Salam. Haih ~ Asyik bagi tutorial jer. Cerita pasal blog jer. Habis tu bila nak cerita pasal aku? Bila? Bila?! Haha ;D Emo kejap =.="
Hari ini memang aku penat giler. Macam biasa aku tak boleh tidur. Pukul 8 pagi baru boleh tidur dan aku terus tidur tidur dan tidur sampai pukul 2 lebih macam tue. Tu pun sebab mak aku kejutkan sebab nak pergi Yayasan Terengganu (YT)
Benci aku =.=" Aku akan dapat duit YT tu lepas aku masuk UiTM sebab aku hantar borang lambat. Khamis ni ada majlis penyerahan duit tu oleh VVIP. Benci taw. Sedih pun ada gak sebab aku ingat duit RM750 tu bolehlah cover sikit duit untuk belanja masuk U nie. Dah lah Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) aku tak amik =.=" Sumpah ~ Aku kecewa sangat-sangat
Dan sekarang pulak, aku dapat tahu kain hitam punnnnnn kena bawak sama ke UiTM untuk pakai sama dengan kain batik. Weh ni yang aku naik hangin nie ! Dalam Buku Panduan Pelajar Baru tak ada pulak suruh bawak kain hitam. Lagipun aku rasa macam tak logik pihak U bagi baju sahaja dan kain kena buat sendiri =.="
Barang-barang tak beli lagi. 10% je baru siap. Heh? Minggu depan dah nak masuk U dah. Kau apahal tak siap kemas-kemas lagi Sara oit ?! Orang lain dah letak beg tepi pintu dah. Tunggu nak masuk dalam bonet kereta jer
Borang-borang aku baru siap print. Pergi OC, printer rosak lah, itu lah, ini lah ~ Rasa nak pergi tumbuk-tumbuk je muka tokey tu sambil cakap "Pehal lu tak baiki hah?!" Lepas tu berjalan kaki dengan gagah perkasa ke WZ. Alhamdulillah ~ Nasib boleh print tapi mahal giler =.="
Aku mula rasakan tekanan yang kuat di sini =.="
6 comments