Tak Semua Orang Senang Dengan Kita

by - Tuesday, June 01, 2010



Salam. Entry ini penuh dengan perasaan kecewa + sebak + sedih

Kenapa bila aku senang dengan cara aku ini ada sahaja orang yang nak merampas? Apa yang aku dah buat? Ada aku kacau orang ker? Ada aku curi barang orang ker? Aku rasa aku tak buat semua itu.

Ada orang cakap blog aku ini gedik. Blog aku ini niat nak menggoda-goda orang. Ada ker weh? Dengan penuh linangan air mata, aku nak jelaskan, aku menulis blog ini mengikut naluri hati aku. Aku nak bebas berkarya. Aku nak biarkan jari-jari aku bebas menulis apa sahaja yang aku rasa. Aku memang suke bercakap. Dan dengan blog ini aku anggap seolah-olah aku bercakap dengan orang ramai. Aku nak orang tahu apa yang aku rasa. Aku nak orang tahu apa yang aku nak sampaikan.


Aku buat blog ini baru setahun. Masih baru lagi. Dengan followers ramai macam tu, aku rasa gembira sangat-sangat. Malah jadi pembakar semangat aku untuk terus update blog aku. Aku hargai dan sayang dengan orang-orang yang pernah baca blog aku. Sebab orang yang baca blog aku adalah orang membuatkan blog aku hidup

Sumpah aku kecewa sangat-sangat. Aku rasa terkilan. Aku rasa sedih. Aku buat blog ini tak ada niat langsung nak mengedik dan menggoda orang lain. Kalau betul lah aku ni gedik, kenapa sampai sekarang aku masih seorang? Kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun yang betul-betul dah curi hati aku? Kalau betul lah aku ni gedik, ada ke aku kacau BF orang? Ada ke aku kacau suami orang? Ada ker? Jawab jawab !

Bila aku tahu pasal ini, serta merta hati aku hancur. Dan aku menaip entry ini dengan air mata yang bergenang sampai penglihatan mata aku kabur. Dada aku sakit menahan marah dan ketidakpuasan hati. Kenapa aku yang kena? Kenapa aku yang salah? Kenapa aku sering menjadi sasaran bagi orang yang tidak puas hati?

Sungguh aku kecewa. Sungguh aku terkilan. Sungguh aku terjatuh. Aku rasa nak buang je blog aku ini. Biar orang yang bercakap itu tutup mulut dan bergelak ketawa atas kemenangan mereka. Biarkan ~

Terus aku masuk dalam bilik dan menangis sepuas-puas hati aku. Hp aku aku biarkan jatuh. Berkecai nya hp aku, macam itulah berkecai hati dan perasaan aku ini. Tapi hp tu boleh dibaiki, boleh dibeli. Tapi hati aku? Argh ~ susah nak dimengertikan orang-orang yang yang tidak faham ini

Aku hanya ingin menulis. Aku hanya ingin berkarya. Aku tahu aku tak sehebat Sasterawan Negara tapi setidak-tidaknya aku meluahkan apa yang aku rasa. Jauh sekali niat aku untuk menggedik dan mengoda-goda orang. Sumpah ! Aku tak ada niat tu langsung. Tolong jangan berkata yang bukan-bukan sekiranya belum kenal luar dan dalam aku.


Ya Allah ~ Sekarang baru aku tahu bagaimana perasaan orang yang dituduh melakukan perkara yang dia tidak lakukan. Baru aku tahu bagaimana perasaan orang yang dituduh itu. Baru aku tahu betapa perit dan sakitnya perasaan itu. Baru aku tahu, tak semua orang senang dengan kehadiran kita.

Kamu yang sedang membaca entry ini, terima kasih banyak-banyak sebab sudi habiskan entry ini. Terima kasih sebab baca luahan jiwa aku. Mungkin selepas ini aku perlukan masa untuk kembali menulis. Aku tak sampai hati nak buang blog aku ini kerana dengan blog ini lah buat aku gembira.

Aku gembira ialah melihat bilangan follwers aku bertambah, orang yang komen entry aku dan orang-orang yang datang bersinggah di blog aku. Terima kasih kamu :')

Ya Allah ~ Beratnya dugaan yang aku hadapi sekarang ini. Berikanlah aku kekuatan.

Jawab soalan ini. Cara penulisan aku di blog ini memang gedik ker? Memang niat nak menggoda orang ker? Wahai kaum Adam dan Hawa. Jawab pertanyaan aku ini. Aku nak tahu. Kritikan yang membina diperlukan. Terima kasih :')

You May Also Like

26 comments