada pause atau yang lagi BAGUSSSSSSS kalau tak ada muzik langsung. Hoyeahh! Blog tanpa muzik! :D


  • Shoutmix yang entah dimana letaknya
Aku ada masalah dengan nak cari shoutmix yang tersorok, yang kena cari dulu baru muncul, yang kena tekan itu ini baru keluar, yang tetiba muncul dari bawah. Kalau line broadband aku ni macam Streamyx takpelah jugak. Awakk, line saya slow tauu ~ So saya macam malas sangat-sangat nak reload blog awak banyak kali semata-mata nak cari shoutmix

Plissssssss ~ cari shoutmix yang mesra pengguna, yang tak menyusahkan orang. Kalau nak letak shoutmix, letak je macam yang aku buat, gantung die kat tepi. Sebab kalau shoutmix yang jenis tiba-tiba muncul tu, kalau line laju, terkeluar lah die. Tapi kalau line slow, puas lah aku duk tekan mouse aku ni kasi shoutmix tu keluar T___T



  • Warna dan tulisan blog tu, pilih yang sesuai ehh?
Warna blog juga memainkan peranan yang penting. Pilih warna yang sedap mata nak membaca. Bukannya warna yang terang-terang macam warna kuning ke, aduyaii ~ sakit matalah nak baca. Lepas tu kalau tulisan pulak, plisss tulisan yang senang nak difahami. Bukan tulisan yang terlalu kreatif sampai orang nak baca pun susah -.-



  • Perenggan dalam entry
Yang ni tolong take note. Jangan syok sangat nak menulis sampai perenggan pula lupa nak buat. Atleast biar ada perenggan dalam entry tu, baru lah tak letih orang nak baca. Biar ada banyak perenggan, asalkan orang habis baca.

Pernah sekali tu lah ~ aku try baca satu entry tue. Mak oii ~ panjang nya, dah lah tak ada perenggan. Last-last sekali aku tak baca -.- Lagipun bila buat perenggan, atleast nampak kemas sikit :) Plusssssssss, kalau korang rajin, letak lah satu dua gambar, barulah hati yang panas jadi sejukk :)



  • Tolong Justify Full bukan Align Center
Entry yang korang taip tu, plisss kasi Justufy Full so kasi kemas sikit entry korang tu. Orang nak baca pun senang dan happy je :) Jangan lah buat align center sebab macam susah sikit orang nak baca. Jujurlah ~ Aku kalau nampak entry yang justify full terus rasa macam nak baca. Haha :D


Aku rasa yang tu jelah yang aku mampu nak tulis :) Aku mintak maaf ye kalau ada yang terasa sebab aku bercakap ni secara general je, tak ada nak merujuk kepada sape-sape. Terpulanglah korang nak ikut ke tak tapi ni sebenarnya untuk kebaikkan blog korang jugak :)


Ingat satu je dalam fikiran, senangkan pembaca yang datang dalam blog korang, bukan menyusahkan mereka :D


You May Also Like

8 comments