[Search]

About Me

INSTAGRAM : MYSARANEWRIE

[klik it]

Home Ads


Friday, September 30, 2011

[Review] How I Met Your Mother Series - A Love Story In Reverse



Assalamulaikum :)


Hari ini aku bangun lewat sikit sebab malam tadi aku tidur lewat. Haha :) Thanks to Aida and Farah lah yang sudi berbual dan bergelak ketawa dengan aku ni :)


Sejak final exam start, aku didedahkan dengan siri How I Meet Your Mother series. LOL ~ Its like been ages since the series played at the TV! Haha :) yeah ~ aku tahu. Cuma sekarang ni aku baru tahu cerita dia

How I Meet Your Mother series ni menceritakan Ted Mosby pada tahun 2030 bercerita kepada anak-anak die tentang macamana die boleh terjumpa dengan mak dorang. So Kiranya, cerita ni flashback lah, cerita dalam cerita. Gituuuuuuuuu ~ :)

Ted Mosby yang dilakonkan oleh Josh Radnor


Bila Ted ni bercerita, die imbas balik kenangan dan peristiwa yang dia lalui pada tahun 2005 lebih kurang macma tue kepada anak-anak die. Dalam usaha nak cari pasangan hidup dia ketika itu, die ditemani dengan tiga orang kawan baik dia, Marshall Ericksen, Lily Aldrin dan Barney Stinson. Oh ya ~ Lily dengan Marshall ini baru bertunang dalam cerita ni dan dorang dah couple selama 9 tahun. Perghh ~

Marshall Eriksen yang dilakonkan oleh Jason Segel

Lily Aldrian yang dilakonkan oleh Alyson Hannigan

Ted jatuh cinta dengan Robin Scherbatsky dan mula nak start in a relationship dengan die lah. Tapi Robin tak nak sebab dia rasa lebih baik dorang berkawan. Kebetulan pulak si Robin ni pembaca berita yang baru nak naik dan itu merupakan salah satu faktor kenapa Robin nak kawan je dulu Ted

So cerita ni pun mengisahkan tentang macam mana Ted dengan bantuan kawankawan die mencari pasangan hidup die. So dalam proses nak mencari tu, macam-macamlah perkara yang berlaku. Macamana dorang selesaikan masalah kawankawan dorang yang break up, dorang sambut New Year. Setiap episod tu, ada sahaja benda atau perkara yang berlaku.

Robin Scherbatsky yang dilakonkan oleh Cobie Smulders

Cerita ni kelakar tau. Sumpah 1st time aku tengok, aku dah tergelak dah sebab gaya dorang memang spontan giler. Tak silap aku, cerita ni pernah menang kat Emmy Awards dan cerita ni terima rating yang tinggi lah jugak. Cerita ni lebih kepada arah santai dan rilexx lah. Tak heavy mana. Cuma kadangkadang kelakar die tu, kau kena cepat pick up sikit


Cerita ni ada banyak season. Dah ada sampai Season 7. Tapi yang dalam laptop aku hanyalah ada sampai Season 3. Muehehe ~ Takpelah. Asalkan dapat tengok kan? :) Tapi serius cakap, cerita ni memang kelakar. Nanti cuti sem ni, aku rasa aku nak pergi beli hardisk lah satu. Hehe. Boleh download dan simpan movie banyak-banyak! :D


Dalam banyak-banyak karakter, aku palinggggggggggg suke dengan Barney Stinson yang dilakonkan oleh Neil Patrcik Harris. Sumpah die memang kelakar lah ~ Antara ayat yang die selalu sebut adalah "This gonna be legendary!" dan aku pun dah selalu cakap macam tue. Haha :) Act ada banyak lagi lah benda yang kelakar dan bodoh yang Barney ni buat tapi kalau nak tahu, tengoklah sendiri :)

Barney Stinson yang dilakonkan oleh Neil Patrick Harris


Tapi watak Barney buat aku sedar yang dalam kehidupan ni, kita memang perlukan seseorang yang gilergiler, yang jenis slumber, berani dan dalam masa yang sama ada ketika kita perlukan sebab tak mustahil dalam kehidupan ni, pasti ada benda yang akan buat kita sedih. Dengan hadirnya orang-orang yang macam Barney nie akan menceriakan kehidupan kita


Apa-apa pun, sape yang belum tengok, tengok lah cerita nie. Aku berani bagi rating 3.5 dari 5. Best lah :) Dan kepada yang dah tengok, meh lah ~ Kita tengok sama-sama kat Restoran Mamak pukul 2 petang esok. Haha :D


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]

recent posts