[klik it]

Wednesday, May 26, 2010

Tak Semua Kawan Yang Berperangai Teruk Adalah Kawan Yang Jahat


Salam. Aku berjalan-jalan dekat FB tadi dan aku terbaca status kawan aku. Status tu buat aku terfikir sejenak dan teringat kembali kepada kawan aku.

"..Aku rasa lebih baik aku kawan dengan orang yang teruk akhlak, orang yang jahat-jahat sebab semangat persahabatan die lebih kukuh. Diorang sanggup buat apa sahaja dengan kawan diorang.."

Aku sendiri banyak memerhatikan kawan-kawan aku yang perangai memang teruk, rekod ulang-alik ke bilik disiplin memang gred A+ Walaupun diorang ada masalah, bagi mereka, kawan-kawan dah dianggap macam ahli keluarga mereka sendiri.

Kenapa aku cakap macam tue? Sebab majoriti kawan-kawan aku yang bermasalah rata-ratanya ada masalah keluarga. Diorang tak dapat kasih sayang dengan cukup. Sebab tu diorang sayang kat kawan diorang sebab kawan diorang lah tempat diorang nak lepaskan perasaan, berkongsi suka dan duka. Dan disebabkan itu lah jugak, diorang sanggup berkorban apa sahaja untuk kawan-kawan.


Aku mengaku aku pernah kawan dengan seseorang yang memang perangai teruk. Masa Form 1 lagi dah buat hal dekat sekolah. Nama dia memang dah blacklist masa kat sekolah. Naik Form 2, semua orang tak nak deskmate dengan die termasuk aku. Tapi last-last, aku pun terpaksalah deskmate dengan die.

Mula-mula memang tak best. Tapi bila dah lama-lama, aku kenal die tu macam mana. Die terus-terang cerita dekat aku kenapa die jadi macam tue. Semuanya berpunca dari keluarga. Aku mula rapat dengan dia sampai orang pulak tuduh-tuduh aku dah terjebak dengan die. Haih ~ Manusia


Sebenarnya aku rapat dengan dia sebab aku nak tolong dia. Aku dah banyak kali nasihat die supaya kembali ke pangkal jalan. Dia memang nak berubah tapi dia tak tahan dengan godaan kawan-kawan die yang lain. Sumpah aku rasa sedih masa tue. Aku kasihan kat diri dia.

Aku pernah nampak dia berdating kat tangga sekolah dengan BF die dan buat benda yang tak elok. Ya Allah ~ Masa tu badan aku menggigil sebab aku rasa marah. Aku pun blah macam tue dan aku tahu die nampak aku masa tue. Keesokkan harinya die mintak maaf dengan aku tapi aku tak boleh nak terima.

14 Februari, Valentine Day kan? Dia tak datang sekolah dan kebetulan masa tu sekolah aku buat Kejohanan Olahraga. Tapi hari tu semua orang kecoh, nampak kawan aku tue kat belakang sekolah tapi tak datang sekolah. Kiranya macam pontenglah ~ PK HEM sekolah aku sibuk duk cari dia dan soal siasat aku. Yelah ~ Aku kan deskmate dia masa tue


Rupa-rupanya dia berdating dengan BF die. Masa tu aku memang tahu serba-sedikit pergerakkan die. PK HEM memang tanya aku selalu pasal die. Mula-mula aku tak nak bagitahu tapi disebabkan aku rasa aku perlu tolong die, aku pun bagitahu hal sebenar. Sorry kawan ~ Tapi ini demi kebaikkan kau, aku terpaksa

Tak lama lepas tu die kena buang sekolah. Act tu bukan kes die yang pertama. Banyak lagi kes-kes dia yang lain kat sekolah. So lepas tu aku pun sorang-sorang je lah belajar dalam kelas tanpa ada deskmate.

Sepanjang aku kawan dengan die, die banyak tolong aku. Aku memang lemah Matematik. Dia lah yang ajar aku macam itu, macam ini untuk selesaikan masalah Matematik. Sebenarnya dia memang pandai. Essay English dia memang superb! Markah time exam pun selalunya tinggi-tinggi dari kitorang semua


Kadang-kadang kalau aku kurang duit, dia dahulukan duit dia dahulu. Bila aku nak ganti, mesti dia akan tolak. Kalau die tengok aku tengah sedih, mesti dia orang yang pertama akan datang dan tanya khabar aku.

Tak lama lepas die kena buang sekolah, ada orang sampaikan surat kat aku. Surat dari dia rupa-rupanya. Dalam surat tu cakap, die tahu aku yang report semuanya kat PK HEM dan dia tak marah aku sebab dia tahu kenapa aku buat die macam tue

Masa aku baca surat die, aku rasa sebak giler-giler. Sayang sangat-sangat ~ Kau bijak, pandai, comel tapi sebab masalah keluarga kau, kau jadi macam nie. Kau dah hanyut dalam dunia kau sendiri. Aku dah banyak kali nasihatkan kau tapi nasihat aku tu kau tak mampu nak terima dengan sepenuh hati kau.


Dah berapa tahun dah aku tak jumpa kau. Kawan-kawan aku yang lain semuanya pernah terserempak dengan kau kat bandar. Tapi kenapa aku tak pernah jumpa dengan kau hah? Haih ~ Aku memang nak jumpa dengan kau, nak tanya apa perkembangan tentang diri kau sekarang ini

Sekarang ini aku tak tahu kau kat mana, kau macam mana. Tapi aku harap, kau berubah lah ~ Aku percaya, walaupun kau dah teruk sangat-sangat tapi masih ada cahaya untuk kau. Sebab aku tahu, jauh di lubuk hati kau, kau memang baik.


Ya Allah ~ Kau selamatkan lah kawan aku dari terus hanyut dalam dunia khayalannya ~ Amin ~


p/s : Dont judge a book by its cover :)


TAHNIAH kerana berjaya membaca entry ini sampai habis! :D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[klik it]