[Topik] Hati Dia Dah Hancur

by - Tuesday, June 08, 2010



Salam. Aku dah lama fikir pasal ni dan aku rasa aku nak ceritakan pasal ni dan mintak korang bagi pendapat :)

Aku ada sorang kawan. Kawan sekolah lama lah ~ Dulu aku dengan die tak rapat pun. Seriously, memang tak rapat. Aku dengan geng aku dan die dengan geng dia. Gituuu lah ~ Jadi jelaslah menunjukkan aku dengan die memang tak rapat

Walaubagaimanapun, kalau aku dengan jumpa atau terserempak kat mana-mana, kitorang selalu senyum. Alah ~ Dah nama schoolmate kan? Tak kan kau nak sombong jer? Baik pergi planet Pluto, duk sorang-sorang kat sana


Hubungan aku dengan dia makin lama makin renggang sebab aku masuk Sester. Sepanjang 3 tahun lebih aku tak contact langsung dengan dia. Sesekali, ada jugak aku teringat dekat die dan terfikir, macam mana die sekarang.

Tapi Facebook punya pasal, aku dengan die jumpa balik. Syukurlah ~ Dapat contact balik dan berhubung. Tapi kali ini macam lebih kamceng dan rapat gitu. Maybe sebab kitorang dah sama-sama besar dan matang. Dah tahu nak menghargai kawan-kawan. Hehe ;D

Tukar-tukar cerita, pot pet pot pet *faham-faham je lah =.=" sampailah ke isu yag aku rasa agak personal sikit. Mula-mula die yang start isu ni dan aku bagi feedback. Bila aku tanya kenapa, dia pun cerita panjang lebar


Dia ada masalah keluarga. Oklah ~ Memang diakui semua orang ada masalah kan? Tapi bagi aku masalah die ni macam dah effect die 100% ! Masa die Form 2, parents die selalu lah bergaduh-gaduh. Mak die selalu berendam air mata pagi petang siang malam akibat dari perbuatan ayah die.

Sebelum jadi macam ni, family die ok jer ~ Tak adalah nak buat hal itu ini. Kiranya macam bahagialah. Sampai satu ketika, dorang hidup tak aman. Mak dan ayah die gaduh-gaduh. Bila dah gaduh-gaduh, terbang lah barang-barang dalam rumah. Pecah itu ini. Adik-adik dia yang masih kecik pun jadi macam trauma. Abang dia pulak selalu tidur rumah kawan-kawan die


Dan dia sebagai anak perempuan, memahami perasaan mak die. Mak die selalu luahkan perasaan pada die. Yelah ~ Kalau bukan pada die, sape lagi kan? Dia cuba untuk tenangkan dan pujuk mak dia sepanjang tempoh tu. Kadang-kadang dia berjaya, kadang-kadang tak

Dah berapa tahun dah benda nie berlaku. Sepanjang tempoh tue, die betul-betul terseksa dengan apa yang berlaku pada keluarga die. Dan yang paling menyentuh hati aku, bila die cakap ayah die lafazkan cerai kat mak die, depan dia. Masa tu memang hancur luluh hati die. Betul-betul dia rasa sedih. Masa die cerita pasal nie, aku pun menangis jugak =.="


Kadang-kadang aku tengok die ni macam dah tak betul dah. Dan aku sebagai kawan die, akan selalu tanya khabar dia, amik berat pasal die. Cukuplah kawan aku yang dulu tu aku tak dapat selamatkan. Tapi kali ini aku akan cuba tolong die selagi aku mampu walaupun aku duduk jauh dari die

Tanpa die sedari, dia rasa die dah benci dengan kaum lelaki. Betul ~ Dia cakap die benci dengan orang lelaki sebab ayah die. Perbuatan ayah die tu lah yang menggambarkan bahawa dia memang tak boleh percaya dengan kaum lelaki. Dan tanpa die sedar, semakin lama semakin bertumbuh mekar perasaan benci tu dalam hati die

Dia mengaku dia takut nak berkahwin atau couple pada masa depan nanti. Sebab die takut apa yang terjadi pada mak die, akan berulang semula. Bila die teringat semua ini, hati dia akan sakit dan die sendiri dapat rasakan hati die betul-betul dah hancur lumat. Dia cakap "..Buat apa kahwin kalau kelak kita sebagai perempuan akan terseksa?.."


Dia cakap, kaum lelaki ni telah salah guna kuasa sebab selalu menyeksa dan menyakitkan kaum wanita dari segi luaran dan dalaman. Dia sendiri tengok macam mana mak die jatuh sakit angkara ayah die. Perkara-perkara macam inilah yang buat die benci pada lelaki

Bila aku cakap dan yakinkan dengan die bahawa tak semua lelaki macam tue, dia cakap "..Memanglah ~ Mula-mula memang nampak baik jer ~ Pijak semut pun tak mati tapi bila dah dapat, disepak, diterajang, dipukul sesuka hati. Aku sebagai perempuan nak kan kasih sayang dari lelaki tapi bila dah jadi macam ini, sorry to say ~ Aku rasa perasaan aku untuk lelaki dah mati ! .."

Dia cakap lagi "..Aku nak seorang lelaki yang benar-benar jujur, sayang aku dengan sepenuhnya. Tahu macam mana nak hargai aku sebagai seorang perempuan yang memerlukan perlindungan dari seorang lelaki. Tidak melihat aku sebagai satu bahan ujikaji yang mudah dipermainkan. Memahami aku seadanya. Selalu bersama dengan aku, susah dan senang sehingga ke akhir hayat.."


Bukan tu je. Dulu-dulu masa die couple, semua x-bf die buat macam tue kat die. Tinggalkan die, curang dengan die, hina dan kutuk-kutuk die. Sedikit sebanyak benda ni dah makan jiwa dan perasaan die. Sebab tu die tak boleh terima lelaki.

Bila die fikirkan pasal nie, die menangis sorang-sorang. Dia betul-betul sedih. Dia cuba untuk terima lelaki sebagai cinta baru tapi dia tak dapat. Dia memang ramai kawan lelaki tapi untuk bercinta, die tak dapat terima tu semua. Kadang-kadang kan, aku rasa hidup die ni dah tak ada perkataan 'gembira' pun. Sedih aku dengar cerita dia T____T


Kalau korang berada di tempat aku, apa yang aku harus lakukan untuk ubah presepsi die?

p/s : Mintak maaf kepada kaum lelaki yang baca entry ini. Tak ada niat nak kutuk korang semua :)

You May Also Like

14 comments