[Topik] Manusia Tak Pernah Puas

by - Monday, October 31, 2011


Assalamualaikum



Ok fineeeeeeeeeeeeee! Konfem lah aku kena lepas ni sebab post gambar bukan-bukan kat sini. HAHA :D Weyhh ~ Tu bukan maksud aku okay?


Terjumpa gambar ni masa aku tengah buzy bertumblring. Well ~ Mula-mula aku tengok "arghh ~ gambar seksiiii!" tapi bila aku tengok lama-lama, aku tahu ada maksud di sebalik sekeping gambar tue :)


Betullah orang cakap kan 'picture do the talk'


Gambar kat atas ni just nak bagitahu yang manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Well ~ In this case, manusia tak pernah puas dengan apa yang ada pada badan mereka -.-


Badan dah perfect, hidung dah mancung, senyuman dah manis eh eh ~ boleh pulak dah nak complain itu ini? -.- Bila duduk depan cermin je kan, sah sah lah ~ mulut mesti nak cakap


"Perut aku buncit lah"
"Paha aku besar lah ~ "
"Alamakk ~ Dah double chin lahh"


Haaaaaaa ~ Menda lagi? Tu baru yang basic je okay? Kalau yang dah sampai ke tahap yang mendalam, habis semua benda kat badan nak complain itu ini -.- Kadang-kadang aku yang mendengar pun naik menyampah gakk dan bila keadaaan dah macam nie kan, aku dengan slumbernya akan cakap


"Bersyukurlah dengan apa yang ada weyhh!"


ataupun aku akan pergi jauh-jauh. Well ~ Sekali sekala tu takpelah jugakkan tapi kalau dah 24 hours duk cakap benda yang sama, aku rasa aku dah boleh kot hafal skrip yagn orang tu nak cakap -.-


Aku selalu jugak tengok-tengok gambar orang yang buat operation nak buat itu ini. Muka asal lagi comel dan cantik dari muka selepas pembedahan. Sebab aku rasa pembedahan adalah bukannya jalan untuk merealisasikan impian kita


Let say lah ~ Kau gemok dan complain. Then kau buat pembedahan. Aku pernah tengok gambar orang yang buat sedut lemak tue. Ya Allah ~ Lemak yang dah disedut tu aku tengok dah macam bubur nasi dah tapi versinya lain iaitu warna kuning campur merah


Sedut lemak bukannya sedut lemak semata-mata tapi ianya termasuklah menyedut darah kau keluar dari badan. Tu yang tengok dari gambar pembedahan tu lah. So korang bayangkan, kalau dah sedut lemak satu badan, berapa banyak dah darah kau hilang? Ye ye ~ Aku tau darah tu boleh diganti semula sebenarnya. HAHA :D *aku bukan budak medic so kalau salah tolong betulkan eyhh?*


So in a way kau nak kurus, kau pergilah exercise ke kan? Tak pun kurangkan makan nasi. Eh eh ~ Cakap pasal nasi kan, aku rasa aku dah kurenggggggggggg sikit kot makan nasi sejak duk rumah nie. HAHA :D


Okay berbalik kepada gambar yang aku letak kat atas tue, sebenarnya aku faham perempuan tu sebenarnya nak buat pembedahan dan die nak badan die ikut sebijik macam barbie doll -.-


Tengoklah sekecik mana die nak pinggang die, badan die, muka die, leher die. Habis semua nak tiru barbie doll. Ok meh sini aku nak bagitahu, barbie doll ialah patung buatan manusia dan haruslah patung tu nampak cantik sebab die nak lariskan syarikat die


Dan kita adalah manusia dimana kejadian kita adalah semulajadi dan semuanya adalah kekuasaan Allah swt. Apa yang kita ada pada badan kita semuanya adalah pemberian Allah swt dan kita sebagai hambaNya hendaklah bersyukur dengan apa yang ada


Entahlah ~ aku tak tahu nak cakap apa lagi sebab kadang-kadang manusia itu tak pernah puas dengan apa yang dia ada

You May Also Like

6 comments