Sessi Mengemas & Membuang

by - Thursday, June 17, 2010



Salam. Haih ~ Mintak maaf banyak-banyak sekiranya ramai yang mintak tutorial itu dan ini tapi aku tak buat lagi. Aku bukannya apa. Buzy sikitlah lately ni. Dah lah dengan Demam FIFA World Cup lagi kan? Jadi badan aku ni macam penat sikit =.=" Tapi tak boleh nak tidur. Huhu


Minggu depan nak masuk U dah. Siyes weh ~ Aku macam blurr giler sebab tak tahu barang apa yang perlu dibawa dan tak perlu dibawa. Makanya, aku decide aku nak kemas-kemas dulu dan listkan apakah barang-barangnya. Banyak kerja betul lah =.="


Biasalah ~ Kalau dah kemas-kemas, mesti kita akan terjumpa barang-barang lama. Serta-merta proses mengemas kita akan mengambil masa yang panjang sebab sambil-sambil kemas, kita akan belek satu-satu benda lama yang kita baru jumpa sebab macam perasaan teruja tu menular dalam diri. Haha :D


Kita
Aku kemas dulu kotak jewellery aku. Weh ~ Bukan barang-barang kemas ok? Just rantai dan gelang-gelang yang aku simpan dari dulu-dulu lagi. Hehe :D Subang dan anting-anting ada banyak giler tapi bila pakai, telinga jadi gatal. Benci =.="


Bila dah simpan lama-lama, makanya mestilah anting-anting dan subang itu akan tercabut dari tempat simpan die tu. Maka aku pun amik seletep (abaikan ejaan die) untuk mengelakkan dari pasangan anting-anting itu berpisah. Berjaya ! :D


Gambar-gambar semasa di Sester dan Tengku Mahmud. Weh ~ Mana boleh bawa laptop masa asrama sekolah? Tapi masuk U ni boleh lah ~ Hehe :D Lagi satu, kalau cuci gambar dan tengok gambar-gambar ini, mesti kita akan ingat diorang selalu dan buat kita rindu. Haha :D


Gambar yang 2 orang perempuan dan sorang lelaki tu gambar yang paling aku sayang. Itu adalah kali terakhir aku jumpa dengan diorang masa hujung tahun 2008. Kebetulan masa tu ada BBQ. Hehe :D Makan free aku taw ~ Yang perempuan tu Azreen aka Wiwin dan yang lelaki tu Tengku Adzim, anak kerabat Diraja Besut. Ok tipuuuu ~ Haha :D


Amik kau ! Dulu aku guna Hotlink dan sekarang ini guna Celcom. Tapi sejak ada phone number budak-budak coursemate aku, aku rasa aku nak guna Hotlink pulak. Haha ;D Kejam ~ Eh best ke pakai Youth Club?


Dulu pakai kad besar macam ini. Entahlah ~ Aku tak tahu kenapa aku pergi kumpul kad-kad topup macam ini padahal mana boleh guna lagi dah lepas tu =.=" Saje je nak buat semak rumah. Haha :D


Nah ~ Tiket wayang pun aku buat koleksi jugak. Haha ;D Siyes weh ~ Sejak 1st time aku tengok wayang sampai lah sekarang, aku TAK pernah pun buang tiket wayang =.=" Aku rasa itu kenangan dan menandakan aku pernah tengok cerita nie. BTW ini sebahagian dari tiket wayang je ok? Ada lagi tapi Cik Ti (kus) dah makan. Haha ;D


Bila aku tengok wayang tu, mesti aku teringat dengan sapa aku pernah tengok. Dengan mak aku ker, dengan ayah aku ker, dengan kazen aku ker. Tapi yang pasti dengan kawan-kawan tak pernah lagi ok? =.="


Cuba tengok ~ Sume bilik tayangan nombor 1 dan 11 kan? Haha ;D Yeah ~ Betul tu ! Sejak aku tengok wayang filem Cicakman sampai sekarang, aku asyik dapat bilik tayangan nombor 1 dan 11 jer, tak kira di GSC Mid ker, GSC 1Borneo ker ~ Hehe ;D


Tuuuuuuu dia ! Ini semua beg-beg aku. Sekarang baru sedar kenapa mak aku macam tak berapa nak bagi bila aku mintak beli beg. Beg aku dah ada banyak lah weh ~ Aku baru sedar. Haha :D


Semua beg ini aku beli merata-rata tempat. Kat Kota Kinabalu, KL, Penang, Besut, Kuala Terengganu. Malah beg yang free bila beli barang kemas pun ada jugak ! Haha ;D Terbaik weh !


Aku memang suka beg. Sekian ~ :D


Hehe. Diary aku masa dulu-dulu :') Gembira aku bila dapat jumpa balik diari nie. Hehe ;D


Eh eh ~ Yang muka depan diari ini aku buat sendiri taw ! Letih aku duk gam satu-satu huruf tu. Dah lah aku ni cerewet sikit bab-bab menghias ini. Terbongkok-bongkok aku duk gam benda ini. Mak aku ingatkan aku tekun belajar tapi rupa-rupanya duk buat benda alah nie =.="


Bila aku baca-baca balik, aku tersengih dan tersenyum sorang. Ayat aku masa tu tak boleh blah betul! Haha ;D Macam kanak-kanak tadika padahal masa aku tulis ini aku dah naik Form 4 dah. Tapi tak habislah aku tulis. Setakat bulan puasa je. Haha :D Tak cukup setahunlah kiranya ~


Naik Form 5 aku guna diari ini. Diari ini memang kenangan nostalgia aku sebab aku berjaya tulis dari 1st day aku sekolah sampai last day aku sekolah iaitu hari last SPM. Kebanyakkan isinya berkisar pasal kehidupan aku kat sekolah. Macam-macam betul kejadian yang berlaku. Haha :D


Bila dah guna diari kecik ini, memang semangat betul nak tulis itu ini tapi ruang untuk satu hari kecik jer. Kau tengok gambar atas tu. Macam-macam aku tulis sampai penuh dah satu muka tue. Masa Form 4 guna diari yang besar, malas pulak nak tulis. Haha ;D


Aku akan simpan diari ini sampai bila-bila sebab benda inilah yang menghubungkan aku dengan Sester :')


Yeah ~ Dah siap kemas bahagian ini. Ok. Bahagian ini SAHAJA ok? Haha :D Banyaknya kerja nak kena buat. Bahagian ini sahaja dah 2 plastik sampah. Giler ~ Banyaknya sampah aku duk simpan =.="


Tadi kemas-kemas baju sikit. Aku just kemas baju kurung, cadar, sarung bantal, selimut dengan tuala je dulu. Esok-esok aku nak habiskan bahagian baju pulak. Lepas tu nak kemas bahagian alat tulis. Banyak kertas nak kena buang ini =.="

You May Also Like

17 comments