Allah Murahkan Rezeki. Alhamdulillah ~

by - Monday, June 21, 2010



Salam. Yeah ~ Hari ini aku rasa macam agak happy jugak dah beli SEMUA kelengkapan aku untuk masuk ke universiti hari Sabtu nie. Hehe ;D Bahagia taw tak? Rasa lega sikit ~


Dan yang buat aku senyum lebar sampai ke telinga adalah aku dah dapat dah duit Yayasan Terengganu (YT) tu ! RM750 ! Cash weh ! Sapa die tak bahagia kan? Haha ;D Alhamdulillah ~ Dapat jugak duit tu sebelum masuk universiti. Hehe ;D


Yayasan Terengganu, andalah yang terbaik di seluruh Malaysia ! Hidup Terengganu !



Tu lah ~ Untung taw lahir di Terengganu nie. Kalau akademik bagus, pihak YT akan bagi ganjaran dekat kita. Kawan aku dapat laptop free tahun lepas dari YT. Kiranya, Terengganu ni memang pentingkan pendidikan. Soooooooo kalau lepas ni, korang lahirkan anak korang di Terengganu ok? Haha :D


Ok lah ~ Aku dah beli dah semuanya dan bila hitung-hitung balik, habis dalam RM 492 jer. Hebat tak? Hurm ~ Kira oklah tue. Tu pun aku dah short listkan barang-barang yang perlu sahaja.


Aku ingat aku nak masukkan duit YT tu dalam bank. Tadi pun aku dah guna RM 150 sebab beli baju kurung. Hehe :D Kebetulan pulak hari ini, butik baju kurung tu buat sale dan hari ini dah last day. Haha :D Rezeki ~ Alhamdulillah ~ Nasib baik sempat beli baju kurung yang sangat cantik dengan harga yang sangat murah ! :D


Masa tengah beli-beli barang, jumpa pulak dengan Papa iaitu pak saudara aku dengan sepupu-sepupu aku yang tengah shopping barang-barang untuk ke universiti. Apa lagi, bisinglah satu Mydin tu dengan suara kitorang. Haha ;D


Dan alhamdulillah ~ Tiba-tiba Papa ajak kitorang semua makan kat KFC petang tadi. Haih ~ Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari :D Betul tak? Hehe

Pendek kata, hari ini aku rasa gembira sebab Allah murahkan rezeki aku sekeluarga hari ini. Alhamdulillah ~ :D


p/s : Maaf. Gambar tak ada. Mana dan nak amik gambar guna kamera =.=" HP aku tak ada kamera dah T____T

You May Also Like

14 comments