Mengemas & Membeli

by - Friday, June 25, 2010



Salam. Wua ~ Semalam macam sibuk sikit buat persiapan terakhir. Bila ingat dah beres semua benda, tetiba kawan satu kos mesej "Mai, tahu tak pasal Setem Hasil kena beli 2 keping yang berharga RM10 sekeping?" Aku rasa macam "Heh?" =.="


Terus buka laman web permohonan PTPTN dan baca semua benda tue. Ok ok ~ Terus turun tangga tanya "Mama ! Setem Hasil kena beli jugak bla bla bla" Dan mak aku lagi best "Owh ~ Beli kat Maybank lah ~ Tapi esok bank tutup" Shiiiaauuuuu ~ =.="


Dan Mieza pulak tetiba mesej cakap Setem Hasil tu beli dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Aku dah bingung macam apa dan bila cakap dekat mak aku, mak aku cakap "Oh ya ~ Mama terlupa. Bangunan LHDN tu sebenarnya letak sebelah Maybank. Mama silap" Hailoh =.=" Huru-hara aku dengan Ana dan Mieza pasal Setem Hasil tue


Ok anak-anak. Setem Hasil tu korang kena dapatkan jika permohonan PTPTN diluluskan. Memandangkan permohonan itu akan diluluskan pada 8 Julai depan, maka tak pelah kalau tak ingat beli lagi. Hehe :p


WEH INI BARU INTRO TAW ! BAWAH INI BARU CERITA SEBENAR ! HAHA ;D


Awal pagi semalam, dalam pukul 1 lebih, aku terpaksa merajinkan diri aku untuk mengemaskan baki-baki dan sisa-sisa baju yang aku tak kemas lagi. Macam bosan tapi nasib baik Cik Ciki comel teman aku. Haha ;D


Tapi tertiba aku terEMO macam babun bila die cerita pasal something dan terus stop mengemas sekejap sambil layan lagu Menjaga Hati. Haha :D Lagu tu buat aku teringat dekat Saman sebab die buat calleringtone lagu tue. Hailoh =.=" Kenangan ~


Ini almari baju saya. Baju banyak tapi semua tak muat sebab badan saya dah naik macam kueh pau. Abaikan yang barisan kat bawah tu sebab kat situ lah selalunya menjadi sasaran untuk baling baju-baju yang tak nak pakai. Haha :D


Weh ~ Ini baru separuh. Sebab separuh lagi aku dah bawak keluar dah. Baju-baju kurung aku letak tempat lain. Huhu. Baju kurung macam licin lah ~ Susah nak lipat bagi elok-elok T____T

Tuuuuuuuuu dia ! Bapak melongok-longok baju yang aku nak bawak. Haha ;D Ya Allah ~ Banyaknya baju. Adik aku cakap "Orang nak pergi Mekah pun tak bawak banyak baju macam mu" Yelah =.=" Orang pergi Mekah pergi beribadat


Lepas dah longgok-longgok macam ini, tetiba rasa menyesal sebab sebenarnya semua baju tu dah siap berlipat tapi sahaja longgok-longgok macam ini sebab nak amik gambar dan tunjukkan kat korang semua yang aku rajin =.=" Tak patut tak patut ~ :D


Makaaanyaaaaaaa terpaksalah aku lipat semula baju aku tue. Ya Allah ~ Rasa nak patah pinggang ini duk melipat baju-baju tu sampai ada orang cakap "Aku pergi futsal steady lagi taw. Kau baru lipat baju dah sakit pinggang" =.=" Yelah yelah ~


Dah siap bahagian baju-baju, baju kurung pulak duk melambai-lambai ke aku. Heh? Macam seram jer ~ Haha :D


Baju kurung aku tak banyaklah. Macam mana nie weh?! Tak kan nak pakai kain batik pergi kuliah kot? Giler ~ Haha :D Pecah rekod UiTM student pergi kuliah pakai kain batik sebab tak ada baju kurung =.="


Psst ~ Tengok dekat lappy aku tu. Nampak tak ada aku tengah chat? Haha :D Aku tengah chat dengan Ciki lah masa nie. Die teman aku kot. Haha ;D Even masa aku tengah tulis entry ini pun, aku tengah YM dengan dia. Haha :D


Dan sessi mengemas baju aku berakhir pada pukul 4.30 pagi. Giler ~ Lama nak mampus ! Haha :D Lantak lah ~ Lepas tu terus tertidur depan laptop dengan lampu terbuka. Lepas tu mak aku pulak kejutkan aku pagi tadi, ajak pergi keluar. Yelah ~ Kebetulan aku ada kerja nak buat


Pergi bayar bil Astro, print borang PTPTN, beli calculator untuk Sheila, pergi stesen bas sebab nak cari T-Shirt putih lengan panjang, cuci gambar, jumpa dengan Cikgu, pergi beli kettle baru, pergi kedai gunting rambut, pergi makan dan lepas tu baruuuuuuuuu pergi rumah Tok Da. Haha :D Banyak betul kerja =.="


Drum roll pleaseeeee ! Weh aku nak habaq mai nie sat ! Ni hah aku punya water heater aku ! Haha :D Bapak murah weh tokey Cina tu bagi dekat aku. Dari RM79 turun ke RM55. Haha ;D Well ~ Hidup kena pandai tawar-menawar kan? Hehe :D


Act tokey tu dah kenal dah dengan mak aku. Sebab kitorang memang regular customer kat kedai die. Hehe ;D Lepas tu Cikgu pulak datang kat aku sambil serahkan balik HP aku sebab aku tertinggal HP aku dalam kereta Cikgu. Aku memang cuai =.="


Errr ~ Tu je kot aku nak cerita. Hehe :D


Ciki send gambar ini dekat YM bila aku cakap aku lapar =.=" Makin lapar adalah ~ Tapi apa-apa pun, aku hargai niat murni kau yang nak happykan aku ! :D

You May Also Like

16 comments