Kenduri Doa Selamat :)

by - Sunday, June 06, 2010


Salam. Malam Jumaat baru-baru ini ada kenduri doa selamat untuk aku sempena kemasukkan aku ke universiti. Alah ~ Kenduri kecik-kecik jer. Tetiba jadi malu bila ada orang ucap-ucap tahniah dekat saya sebab masuk universiti. Hehe :p

Sembahyang Maghrib dekat surau disusuli dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Wua ! Sepanjang aku ada kat surau tu, aku asyik teringat dekat Surau Sester jer ~ Aku rindu nak baca Yassin ramai-ramai, rindu nak dengar kawan-kawan aku imamkan solat, rindu nak baca al-Quran sama-sama. Huhu T___T Boleh dikatakan rindu dengan suasana kat Surau Sester

Lepas sembahyang Isyak, berkumpul ramai-ramai. Ya Allah ~ Memang bisinglah masa tu sebab suara budak-budak duk berlari situ sana sini sambil menjerit-jerit. Dah lah rumah tu bergema sikit. Adoi lah ~ Bingit telinga doeee tapi aku rasa meriah sangat-sangat ! :D Rasa macam Hari Raya pun ada jugak sebab semua orang lelaki pakai Baju Melayu. Haha ;D


Mula-mula makan dulu. Self service jer ~ Makan nasi beriani. Oklah jugak ~ Lepas tu acara potong cake sempena Hari Jadi Anak-anak dan Pegawai-pegawai tempat kerja ayah aku dari bulan Januari sehingga ke bulan Mei. Alah cake coklat jer ~ Sedap weh ! Haha ;D

Lepas makan-makan cake tue, ada bagi-bagi hadiah pulak. Haih ~ Part ini memang aku tak puas hati sebab aku lahir bulan Januari tapi apa sal aku tak dapat hadiah? Walaweh ~ Memang tak patut lah. Huhu. Sayu je hati aku ini bila tengok budak-budak lain dapat hadiah tapi aku tak dapat. Huhu


Yang aku geram pulak, dan dan dan pulak dorang bukak hadiah depan aku, berlagak macam apa entah sebab dapat hadiah. WTHantu betul lah ~ Apa-apa pun terpaksa lah bersabar yer. Haha ;D

Kemudian ada sambutan Mothers Day pulak. Haha ;D Baru boleh sambut sebab nak buat semua majlis dalam satu malam jer. Anak-anak bawak cupcakes yang diletakkan lilin dan mula mencari emak masing-masing dalam gelap. Haha ;D


Turn aku paling kelakar giler. Dah dekat dah nak sampai dengan mak aku tapi baru nak hulur cupcakes tu, tetiba api kat lilin tu padam sebab kena aircond. Hantu betul lah ! Pakat semua duk gelak-gelak dekat aku. Untuk menyelamatkan keadaan, aku pergi amik api dekat cupcakes orang lain dan bagi balik dekat mak aku. Haha ;D

Dah sudah semua makan-makan, tibalah masa untuk mengemas-ngemas. Aku mengaku aku tak tolong sikit-sikit jer. Haha ;D Sebab apa? Sebab aku banyak mengacau budak-budak jer yang tengah duk berebut belon, duk bergaduh pasal belon, duk main kejar-kejar. Haha :D Super comel betul dorang semua ini :)


Budak ini BUKAN adik aku ok? Tengok muka budak ni betul-betul. Haha ;D Sebab apa? Budak ini mulut tak boleh blah betul. Masa aku tengah tengok karoke lagu Siti Nurhaliza sorang-sorang, aku dah perasaan dah die ni duk berlari-lari ke arah aku. Aku wat derk je lah ~ Sekali die keluarkan satu perkataan yang bikin hati gua jadi PANAS!!!

Sambil die hulurkan hadiah die, dia cakap "..Mak cik, mak cik.." Sueyyy betul lah ~ Ada ke patut die panggil aku MAKCIK? Hailoh =.=" Aku dah suruh die panggil aku KAKAK tapi die tetap panggil aku makcik T___T Apa-apa pun aku redha je lah ~ Haha ;D


Budak ini pulak nama dia Syafiqah. Hehe :) Comel taw budak ni sebab asyik lari situ sana sini. Dah tak tahan sangat tengok dia, aku pun rogol amik dia dan main-main dengan die. Ya Allah ~ Budak ni sumpah comel lah ~ Haha ;D

Bila aku tanya itu ini, die cakap cetcetcetcet tapi aku tak faham langsung. Haha ;D Tapi masa die cakap-cakap tu, memang comel giler muka die. Ada sekali tu, die tengah main-main, lepas tu belon die kena amik dengan orang lain. Then die lari-lari ke arah aku sambil peluk aku dan nangis-nangis. Argh ~ Aku dah jatuh cinta betul dengan budak nie. Haha ;D


Budak ni apa entah nama die tapi orang panggil die Belle. Haha ;D Budak ni comel weh ~ Tapi time die menjerit, Ya Allah ~ Boleh cair tahi telinga kau taw ~ Aku saje-saje amik belon die sekali die menjerit. Haha ;D Aku memang sukaaaaaa sangat-sangat dengan budak-budak yang menangis bila aku usik die. Haha ;D Sebab masa tu aku tengok dorang comel giler-giler.

Masa Belle dengan Syafiqah duk berebut kan belon, aku amik belon yang dorang nak tu. Apa lagi, dua-dua nangis sambil menjerit. Mak-mak semua dah kerumun dekat Syafiqah dengan Belle, tanya kenapa dorang nangis. Haha ;D Aku pulak, dah lari pecut masuk ke dapur. Haha ;D


Apa-apa pun, aku have fun betul malam tue. Hehe :) Aku rasa macam kitorang duduk sini dah macam adik beradik dah. Yelah ~ Family duk jauh, lepas tu jarang-jarang je balik. Susah senang, kat sini je lah ~ Best giler ~ :)

Yang paling best ialah bila ada orang cakap "..Pandai Sara layan budak-budak.." Haha ;D Untuk pengetahuan korang, aku suke dengan budak-budak. Haha ;D Naluri keibuan kot? KAH KAH KAH ! Lambattt lagi weehhhhhhhhh ~ :D

You May Also Like

6 comments