Apa Yang Berlaku Semasa Dalam Perjalanan Saya Dari KK-KL-KT?

by - Saturday, June 12, 2010



Assalamualaikum semua !

Hai hai hai ! Aku dah kembali ke tempat asal aku iaitu Kuala Terengganu ! Alhamdulillah ~ Aku selamat sampai ke destinasi. Haih =.=" Sepanjang perjalanan aku dari Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kuala Terengganu macam-macam perkara berlaku. Aku nak cerita lah nie ! :D Teruja ni ! Haha ;D

Siyes weh ! Malam sebelum bertolak aku memang tak boleh nak tidur langsung. Aku masuk tidur dalam pukul 3 lebih yang aku rasakan itu adalah waktu tidur aku paling awal =.=" Bergolek-golek atas katil tapi tak boleh tidur

Awas ~ Cerita ini sangat panjang dan dipenuhi dengan gambar-gambar mengarut :)
Harap maklum


Pukul 6.30 ayah aku kejutkan. Hurm ~ Mandi-mandi dan pergi makan pagi kat kedai mamak. Aku order maggi goreng. Ya Allah ~ Banyak giler minyak yang die gunakan untuk goreng maggi goreng tu sampaikan aku angkat maggi goreng aku tue, menitik-nitik minyak. Euwww ~


Tiket kapal terbang aku. Budak belakang 3 orang tu adalah budak sukan yang wakil negeri Sabah untuk pergi main SUKMA di Melaka. Hailoh =.=" Jangan cakap korang tak tahu SUKMA dah start sebab asyik dengan World Cup ok? Aku cepuukkkkkkkk kang ! ;D

Duduk dalam airport. Salam peluk cium dengan ayah. Bubye kat dia. Masuk dalam kapal terbang. Memandangkan aku dengan mak aku je, seat yang ketiga seorang lelaki Cina yang duduk seat tue.

Aku tahulah kau tu orang hebat tapi janganlah macam nak berlagak. Haha ;D Aku tengok die tu, dari mula penerbangan sampai nak landing, asyik baca surat khabar jer. Yang aku hairan nya, asyik tengok kat bahagian saham. Haha :D Kau tak pening kepala ke tengok tulisan kecik dalam kapal terbang? =.="

By the way, nasi lemak MAS sedap ! Haha :D Nasi lemak dengan sambal udang, ada kacang panjang rebus dan telur rebus. Ada KitKat dengan buah tembikai. Haih ~ Kenyangnya aku ! :D Lepas makan apa lagi, tidur lah ~ Haha ;D


Pemandangan dari tingkap tempat aku duduk tue. Masa ini belum bertolak lagi. Masa tayar kapal terbang dah terangkat dari bumi Sabah, wua ~ Sebak dada aku ni weh ! Agaknya bila lah aku nak datang Sabah lagi lepas nie. Huhu T___T

Sampai di KLIA, amik bas pergi KL Sentral. Masa ini lah ada abang India yang angkat beg aku lepas tu pemegang beg tu tercabut dari beg. Hailoh =.=" Aku tahu lah beg aku tu berat tapi kalau dah pemegang tu tercabut, macam mana aku nak bawak beg tue?


Seeeeeeeeee? Nampak tak ada garisan warna merah kat tangan aku tue? Itulah hadiah dari beg aku tue. Wua ~ Semasa entry ini ditaip pun, tangan aku ni masih bengkak lagi. Sakit sangat-sangat. Nak makan nasi pakai tangan pun pedih sebab mulut aku terkena luka tu. Huhu :(

Amik teksi pergi Hentian Putra, letak beg dan terus chow ke Midvalley Megamall. Aku dah muakkkkkkk dah pergi Mid sampai guard kat Mid tu pun dah kenal aku. Ok tipu :D Terus masuk Metrojaya dan menolong mak aku survey handbang baru die =.=" Ada sale weh !


Lokasi seterunya adalah ke MPH Bookstore. Yeah ~ Tujuan aku adalah untuk bertanyakan pasal novel Lagenda Budak Setan. Act aku dah baca dah buku tu masa Form 4 tapi yang library sekolah punya. Memandangkan aku dah beli buku Katerina dan Kasyah-Lagenda Berakhir di Kinokuniya di KLCC, apa salahnya aku beli buku LBS. Buat koleksi :D

Hampa hati aku bila tak ada stok. Makaaaa aku pergi ke Customer Service di MPH dan mintak tolong dorang savekan satu buku untuk aku :D Yeah ~ Dorang cakap, bila dah ada stok buku LBS, dorang akan call aku. Yahoooo ! Thanx Kak Amani. Akak ni baik, friendly dan comel taw ~ :D Suke die :)


Lepas tu apa lagi makang ! :D Act aku dengan mak aku nak pergi Laksa Shack taw ~ Sekali lagi frust menonggeng sebab Laksa Shack kat Mid dah tutup dah ~ Grrrrr ~ Nak marah ni sebab aku dah jatuh cinta dengan Laksa Johor die. Pergh ~ Sedap weh !

Last-last kitorang pergi Food Court Mid. Aku order Chicken Chop Rice kat kedai HotSizzling. Dulu-dulu sedap taw tapi sekarang ini dah tak sedap dah =.=" Masa ini jugak Azrul call aku, cakap nak jumpa kat Mid sebab kebetulan dia ada kat KL. Deen, ex-jiran aku kat Besut call aku ajak jumpa kat Mid. Suke aku nak jumpa dua makhluk nie :D Dah lama tak jumpa weh !

Last-last janji tinggal janji. Dua-dua cakap tak boleh datang. Ngok lah ! Bagi harapan tinggi kepada gadis ni T____T Sedih aku.


Kau tengok baik-baik mamat India 3 orang nie. Haha :D Masa aku tengah baru nak makan Chicken Chop Rice tue, sekali mamat India yang baju belang-belang kelabu tue, datang serbu aku. Hoi ! Terkejut aku taw tak !

Kau tahu dia tanya apa kat aku? Dia tanya "Kak, mana akak beli nasi ni?" Bodoh punya mamat. Kot ye pun bagilah salam dulu ker ~ Eh eh tak ingat dia orang India. Mana bagi salam. Haha ;D

Aku pun tunjuk kedai kat depan aku sebab kebetulan aku makan kat betul-betul kedai HotSizzling tue. Lepas tu dia tanya lagi "Apa nama makanan ni kak?" Aku jawab "Chicken Chop Rice"

Lepas tu dia cakap "Terima kasih kak" sambil senyum-senyum. Lepas tu dia panggil geng-geng dia dalam bahasa India. Lepas tu dorang pakat order makanan yang sama dengan aku. Haha ;D Lawak giler masa tue :) Mak aku pun gelak sama jugak. Haha :D

Jalan-jalan sekejap di Mid. Singgah sekejap kat Tropicana Life. Hehe :p Beli baju kemeja satu untuk adik aku dan beg satu. Hehe ;D Comel weh beg tu ! Murah giler ~ Aku nak gambar aiskrim cair tapi tak ada yang baru. Last-last aku amik gambar haiwan yang comel + ganas :D

Mamat yang serve aku dengan mak aku kat Tropicana Life tu baik sangat-sangat. Dah lah tingggiiiii ! Lepas tu siap berborak-borak kejap dengan aku. Siap tukar no IC lagi taw. Ok tipu. Haha ;D


Duk lepak-lepak kat Hentian Putra dalam 3 jam lebih ! Pergh ~ Asal Hentian Putra panas hah? Benci aku. Aku makan jagung rebus ni sebab bau die sungguh mengancam. Haha ;D Seeeeeeeee? Jam kuning, baju kuning dan jagung kuning.

Menurut kajian, kalau kita tengah bersedih, pakai baju atau apa-apa sahaja yang warna kuning sebab warna kuning mampu gembirakan kita. Betul ke? Hurm ~ -.-


Amik kau ! Dah nama asal Terengganu, keropok memang tak boleh dipisahkan lah ! Haha ;D Belum sampai Terengganu lagi, aku dah kebas keropok ni dalam bas dengan mak aku. Haha ;D Wah ~ Nikmatnya dapat makan keropok weh !

Kepada Saudara Cyber/Acapz, jealous tak sebab saya dapat makan keropok dulu? Haha ;D Nanti nak pergi Teluk Ketapang, makan ICT pulak ! ICT-ikan celup tepung lah ~ =.="


Hah ! Inilah beg yang aku cakap telah mencederakan aku. Geram aku. Beg ini langsung tak berkhdimat kepada negara aku. Benci aku. Dah lah beg ini besar, berat pulak tue. Oklah ~ Berat tu sebab macam-macam aku letak dalam beg ini.

Kau nak apa dalam beg ini? Kamera? HP? Cadar? Selimut? Tuala? Kasut? Selipar? Sijil-sijil sekolah? Charger HP dan kamera? X-ray? Buku? Novel? Semuaaaaaaaaaaa ada wa cakap lu :D


Pandangan atas dari beg aku tue. Ok tengok betul-betul. Tempat tarik beg ini dah tercabut masa aku angkat dengan mak aku. Semuanya salah Abang India kat KL Sentral tu lah ~ Kalau tak, tak adalah jadi macam ini taw ~

Pemegang beg ni dah tercabut. Tempat tarik beg pun dah cabut. Nasib baik ada roda die. Aku pun ikatlah beg ni dengan tali laptop aku tu kan? Masa aku nak test tarik sekali tercabut lah tempat aku ikat beg ni. Dan tak semena-menanya, beg aku ni pun golek-golek di khalayak ramai di Hentian Putra

Dah tergolek-golek jatuh dengan bunyi yang boleh tahan kuat, haruslah semua orang tengok kan? Mula-mula aku macam blank sekejap sambil pandang mak aku. Lepas tu aku terus gelak-gelak macam orang gila kat Hentian Putra tu. Haha :D Aku rasa comel je beg tu tergolek-golek. Macam bawak diri jerrrr ~ Haha ;D

Naik bus. Sejuk lah aircond bas tue. Masa aku pergi tidur kat Gunung Kinabalu tak ada lah sejuk macam nie. Haih =.=" Selamat sampai Kuala Terengganu pukul 4.30 pagi tadi. Laju giler pak cik tu bawak tapi pak cik tu baik sebab tolong angkat beg tue :D

Balik-balik aku bukannya tidur terus ! Aku layan TV dulu lepas tu aku tidur depan TV jer ;D Bangun pukul 11.30 :D

p/s : Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abang-abang dan pak cik-pak cik yang tolong aku angkat beg ini. Mintak maaf lah sebab dah menyusahkan korang semua :)

Terharu betul bila pak cik yang bawak bas tu cakap "Baguslah awak sebab boleh angkat beg berat macam ini. Kalau perempuan lain, dah tak boleh dah"

Well ~ you know me :D Haha

You May Also Like

12 comments