Award Yang Meminta Bantuan Anda

by - Thursday, June 10, 2010



Salam. Hari ini aku dapat 3 award. Terima kasih sebab bermurah hati bagi award dekat aku :D



Yang ini dari Cik Adik Manis, Lilo :D


Yang ini dari Akak Diea :D Thanx ! :D


Dan yang ini award yang buat aku terfikir sejenak tentang kehidupan kita di atas muka bumi ini :)

Budak ini namanya Airen Nurain bt Nazemir atau lebih dikenali dengan Ain. Berumur 3 tahun. Kesian budak nie sebab dia mengalami masalah kesihatan


BANTUAN MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN RAWATAN DIALISIS CCPD

Pada 13hb April 2010, adik Ain telah dirujuk dari Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang. Pada waktu itu adik Ain memerlukan bantuan pernafasan dan juga rawatan haemodialysis (cuci darah). Keputusan darah menunjukkan bukti darah adik Ain kotor didalam tahap merbahaya dan perlu di cuci dengan segera.

Adik Ain telah dikeluarkan dari ICU Hospital Selayang selepas 4 hari dan telah menjalani rawatan haemodialysis selama 4 minggu tetapi buah pinggangnya masih belum pulih.

Pengambilan tisu daripada daripada buah pinggang awal bulan Mei menyatakan bahawa kerosakan ini kekal dan tidak mempunyai peluang cerah untuk pulih.

Keputusan telah dibuat untuk mendapatkan rawatan dialysis dalam bentuk CCPD. CCPD bermaksud kaedah mencuci melalui peritoneal dialysis tetapi ia perlu dijalankan pada waktu tidur selama 8 hingga 10 jam sehari. Kaedah CCPD ini memerlukan mesin cycler yang disewa dan penukaran tiubing pada setiap malam.

Kaedah haemodialisis pula membebankan keluarga kepada Encik Nazemir. Jika kaedah ini dilakukan maka, perbelanjaan ulang alik dari Klang ke Hospital Selayang memerlukan lagi satu kos tambahan.

Pakar yang merawat adik Ain menyarankan agar kaedah CCPD lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil seperti Ain, berumur 3 tahun dan beratnya sekitar 12 kg sahaja.

Kenyataan diatas aku ambil daripada surat rasmi pakar yang merawat adik Ain iaitu dari
Dr Wan Jazilah Wan Ismail

No pendaftaran penuh : 27343
Ketua Jabatan Pediatrik & Pakar Perunding Buah Pinggang Kanak-kanak
Hospital Selayang
Lebuhraya Kepong Selayang
Batu Caves 68100 Selangor.
email : wanjazilah@selayanghospital.gov.my


konklusi kepada artikel penting ini.

1) Keluarga adik ain memerlukan bantuan kewangan untuk bayaran kos CCPD
2) Surat-surat rayuan telah dihantar kepada beberapa agensi.jawapan dalam proses
3) Dokumentasi surat rasmi/masuk wad/sebutharga dll yang berkaitan ada banyak.
4) Mohon yang bermurah hati menolong meringankan beban keluarga ini.
5) Mohon blogger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan.


Hubungi bapa adik Ain :
En Nazemir 012 620 7010 untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun Bank Sslam beliau. 120100 2463 6941


Ya Allah ~ Kau selamatkanlah adik kecil ini agar die dapat meneruskan kehidupannya di atas muka bumi ini. Berikanlah die peluang untuk senyum dan ketawa riang. Ya Allah ~ Kau tanamkan sifat kesabaran dan tabah dalam diri keluarga ini. Amin ~

You May Also Like

4 comments