Hati Ini Masih Sakit

By Mysara Newrie - Thursday, July 21, 2011



Salam. Hari ini cuaca mendung sahaja, sama sahaja dengan perasaan aku. Maaflah ~ Kadang-kadang bila rasa mendung itu dalam diri aku, terus aku akan diam seribu bahasa


Sunyi. Sepi. Seorang. Pernah rasa tak? Selalunya perasaan macam itu akan sering berlaku bila kita ditinggalkan. Orang yang paling kita sayang dah tak ada. Tak ada tempat untuk kita berkongsi cerita. Atau lebih tepat lagi, pemilik hati kita sudah tiada


Jujurlah aku cakap. Sebenarnya aku masih lagi merawat lagi luka yang masih berdarah lagi ni. Luka dalam hati. Siapa yang nampak kan? Aku mengambil masa untuk melupakan semua ini. Sakitnya tak tertanggung lagi


Hati aku masih sakit. Jiwa aku masih parah. Berikanlah aku masa untuk lupakan semua ini. Pertemuan kau dan aku mungkin menjadi satu pengajaran kepada aku dan juga kau. Aku belajar banyak perkara bila dengan kau


Selepas ini, aku tak kan menyayangi lebih dari diri aku sayang diri aku sendiri. Salah aku sendiri barangkali yang terlalu mencintai, memberi hati aku sepenuhnya sehingga satu hari semuanya hancur berkecai, ibarat kaca yang jatuh ke lantai


Bila perasaan itu datang, hati kita akan kembali hancur, macam mana ia mula-mula jatuh. Ya Allah ~ macam yang pernah aku cakap sebelum ini, ibarat ada lubang yang besar ditebuk, ditembak tepat ke dalam hati. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu


Airmata tak kan pernah berhenti mengalir. Fikiran ini akan terus bermain wayang cerita yang sama. Macam mana hendak aku katakan aku benci sedangkan ianya sentiasa bermain di dalam fikiran, berlaku di depan mata dan orang-orang di sekeliling yang sering sahaja membuatkan aku masih teringat akan kau?


p/s : Hari ini, 21 Julai 2011, genap 3 purnama kau dan aku membawa haluan masing-masing

  • Share:

You Might Also Like

13 comments