Kepada Mereka Yang Sedang Putus Cinta

By Mysara Newrie - Monday, October 03, 2011



Assalamualaikum :)


Cuti gap yang aku ada ni, aku banyak spendkan dengan kawankawan. Dan dah 3 malam berturut-turut aku pergi makan dekat Gadung, belakang UiTM Dungun tue. Act dah lamaaaaa giler aku tak kuar pergi Gadung malam-malam. Last sekali, masa Part 1. Sekarang dah Part 3. See?


Malam ni, tengok Season 2 How I Met Your Mother. Yeay ~ Aku dah memang minat giler-giler tengok cerita tue. Tak boleh nak stop -.- Its been like my new addiction to me for now. Dan bila tengok cerita tu, buat aku sedar banyak perkara tentang kehidupan kita nie


Tipulah aku cakap kalau korang tak pernah rasa apa 'nikmat'nya putus cinta tu kan? Menurut kajian aku lah kan, dalam 10 orang yang aku kenal, dalam 9 orang akan pernah rasa 'nikmat' putus cinta tue. See? Semua orang pernah rasa benda yang sama


Pernah tak rasa kita masih mengharapkan ornag yang sama, orang yang pernah buat kita menangis, orang yang pernah buat hati kita hancur untuk datang balik kepada kita dan mulakan semuanya sekali lagi? Pernah kan?


Sebab apa? Sebab hati kita masih sayang dekat die. Kita masih dalam bayangan die, kenangan dan memori dengan die. Sebab tu kita masih mengharapkan orang yagn sama untuk datang kepada kita. Kita tak pernah nak bukak hati kita untuk orang lain sebab kita cakap "..aku dah tutup hati aku.."


Pleaseeeeeeeee ~ Aku tahu semua orang akan rasa macam nie. Sebab aku pun manusia macam korang, pernah rasa macam korang rasa. Tak kan lepaskan orang yang pernah buat jiwa dan dada kita kosong.



Tapi fikir secara logik. Dia dah buat kau kecewa, dia dah buat kau menangis sampai bengkak-bengkak mata kau, dia dah buat kau rasa macam ada lubang besar dalam dada kau dan yang paling menyakitkan, dia dah tinggalkan kau dan kau tahu dia tak kan datang bailk dalam hidup kau. Dan yess ~ Kau masih nak harapkan die lagi?


Life must go on dude :) Perjalanan hidup kita ni masih panjang dan masih banyak lagi benda-benda, perkara-perkara dan orang-orang yang bakal kita jumpa. Jangan jadi bodoh kerana cinta. Bangun dan pandang ke depan. Lupakan masa silam, masa lepas yang pahit dan mulakan perjalanan hidup kau yang baru.



Aku tak cakap lah yang kau tak boleh langsung nak rasa sedih bila putus cinta cuma biarlah berpada-pada. Ni ada yang bunuh diri, terjun bangunan, apa kes? Ya Allah ~ Bawak mengucap. Allah swt bagi kita nyawa dan kehidupan ni secara percuma tanpa bayaran pun. So gunakan lah sebaik-baiknya dan jangan sia-siakan macam tue sahaja. Bak kata orang lama, mati katak -.-


Kalau kau dah putus dengan orang tu dan orang tu datang balik dengan kau, itu bermakna dia adalah jodoh kau. Tapi kalau tak, just forget about her/him. Jangan terikat dengan kata-kata "..aku tak boleh lupakan die", "..hati aku untuk die..", "..dia adalah satu-satunya untuk aku.." Bak kata member aku "..kepala HOT kauu.." Mana kau tahu dia adalah satu-satunya untuk kau? -.-


Kepada mereka-mereka yang sedang dalam proses membaiki hati, kuatkan hati anda. Lupakan semua perkara yang lepas. Pandang masa depan. Tak kan lah kau nak masa depan kau rosak disebabkan hal-hal cinta macam nie kan? :)


Pergi keluar dengan kawan-kawan. Habiskan masa dengan dorang dan gelak bersama dengan dorang. Jangan duduk sorangsorang sebab kalau tak, korang lagi akan teringat dekat die. Buat something yang keluar dari comfort zone korang. Jangan asyik nak terperuk dalam bilik je. Bahaya :)


Dan yang paling penting, mohon Allah swt kuatkan hati korang, mintak tolong dengan Dia agar tabahkan hati korang. Allah Maha Mendengar, Insyallah ~ Korang akan jadi okay lepas nie, cuma cepat atau lambat je


Aku harap apa yang aku cakap ni, dapat sedarkan korang betapa kehidupan ini masih panjang dan perjalanan kita masih jauh lagi dan tak sepatutnya kita tersekat dan menangisi sesuatu dan secara tak langsung, perjalanan kehidupan kita yang sebenarnya indah dan cantik, menjadi sesuatu yang hambar dan pudar disebabkan cinta


Ingat, life must be go on. You should move on. Forget about the past but remember how it taught you. Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan-kawan dan orang terdekat. Jauhkan diri dari benda-benda yang boleh teringatkan kau tentang dia. It will make you hurt more.


Tips dari aku. Menangislah sepuas-puasnya. Ingat balik semua kenangan kau dengan dia. Semua janji-janji, hadiah dan semua perkara yang korang pernah buat bersama dan bila dah puas menangis, cakap dalam hati "..aku lepaskan kau pergi.." dan cakap macam tu sampailah kau dah tak ingat dekat die. Insyallah ~ Ianya berkesan sebab itu yang aku buat dahulu :')




p/s : Sedih sebab Marshall dengan Lily dah berpisah masa last episod Season 1 dalam How I Met Your Mother Y.Y

  • Share:

You Might Also Like

6 comments